29 Julai 2013

kita pergi sama-sama ok?

assalamualaikum, awak.

kita dah lewat ni,

mari pergi?

kita pergi sama-sama.



ohhh terlewat sangat ni,

kita perlu lari.

lari sekuat hati.

lari.

lari lagi.


kita ke mana ni?

kita ke sorga.

hohoho.

kita cari lailatul qadr ya!


yukkk!!!




inspired by @budaktomato

14 Julai 2013

post ini tidak memberi sebarang kebaikan untuk anda.

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam wahid malizia. kaifa haluka? kaifa imanuka? kaifa iftaruka? kaifa candy-crush-level-uka? ismi lukman alwasim, ma ismuka? kepayas.

alhamdulillah, entry kali ini dimulakan dengan riak dan ujub takabbur pandai bahasa arab yang bertingkat tingkat. so macam mana 6 hari berpuasa? soalan mantap sepatutnya aku tanya adalah "bagaimana iman kita akhi?", tapi memandangkan audiens saya pun iman rapuh seperti saya maka saya spin soalan itu kepada "bagaimana iftar semalam, dudes?".

ahhh tak payah tanya. kau dah instagramkan makanan kau semalam. ye lah, di zaman pasca kemodenan ni semua umat manusia merasa bertanggungjawab untuk menginstagramkan (atau bahasa yizlamuk nya iftargram) apa yang mereka masukkan ke dalam mulut untuk menjadi hint apa yang bakal keluar di punggung nanti. dulu ayah selalu ajar baca bismillah sebelum makan, sekarang ajaran terbaru untuk kita sematkan dalam qalbu adalah baca bismillah-ambil insta-sebelum makan.

beginilah, kawan saya ajar jangan tulis blog kalau tidak memberi kebaikan kepada ummah, jadi saya selitkan sedikit unsur pesan memesan juga dalam post ini.

-----------
banyakkanlah menderma

menderma lah kepada anak yatim, jika anda tidak menjumpai mereka, menderma kepada anak rais yatim.

sekian
-----------


jadi kepada anda yang sudah membaca sebanyak ini, sesungguhnya anda buang masa.

10 Julai 2013

2 litres of mineral

oh ini bukan satu lagi drama jepun.

tak, bukan movie pun.


kemon babes. ini kan ramadhan, takan aku nak blogging tentang cerita jepun. lagho weh nak tengok heavy aurat pulak ramadhan ni.

light aurat? kemon kita di malaysia. islamisasi berdefinasi beda di sini.

============

life hacking tips.
korang rasa nyah-hidrat bila berpuasa? korang tak faham apa itu nyah hidrat? korang bajet, nyah hidrat boleh ditafsirkan secara lughawiyah sebagai dehydrated. jadah korang ni muka jawa nak juga aku cakap inggeris.

1. bawak air mineral 2 liter ke masjid. untuk menambahkan efek bergaya sila guna bottle herbalife. boleh lah anda ujub dengan efek tekan-dan-terbuka dekat botol bpa-free yang baru tu.

2. minum. bawak bukan untuk ujub riak takbur semata2. fungsinya untuk minum. minum waktu selawat. jangan minum waktu solat pulak, nampak sangguh anda gagal fiqh.

3. lepas solat tarawih get20keep20 dan solat witr, join tadarus.

4. buka lid botol anda. sekarang anda sudah ada air bacaan alquran untuk anda minum dah hidratkan diri anda.

bukankah ini adalah cara yang terbaik untuk hidratkan diri anda? hidrasi dengan air yang dibacakan ayat suci.

cemtuhaaaaa

ramadan kareem, allahu akram!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...