tidak. itu punya mereka
i adapt my
self.
selama ni
aku blogging seratus peratus menggunakan letop 15.6 inci aku. kalau tidak pun
guna desktop pc kat rumah. aku bukan tidak pernah mncuba. tapi aku sering gagal
untuk adapt diri aku menaip di selain keyboard-keyboard itu. tapi aku gagahkan
hari ini, kerana aku bukan salah satu manusia keyboard warrior. cuba untuk lari dari
kebiasaan itu.
kerana
manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu
bukan aku
aku pernah
cuba untuk berblogging guna handphone aku. gagal pada hari tu. dan hari ni aku
cuba blogging guna tablet aku pula. aku berdoa agar aku berjaya.
kerana
manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu
bukan aku.
doa.
aku berdoa.
aku hebat berdoa. aku berdoa itu dan ini. aku mahu itu dan ini. aku nak begitu
dan tidak mahu begini. kalau bab doa ni aku memang hebat. walaupun tidak
istiqomah tapi ya,tetap juga masih hebat.
tapi bila
masuk bab amalan lain. bab solat bab puasa bab zakat bab haji. itu bukan hebat
ku.
bukan hebat ku.
ada orang
itu selalu saja beribadat. bangun pagi tiap sepertiga malam masa ramadhan dulu.
solat diusahakan agar diawal waktu. jemaah itu pasti. puasa isnin khamis. tapi
bila keluar result dia masih begitu. kalau dapat B cukup syukur, sedang orang
mempertikai A-
aku nasihat
kat dia, banyakkan berdoa dan study. aku rasa hebat.
ada orang
itu selalu saja belajar. bangun pagi buat nescafe demi menelaah buku sejarah.
bila petang cuba buat mathematics pula. dan bila malam buat study group dengan
mereka yang lain untuk subjek biology. belajar cukup hebat. tapi pabila keluar
result dia lah orang yang pertama jumpa cikgu, pertikai kenapa salah itu kenapa
salah ini. rasa tidak puas hati hanya dapat B.
aku nasihat
kat dia, banyakkan berdoa dan beribadat. aku rasa hebat lagi.
kerana aku
belajar kurang dari mereka. aku beribadat kurang dari mereka. tapi bila keluar
result aku masih boleh bangga dengan pencapaian aku. walau bukan terbaik. tapi aku rasa hebat. aku
bangga dengan makbulnya doa aku. aku khabarkan mereka agar doa kena power. doa kena itu ini. doa mesti begitu
*********
hari itu
hari-hari terakhir aku kat sekolah. masa untuk bergembira buat kali terakhirnya
sebagai seorang pelajar, pelajar yang memakai baju uniform putih.
di surau,
aku bersendirian. ditemani buku yang bersepah. aku capai satu buku, buku yang
aku biasa lihat. itu buku nota BADAR, percuma untuk kesemua ahlinya. jadi aku
pun ada buku nota seperti itu juga, semua ahli ada buku seperti itu.
belek cari
nama pemilik.
buku si
Nasir
aku buka
buku itu secara rambang.
Muttaqin*muttaqin
tu nama tak official bagi kami
senarai
nama ahli -bla bla bla bla bla bla LUKMANULHAKIM
BIN AWALUDDIN 11A bla bla blabla bla bla
tulisan tu
kami buat masa awal tahun. untuk bentuk jawatankuasa.
aku capai
lagi buku lain.
kali ini
buku arif.
tak payah
selak-selak lagi jawatankuasa kumpulan dah muka surat pertama. haih pemalas
punya budak tak buat nota lain.
Muttaqin
senarai
nama ahli -bla bla bla bla bla bla LUKMANULHAKIM
BIN AWALUDDIN 11A bla bla blabla bla bla
senarai
sama. buat pada hari yang sama.
LUKMANULHAKIM
BIN AWALUDDIN 11A
aku fikir
lagi.
LUKMANULHAKIM
BIN AWALUDDIN 11A
eh kejap.
tapi.. kejap..
LUKMANULHAKIM
BIN AWALUDDIN 11A
ahli
kumpulan kami dalam belas-belas orang. dan setiap dari kami menulis perkara
yang sama.
LUKMANULHAKIM
BIN AWALUDDIN 11A
aku selalu
doa untuk dapat yang terbaik bagi diri aku. tapi aku tak sedar bukan aku
seorang yang berdoa. kawan aku pun berdoa untuk diri aku.
tulis di
buku mereka. mendoakan aku.
masa tu aku
sedar. aku berjaya bukan kerana doa aku. tapi doa mereka. doa mereka yang
ditipkan dalam buku mahupun di sujud mereka. doa mereka yang aku jarang-jarang
doakan. doa mereka yang aku perlehkan. itu berkat doa mereka, bukan kerana aku.
aku berjaya
bukan kerana doa aku.
aku
perlekehkan mereka yang beribadat tapi tidak setaraf aku, sedang dia mendoakan
aku walau aku tidak.
aku
perlekehkan mereka yang belajar tapi tidak setaraf aku, sedang dia mendoakan
aku walau aku tidak
aku
berhutang kepada mereka. aku berhutang kepada ibu bapa aku, aku berhutang
kepada keluarga aku. aku berhutang kepada anda.
tapi tidak
mungkin aku dapat membalasnya.
semoga doa
anda dimakbulkan. seperti mana anda berdoa agar doaku dimakbulkan.
dan aku
pinta doamu agar tidak putus lagi. sungguh aku masih butuhkan doamu yang
ikhlas.
dan pabila
aku mati nanti. aku mengharap mati ku itu bukan pemutus doamu semua.
Ya Allah
kau berikan lah yang terbaik buat mereka sahabat ku. sama ada mereka yang ku
kenal di alam dunia ataupun mereka pembaca blog aku yang hanya ku kenal di alam
wayar ini.
kerana manusia
sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu bukan aku aku pinta doa
kalian agar itu bukan aku.