20 April 2013

lukman's guide: how to start a change.

dua tiga kali juga aku cuba untuk buat entry ni. tapi bila sampai ke perenggan kedua aku back space kan lagi semuanya. dan lupakan impian aku untuk tulis entry ini.

dua minggu kemudian aku cuba lagi. tapi sebelum tekan publish aku delete lagi entry seperti ini.

ahh mengada.

aku betul2 rasa tak layak untuk tulis entry kali ni. pasal 'change' bukan frasa yang aku selalu buat. i mean change in positive way. attitude lah. bukan setakat #UBAH.

jadi bila aku tersilap atau entry ini tak bagi manfaat untuk anda, lupakan saja. antara niat aku buat entry ni adalah untuk beri aku tekanan untuk terpaksa berubah. kerana aku sungguh liat orangnya.

dan aku pun dalam proses untuk berubah. dan entry ini adalah untuk diri aku sebenarnya. semoga aku sentap dengan tangan sendiri. mohon kalian doakan aku untuk berjaya.

ahh mengada lagi.

*ambil mikrofon*

**************************
bismillah.

how to change?

1.
now. kalau dalam diri ada perasaan untuk berubah, terus lakukan. kalau perasaan tu terdetik di masjid, keluar dari masjid terus sedekah kat tabung masjid. dua puluh sen pun dua puluh sen lah. kalau terdetik mahu berubah tu di katil. bangun dari katil.

kita ada pilihan untuk berubah secara mendadak ataupun berubah secara perlahan. tapi untuk tangguhkan perubahan bukan dalam pilihan kita.

2.
baca. kalau nak berubah tanpa ilmu kita nak berubah jadi apa sebenarnya? yes banyakkan membaca. hidup kita ni semakin hari semakin matang. apa yang kita baca 5 tahun lalu tidak memberi kesan yang lebih seperti jika kita baca ayat yang sama hari ni. kerana diri kita lebih cerdik untuk absorb sesuatu ilmu.

abaikan kekemasan


3.
buat sesuatu. bila nak berubah cari persekitaran yang memungkinkan kita untuk berubah. kalau mahu berubah dengan mengikuti gaya keras sekolah pondok (psantren) pergi sekolah pondok. kalau mahu berubah dengan gaya tabligh join  tabligh keluar 3 hari. kalau mahu berubah dengan persekitaran club, maka join club2 yang memungkinkan (apperently bukan kelab malam), kalau mahu berubah dengan business maka bergaul dengan mereka yang berjaya.

bukan mahu berubah tapi duduk di bilik menghadap komputer sahaja *macam aku*

aku suka berurusan dengan businessmen yang positive. kalau masuk ke taxi aku suka bercerita dengan driver yang positive, kalau sewa kereta biasanya penyewa itu orang positive walaupun student lagi. kawan-kawan aku di internet marketing pun ramai yang positive.

dan aku pilih untuk di herbalife, kerana community di herbalife sangat positive. bila down kami bagi semangat sesama sendiri, bila business slow kami bakar (ini aku selalu kena haha). bila sedih kami tenangkan, bila hepi, ahh kalau hepi semua jadi hepi lah.
my herbalife family

mereka memaksa aku untuk berubah. yeah literally. 
orang yang aku hanya jumpa di fesbuk akhirnya jadi antara orang penting dalam hidup aku.
ok aku tahu ayat aku macam gloomy sikit. tacing cenggitu.

well, i cant force u to change or anything. aku hanya doa untuk kita semua menjadi #BetterMuslim.

aaaaand by the way, kalau anda tak faham point ketiga takpa. esok kita boleh rasa sama-sama. sebabnya esok ada event herbalife wuhuuuuu!!!

*tukar nada gembira sikit*

mari anak muda sekalian! esok adalah gen-H sts. sabaq genH tu kebenda senanya? genH ni adalah herbalifers yang berumur antara 20-30tahun. so sts esok ini amat wajib pergi. lebih penting dari penamaan calon tu hahahaah.
-





19 April 2013

Sudut pandang.

Bismillah.

Movie.

Jika anda tanya tentang khabar blog ni,  adakah masih akan ada lagi entry musafir di bumi bandung atau tidak. Jawapannya adalah ya. Sudah lah bertanya tentang blog ini sesungguhnya blog ini sihat. Tanya khabar tuan blog ini pula kerana tuan blog ini lebih memerlukan keprihatinan anda.

Aku suka tengok semula movie movie lama. Walaupun pengakuan "aku suka tengok movie" ini pengakuan yang bisa membuatkan makcik makcik yang baca blog ini membatalkan niat untuk menjodohkan aku kepada anak mereka.  Tapi tak kisah lah.  Nanti aku buat satu entry lagi untuk memuji diri sendiri, insyaAllah makcik2 sekalian terpikat lah semula.

Eh ke mana tadi? Ooh movie.

Antara asbab terbesar aku untuk tengok movie lama2 pasal zaman aku tak faham jalan cerita filem tu waktu aku tengok sebelum mumaiz dulu.

Faham x? Ok aku cuba state balik.

Dulu Aku tak faham Inggeris. Jadi aku tengok aksi saja tak faham pun cerita.

Faham? Bagus. Susah amat ada readers yang mahu aku berterus terang ni.

Jadi bila tengok filem star wars, baru aku tahu itu filem sedih. Tengok back to the future, aku faham konsep masa.  Tengok batman, aku faham siapa jahat sebenarnya. Tengok video dewasa? Ishh apa anda fikir ni?

Filem itu tetapi sama. Tapi kita yang sudah berubah. Aku mula lihat dari perspektif  lain.  Bukan setakat perspektif hero-pukul-penjahat semata.

**********

Ok perenggan tadi tiada ilmu langsung. Di sini baru ada mesejnya.

Tadi khutbah Jumaat di Shah mosque iium. Khatib dari USA. Background dah lupa.

He khutbah kan tentang hadis '5 perkara'.

Alaaaaa hadis biasa yang kita dengar tu lah. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. But then today aku faham hadith tu dengan perspektif sedikit luar biasa aku.

Kadang2 kita minta pada Allah macam macam.

Tapi kita kita tak sedar. We DONT even request for what we have now. Dan kita masih x bersyukur.

Thousands or more parts in our body help us to live. Kita tak pernah request pun agar jantung kita bergerak. Kita tak pernah request pun agar saluran urat kita mengalirkan darah.  Kita tak pernah request pun agar usus kita mencerna makanan. Kita tak pernah request bulu mata untuk halang mata dari habuk.  Kita tak pernah request kan?

Kita tak request kereta kita tak kena curi. Kita tak request sahabat2 yang supportive. Kita tak request macam2 yang kita ada hari ni. Yet kita enjoy menggunakannya.

Pernah kita isi borang A borang C dan dapatkan pengesahan dari ketua kampung dan promotion dari yb supaya jantung kita berdegup esok?

But today kita hidup dengan jantung, urat, muscle,  famili dan sahabat yang kita tak request untuk terus hidup. Yet kita tetap tak bersyukur.

********

Cuba bayangkan, anda bangun tidur esok hanya dengan apa yang anda syukuri hari ini.

********

Lukman awaluddin,
Shah mosque IIUM,
2:42pm. 19th April 2013.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...