30 November 2011

mati = x - umur anda

x itu adalah constant yang ditetapkan oleh Allah SWT

salam maal hijrah, sedar tak kita berbuat satu lagi bidaah? masa nabi hidup mana ada celebrate maal hijrah ni semua. ya lah pasal nabi dan sahabat memang sentiasa alert dengan kematian.

kalau tiada maal hijrah, tiada birthday, tiada tahun baru cina, tiada tahun baru yahudi. kita mana ingat umur kita makin tua. makin mahu mati. itulah gunanya kita sambut date-related punya perayaan.

hari ni aku tanak up entry pasal cerita aku merogol, menodai dan membunuh lipas. hari ni aku cakap benda ilmiah sikit.

*kempen mengambil hati mak mentua aku belum selesai. har har har. oyeah!!*

orang-orang tua yang kebanyakannya sudah mati ada cakap.

harimau mati meninggalkan belang;
manusia mati meninggalkan nama.
tapi orang tua tetap orang tua, tak up-to-date. ya derhaka nampaknya aku. ampunkan aku nenek

manusia mati bukan saja meninggalkan nama. manusia mati meninggal kan akaun facebook, twitter, blog, livejournal, tumblr, google+, dan berpenguinlion lagi akaun. semua itu akan jadi seperti 'tugu peringatan' kepada aku.

sila rujuk sini. [malasah satu]

dan bila aku mati, wall fb aku akan sarat dengan dengan ucapan takziah kawan-kawan aku. komen di blog ini pun akan terima nasib sama. tapi ucapan takziah anda semua tu hanya tinggal takziah.aku harap mereka menyelitkan aku dalam doa mereka, walaupun tidak di 'tugu peringatan' aku kerana, maaf, aku tidak mungkin dapat me-like status yang anda up di wall aku macam selalu. dan sungguh bila nama aku mereka sebutkan dalam doa dan niat mereka. itu sangat aku hargai. kerana itu sahabat sejati. bukan hanya mengirim sepotong kata di wall aku.

dan dikesempatan ini aku mahu mengucapkan terima kasih jika anda menyedahkan aku walau sepotong ayat al-Quran bila aku mati nanti. terima kasih

sungguh bukan saja kubur memanggil-manggil, kereta mayat pun memanggil-manggil supaya ayah aku bagi duit upah kalau dia angkat aku.

jadi.

mesej aku disini agar aku sentiasa mengemaskan 'tugu peringatan' aku dari segala benda yang dapat mencacatkan aku di dalam kubur nanti. cuba bayangkan kalau aku up status,

bahasa jew-jew keyahudian

dan kalau korang perasan semenjak korang start baca ni sampai sekarang korang mungkin ambil masa 5 minit (for noobs) 16 saat (pro reader/penipu besar).

dan 5 minit korang dah habiskan.

5 minit telah bertambah di usia kau

5 minit telah berkurang dari lifespan kau.

5 minit menghampiri mati.

aku buat entry ni untuk ingatkan diri aku sendiri. untuk siapkan diri untuk masuk ke kubur thru kereta mayat (harap-harap ayah aku bagi mewah sikit, toyota estima boleh, ayah?)

siapkan dari semua aspek. amalan aku, 'tugu peringatan' aku, keluarga aku, menghalalkan bini aku berkahwin lain (jika berkaitan), dan wasiat aku. uhuk uhuk.

sekian berita.assalamualaikum.

29 November 2011

behind the scene. desktop dan software

tweak desktop ni kira hobi aku la zaman dolu-dolu masa zaman penjajahan british. masa tu aku belum mumaiz lagi tapi dah hebat tukar start kepada orb. masuk keluar theme. startup punya gambar kasi tukar jugak. tapi tu dolu-dolu masa hidup indah bak sang mentari.

tapi sekarang ni aku dah bizi mengalahkan pak menteri. tiap minggu ada quiz. hujung minggu kena hibernate diri sendiri. mana nak belajar fotografi main ketik-ketik shutter. mana lagi nak baca majalah top gear belambak tu. tak kira lagi majalah digital slr. dan yang tetiba sesat majalah interior design. nak jaga bini. beli lampin anak. bagi makan whiskey (buat-buat salah eja) kat penguin dan tapir peliharaan aku.

baiklah lukman, kau exaggerated

ni antara desktop print screen yang pernah aku guna. ada banyak lagi tapi aku tak simpan. ni masa baru2 beli letop jadi ada feel minta puji sikit.





sila click untuk tumbesaran yang sihat

kalau perasan atas tu suma ada bentuk kunci kaler emas kat bawah kanan. hanya budak uia saja yang faham hahahaha.

biar aku cuba describe apa aku pakai masa tu.

1. rainmeter mesti ada.itu wajib di zaman itu

2.object dock atau rocket dock aku tak pasti apa aku pakai tu. tapi fungsinya hampir sama.

3.themes dan icon mesti tukar. 

kalau nak bubuh theme dan tukar icon yang senang, cuba guna tuneup utilities. memang sangat senang.

aku pernah jugak tukar taskbar icon. buat jadi empat segi. start button pun bagi comel-comel sikit. tapi aku tak amik plak gambar.

dan ini pulak bentuk dan kontur desktop aku sekarang


tema : haji itu mesti. haha. aku memang letak aim aku kat mana-mana sekarang. haji pada musimnya, sebelum aku mati

ni pulak software yang paling selalu aku guna

1. google chrome. mesti lah sebagai manusia lagho

2. yang petak hitam atas tu destroy twitter. best kut tengok timeline begitu. btw aku jarang masuk laman web twitter.semua dari software ni ja

3. seesmic desktop 2. ini pulak newsfeed facebook aku. twitter pun boleh jugak tapi aku masih dalam proses nak adapt ni

4. adobe lightroom untuk kerja-kerja fotografi aku

5. picasa. kalau setakat nak touch up sikit2 memang aku pakai ni ja. simple

6. comet player. ini music player aku. aku tak pakai windows media player, vlc, dan winamp player.ini cukup simple

7. mpc star. jadi video player aku. sama jugak aku tak pakai vlc semua tu.

8.rockmelt. ini web browser yang sangat social friendly. tapi makin lama makin jarang pakai

9. microsoft word? tolong jangan tanya untuk apa. tolong

10. open office. aku guna ni bila masuk subject computer ja. yang lain tolong lah.

aku rasa itu ja lah frequently used apps aku dan desktop background aku. anda semua macam mana? apa kata anda up entry macam ni dan bagi link kat komen ni?

apa kata?

sehingga berjumpa.
assalamualaikum

indirectly dedicated : maal hijrah 1433

ada orang tanya aku. kenapa tak dedicated satu entry untuk maal hijrah.

jawapan aku senang ja. blog aku bukan seasonal. maksudnya blog aku ni bila aku letak entry maal hijrah, then ada orang baca masa bukan maal hijrah. takdelah rasa tak up-to-date sangat. maksudnya tak bermusim lah

salah. sebenarnya aku malas nak up entry.oyeah!!

aku tak serajin cik nadwah yang up entry panjang yang membuatkan aku terpaksa berbaring untuk mengkhatamkannya.heheh

jadi aku buat lah satu entry yang serbanitas sedikit. ye lah nak up macam orang alim kan tuk tackel hati mak mentua. nampak tu niat aku tersasar sedikit?

salah lagi. niat aku tersasar jauh.

lepas tu ada pulak yang cakap sambut maal hijrah ni bidaah. baca doa sebelum dan lepas maghrib tu bidaah. nabi tak buat pun. betul la tu nabi tak buat pun.

ustaz syed abdul kadir bagi jawapan. dan aku bukan perawi yang baik.aku tak la hapal sebijik-sebijik jawapannya. jadi aku guna bahasa aku yang agak celaka untuk menjawabnya.

kenapa kita nak buat? pasal nabi dan para sahabat memang rajin berdoa, rajin beribadat. masa nabi hidup mana ada sumber2 lagho semua. masa 1 muharram mana ada manchester united nak lawan newcastle. semua masih beribadat macam biasa.

tapi kalau kita tak buat baca doa semua ni. memang tak lah kita nak ingat tuhan. kalau tak ada cuti am hari ni (isnin) memang kita tak tahu tahun hijrah dah berganti. semua masih sibuk dengan urusan dunia yang tak habis-habis.

memang silap besar lah.

masjid bandaraya kota kinabalu
f/8 . 1/80 sec . iso 400


baiklah selesai upacara muqaddimah. biar aku masuk isi pertama ya. mak-mentua-to-be sila noted.

eh eh. panjang nya muqaddimah aku. itu baru muqaddimah tahu? aku baru ja nak cerita pasal umur. tapi panjang sangat siapa nak baca kan?

aku sendiri lah. aku tulis ni untuk diri aku. tapi takpa, untuk bagi kemas sikit so-called blog aku ni aku buat entri baru la ya.



oh ya. terima kasih cik aidramisme kerana up entry itu ya.sungguh aku terharu. blog beliau sangat comel *bayangkan muka aku sambil featuring kisah burung ini.
terima kasih jugak kepada anda yang follow blog aku ni. sungguh aku terharu jugak
*lap air mata guna guna tangan yang baru diguna untuk bunuh lipas.




27 November 2011

travelog 1433h: kuala lumpur

mode: survivor

time: we assume 24 hour, start from 10.30 am 26 nov until exact time  27 nov. but literary i went out in 1432
hijri and come back 1433 hijri.what? one year?!
        why so serious?

location: petaling jaya-[bus]-kl central-[monorail]-imbi-[walk]-klcc-[lrt]-stesen university-[bus]-uia pj

achievement: the original plan canceled. get replace with better one.

betul lah kata-kata artis, kita hanya merancang, Allah yang menetukan. perancangan aku semalam tersasar 183 darjah (sori aku tak jumpa degree sign kat keyboard ni). semalam aku ber-iya-iya sengat nak berghetto di jalanan. tapi apa yang jadinya instead of jalan aku tidur kat masjid. dan dapat makan free. dan dengar konsert free. dan ada talk show free. dan dan dan banyak lagi. kalau aku tulis sekarang buat apa korang nak baca full entry kan?kena ada unsur suspen baru lah best.

mereka merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang

*sila masukkan lagu suspen anda disini

*masukkan dalam hati je lah.nak bebunyik-bunyik kenapa? annoying orang sebelah ko dengar.

aku tataw mana nak start kisah ni pasal intro filem aku ni banyak yang lagho. sesampai ja kat monorail station dah kena sambut gan bidadari. lepas tu pegi time square pekena lunch set b 2 zingger double sebijik. yalah ghetto la sangat. oh ya baidewei aku tetinggal satu bijik burger kat surau ts.sepa2 yang baik hati boleh lah ambil.masih ada fries ok!nyum nyum nyum! lepas tu tengok penguin menari happy feet 2. sekali lagi ghetto la sangat. lepastu makan lagi kat subway. ok ghetto ketiga.

kereta automatik adalah yang masih tekan brake pabila sudah berenti?
berapa kereta yang lampu brakenya tidak menyala?

dan kembara tu sebenarnya start masa ni. jalan kaki sensorang pegi klcc. oh ya, bagi sepa yang ingat klcc-ts tu jauh sumpah korang salah. dekat kut. tapi goyang gak lah kaki bejalan.

jalan-jalan-jalan sampai masjid al-Syakirin singgah asar. pastu baru perasan asal ada drum set kat masjid ni? masa tu baru aku taw ada program malam tu.


 lepas pegi klcc jap usya macik tua dedah aurat aku balik gi masjid balik.


 malam tu baru aku taw ada program qiam tuk hari tu. so aku just follow the flow je lah. orang dengar talk show aku dengar. orang dengar unic n budak quiz buat persembahan aku dengar. aku lebih dari orang satu benda ja. dengan bising2 tu semua orang teruja tapi aku boleh sleepy. hahaha.

biar aku kongsi kan satu tips penting ya.

oh. tips lah sangat.

kalau ada pengumuman cuba dengar betul-betul. fokus dengan apa yang orang tu cakap. jadi tiada lah kekacauan orang lelaki masuk dewan solat bawah untuk tidur. pasal dewan solat bawah tu untuk perempuan.oh orang itu bukan aku.sumpah kali ni aku tak tipu. he he he

kami orang laki-laki boleh tidur di mana suka saja. ada yang dalam dewan solat yang ber-ekon dan ada yang di luar.mula mula aku nak tidur dalam. ye lah kau pun tahu kan, tidur kat ukc satu semester ni dengan kipas yang berbunyik macam waterfall takan lah nak tidur luar pulak.
ini adalah kutub utara

tapi aku batalkan saja niat aku kerana zon dalam tu sangatlah sejuk. sunguh vice versa kepada persekitaran khatulistiwa ini. mungkin kalau aku pelihara penguin si eric happy feet dalam tu beliau pun terasa sejuk sampai tak boleh menari. tapi hairan aku boleh je pacik tu tidur tak pakai baju.tsk tsk

xperia x10 8mp. f/2.8 . 1/15 sec. iso1250
jadi dengan rendah diri aku tidur kat luar dengan pemandangan hotel the zone. dan sebelah aku adalah homeless people. aku boleh tahu dengan bau kotak yang dijadikan alas tidur dia. ye lah aku firstimer mestilah noob nak tidur kat mozek. dia rileks je tak sejuk pun.

lagi tips.kalau ambil gambar malam guna phone shutter speed automatik akan berkurang (lama terbuka). result nya.gambar akan shaking dan tak jelas.jadi baik letakkan kat lantai bagi stabil habis, lepastu boleh ambil gambar. lebih baik ambil guna touch je spya x gegar. kalau guna button nanti bertambah gegaran. button tu guna bila nak me-mikro ok!

dan qiam pagi itu amat sejuk.itu sahaja yang boleh diperkatakan.



aku suka gambar ni.







 ok babai.
eh samihah, see aku masih hidup hehehe

26 November 2011

big plan for small night

ingat tak lagi aku pernah cakap tulis yang aku nak cuba hidup getho satu malam dulu. rujuk sini.

aku agak teruja jugak lah nak rasa malam di gelandangan ni.oh ya, biarlah aku definasikan getho dulu ya. getho ni adalah kehidupan orang yang susah. seriusly mereka susah dan ini lah sebenarnya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.pasal apa yang dorang ada hanya cukup untuk mereka makan hari itu.untuk hidup hari esok itu belum pasti.

and this night i will make it true.seriusly aku nak hidup dan ber-lalalala di kl malam ni. di jalanan. kerana ijazah terbaik datangnya dari jalanan. di situ lah aku boleh belajar banyak benda. kemanusiaan, keperihatinan, kehidupan dan dan dan.ok aku lupa pekataan-pekataan yang gojes lainnya.

 kerana ijazah terbaik datangnya dari jalanan
 jadinya aku minimize kan keperluan yang perlu aku bawak. who needs a tablet or dslr for this kind of trip right?

lets go make list check









some cash-CHECKED
rm 36.  dan aku pasti itu sudah lebih dari cukup

my main phone-CHECKED
handphone terbaik aku penah ada.mesti lah bawak



phone-CHECKED
sebenarnya lama jugak aku fikir nak bawak ke tak. dan aku yakin sangat-sangat tanak bawak.tapi last-last datang idea tuk ambil gambar. this can be travelog right?so aku bawak.tapi aku akan switch off dan hanya guna bila masanya perlu. oh ya this is attached with no sim card




note book and pen- CHECKED
no tablets right?so here we are.old school again

wallet and ic,matrix card n cimb card-CHECKED
wallet tu adalah kosong,tiada kad lain tiada cash lain. dan ic tu aku bawak takut kena tangkap pak polisi. matrix card tu untuk bersedia kepada guard-uia-yang-kau-pun-tahu-macam-mana. kad atm sebenarnya aku tanak bawak.tapi just in case kalau dah terdesak sangat mungkin aku perlukan.

College Physics Serway Vuille, lebih dari 1200 muka surat. RM73

NO SERIOUSLY IM KIDDING!!

wish me a good luck, and gain some knowledge. ayah aku selalu cakap, err..err lupa pulak.tapi bunyi dia hampir macam ni lah.

pengalaman adalah guru terbaik. tidak seperti guru, kau tidak perlu bayar gajinya, tapi adakalanya kau terpaksa membuat pengorbanan besar.

dan aku rasa bila translate english lagi senang nak faham.

experience is the best teacher. unlike teacher, you dont have to pay the salary, but sometimes it costly.

ok daa!!aku jalan dulu.

p/s: samihah,sori aku tak gitaw plan ni. kalo aku gitaw mesti kena halang kan?hahahha

UPDATED!
TRAVELOG AKU SUDAH SIAP.SILA DAPATKAN DI PASARAN.PASTIKAN YANG ORIJINAL

http://ultralukman.blogspot.com/2011/11/travelog-1433h-kuala-lumpur.html

24 November 2011

selamat menjadi raja,kakaku!

selamat pengantin baru iffah zuleha elmandily dan fendy saily.
semoga bahagia ke hujung hayat.

nak cakap aku ni sibuk tak lah sangat pasal aku boleh je layan tengok harimau malaysia tiap malam.tapi ye lah aku seperti sibuk.nak-nak lagi sekarang bangun fizik, sebelum tido fizik, lepas minu milo fizik, makan roti planta fizik, berak fizik. jadi sebagai refleksi kepada kesibukan aku ni biarlah aku buat entry ini lain kali lepas quiz hari jumaat ni ya.hari ni korang tengok gambar dulu. btw gambar ni baru retouch je.belum edit lagi.so edit pun lepas quiz.






klik read more untuk gambat lain.atau link ini

22 November 2011

minimalis satu.

dalam fizik aku belajar.dekat bumi ni ada titik-titik yang berbeza daya tarikan gravity ini. tertakluk pada jarak dari pusat bumi dengan altitud yang berbeda. pasal tu lah roket rusia kena launch dekat kazakhstan.

oh baru aku faham.
daya graviti secara purata= 9.8m/s
daya graviti di katil aku waktu subuh =menghampiri infinity


15 November 2011

DOA: baru aku tahu

sebenarnya disiplin menulis aku bukan untuk menulis sesuatu yang sangat peribadi. entry pertama aku up tentang story hidup aku adalah yang 111111 tu dan aku tak rasa aku dapat up entry begitu lagi.yucks geli tahu? bukan kerana apa tapi aku masih tak fikir blog ni untuk ceritakan diari aku.mungkin sedikit perasaan macam arwah syed meninggal dulu.seriusly aku meluah masa tu.

dalam kesempatan ni.meh bacakan al-Fatihah untuk arwah.

mungkin aku suka baca kisah hidup seharian orang lain kat blog dorang.kadang-kadang aku akan gelak sorang2 kat bilik ni walaupun roomate aku syak aku ni gila.aku ketawa baca kisah sabun anak buah aku dan kisah kawan kepada kawan aku (yang dia tak penah nampak muka aku) tangkap basah mandi hujan dan baaaanyak lagi lah.tapi tu lah aku tak dapat nak jadikan blog ni diary harian.aku lebih kepada fikrah.mungkin.

cemana intro aku?serius je kan ayat bhahahaha.

dulu kawan aku penah mesej kat aku. mesej dia takde la bunyik sebijik ni tapi nak kata dekat-dekat tu boleh lah.masa tu kitorang amik PMR,2008

kenapa kita hanya doakan untuk kejayaan kita sedangkan kita tak tahu pun kejayaan kita tu adalah terbaik untuk kita.ana cabar kita doa "Ya Allah,jika kejayaan dalam PMR ni yang terbaik untuk diriku, maka berilah aku kejayaan itu. tapi jika kegagalan itu yang terbaik maka GAGALkan daku"
-HAM,2008-

aku cuba amalkan doa tu, tapi aku tak yakin.PMR 5A baru tahu. aku memalukan sejarah keluarga aku.nasib baik aku tak kena halau keluarga. tapi aku langsung tak rasa menyesal. pasal aku tiba2 yakin itu yang terbaik untuk diri aku. lepastu masa form 4 aku masih tanak belajar serius. tapi aku cuba tanak meniru langsung. kelas aku tak penah eskep tapi keluar sekolah bagai aur dengan tebing bagi hidup aku.(betul ke penggunaan bahasa aku?hehehe).nak kata tak selalu tak lah sangat pasal aku siap penah kedapatan eskep lalu diikat di tiang bola jaring. macam syaitan kena ikat masa ramadhan kut perasaan aku masa tu.

seriusly aku jajal gila masa form4(for dummy,jajal bermaksud liar,kut). bawak henfon kena rampas, bawak lagi yang lain. bawak mp3 dengar shuffle pun kena rampas. eskep jangan cuba nak kira. 

tapi tu kira disiplin dengan diri sendiri je lah.pasal kalau hubungan aku dengan cikgu2 sekalian aku cuba jaga.pasal ayah selalu cakap tentang harga ilmu dan pengalaman.nak aku bagi quote ayah aku? takyah la nanti blog ni panjang macam kereta api mumbai.

pasal tu lah bila aku nak hafal Quran sampai sekarang tak melekat lagi. hafal muka surat 2 lupa muka surat satu. nak hafal sejarah lagi lah. aku hafal bahagian perang-perang je pasal best. yang pasal perlembagaan tu habis dipersetankan. nak faham chemistry senang tapi nak hafal color2 tu memang syaitan.

tapi aku masih juga mendoakan kejayaan aku jika itu yang terbaik buatku.dan gagal jika itu yang terbaik. dengan kawan2 aku geng surau a.k.a geng muttaqin (stylo tak kitorang ada nama?muttaqin lah sangat) yang bagi dorongan tuk solat dhuha,qiamullail apa segala. (pesal tiba2 macam ucapan pulak ni?) 

alhamdulillah aku dah nampak kenapa aku dapat result yang boleh letak aku kat UIA ni.pasal kalau aku study kat luar mesti kekafiran aku terserlah kan?

mungkin cerita aku tak dramatik sangat.try to walk a mile with this kind of shoe pulak

cemana kalau kau dah doa habis-habis. sembahyang hajat,dhuha,qiamullail habis kau kerjakan.puasa isnin khamis tak masuk ganti sebab nifas walaupun kau lelaki.nak cakap kau dah berharap dan bergantung dengan tuhan berabis lah.tapi tak jugak berjaya.SPM kau tetap jugak 5A.pointer tak lah naik sangat.

kawan kau yang meniru tu yang hebat. yang be-dating tiap hari dan malam tu lagi hebat. yang sembahyang bila warden round asrama pulak yang gempak. nak kata dorang belajar lebih tak juga. masa kau belajar dia boleh pulak layan game. assigment asyik nak meniru tapi result bapak hebat.

kids,that what they call istidraj.

memanglah dorang tak bergantung dengan tuhan tapi dorang kena bagi result hebat. pasal itu istidraj. cuba cek sejarah berapa banyak orang hebat kerana istidraj. Firaun memerintah seluruh mesir. Qarun gila kaya raya.Mustafa kamal attaturk pengasas republik turki.they stand on the earth because of istidraj.and look how they end their life.

so kita kena againts tuhan lah kalau nak berjaya.

old fags, dont think by ur knees.nor by what between them. nikmat istidraj ni adalah untuk bagi orang tu bertambah sesat. supaya jadi bahan berfikir for thoose who want to.

mesej khidmat masyarakat aku kat sini. just keep berdoa dengan Allah untuk apa yang terbaik untuk kita.pasal kita tak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. kau dan aku bukan tukang tilik itu kau perlu tahu.aku dapat 5A pmr supaya aku teruskan kat study SMAKK.

tapi bila aku buat entry ni tiba-tiba aku terfikir.patutlah science subjek rilek je aku score masa SPM.tapi
Syariah Islamiah, Pendidikan Quran Sunnah, dan Bahasa Arab aku B.

#hopeless lukman


Study

Some call it BERSEPAH.i call it BELAJAR

14 November 2011

masalah satu.[updated]

membuat pilihan adalah masalah yang sukar ditangani oleh pasangan yang baru bercinta mahupun sudah ketelajuran.contohnya pilihan untuk buang anak di tong sampah atau masjid.
                                                                                                                  -ir.Lukman,2011-




tapi masalah aku ni tiada kaitan dengan intro yang ezajerat mengada-ngada tu.masalah aku adalah dengan akaun maya aku yang terlalu banyak dan aku tak tahu mana satu yang nak update.see blog pun aku ada 5.nampak tak masalah aku ni?

biar aku list kan





tumblr http://lukmn.tumblr.com/ baru buat

blog (acedemic) http://otak-di-kanan.blogspot.com/ tapi hangat2 taik harimau

blog (bisnes) http://myphonestore.blogspot.com/ dah 5 bulan tak update.boring

blog (hobi) http://malaydroid.blogspot.com/ pun kecundang

and so much more that i cant recall.



solution.
status aku update kat twitter-automatik akan update kat facebook gak
gambar dari lensa kamera upload kat google+ dan facebook.
gambar dari henfon upload kat blog ni and facebook.

blog2 dan akaun lain?abaikan.
problem?har har har

[UPDATE]
link lain

isla.my http://www.isla.my/lukman/ korang sign up lah

flickr http://www.flickr.com/photos/lukmanawaluddin/

live view http://ultralukman.blogspot.com/view/magazine best kut

11 November 2011

11.11.11

baca timestamp tu mesti bangga gila kan boleh buat entry 11.11.11 11:11pm? tak sebenarnya.aku buat entry ni 13.11.11 pasal aku malas nak up entry muahahaha.

 ada orang declare couple masa 11.11.11 tapi itu orang lain.aku tak

ada jugak yang propose kahwin masa 11.11.11 tapi itu pun orang lain gak.aku tak

ada jugak orang ajak awek makan romentik-romentik 11.11.11 tapi macam biasa itu orang lain jugak.aku tak

ada orang berjunub (baca:berjimak/persenyawaan/melakuakan pembiakan) masa 11.11.11 tapi orang lain.aku err errr tak kut

ada orang gay 11.11.11 itu aku.huahuahua

sebabnya 11.11.11 tu aku berjalan-jalan di bumi kl yang neraka ni bersama lelaki.Amin wafiy,Lukman Azmi,dan Izzudin.mereka itu lelaki tapi bukan gay.aku pun tak gay lagi tahu?

aku keluar lepas sembahyang jumaat (yelah kau je lah rajin nak sembahyang kan lukman nak up entry begitaw ko sembahyang?) .masa sembahyang kompom tak khusyuk dok fikir movie apa nak tegok je.

nak dipendekkan cerita,secara magisnya aku tetiba sedar aku dah ada kat ts (baca:Berjaya Time Square bukan Tahi Saya)lepastu tengok muvi Immortal.

aku cari poster yang tutup aurat.tapi tiada


sedikit review ya akak-akak dan abang-abang.muvie ni efek dah sedap.jalan cerita pun dah sedap.tapi ending bapak buh-san.apehal zeus tak robohkan patung tu awal-awal eh?nak tunggu anak dia mati dah semua baru nak robohkan?bad god u know?hohoho.yelah aku taw tuhan kau tu perlu ikut cakap pengarah filem kan?

p/s;mintak maaf kalau korang lom tengok muvi ni sal aku dah potong stim korang gitaw ending muahahahah

cerita 11.11.11 ni sebenarnya menarik bukan pasal tu.tapi lepas tu kitorang pun gedik-gedik maksiat nak tido hotel hohoho.bak kata amin wafiy (baca: wa-fi bukan wifi) "aku ada duit lebih lah,mana nak habiskan ek?" padahal kat masjid tadi tak nak pulak menghulur kat tabung yang gerak-gerak tu.poyo 

mula2 aku nak getho sikit malam tu.aku propose nak tido kat bawah jembatan je.best dapat belajar banyak kut.tapi atas alasan-alasan kebersihan yang gayish kitorang amik keputusan tido hotel berempat-empatan.meniduri sesama sendir..euwww geli 

carik punya carik.sepiking punya sepiking band 6 kat india tu.dapat lah sebijik bilik 2 single kat myhotel brickfield. lepas cek-in,makan air-cond tu sikit.lepas tu pegi kl sentral balik makan kfc.teruja sikit (banyak sebenarnya) kat vending machine rm1.beli majalah konon2nya nak baca.beli chewing gum tuk gantikan berus gigi kat 7e.pastu kitorang balik lah tidur.(adegan berak terpaksa dipadam agar tidak mengaibkan diri sendiri)

jam 6 pagi tu bunyi alarm jangan cakap lah.dari henfon xperia sampai lah henfon rm88 aku suma bunyik secara berjemaah.tapi itu semua henfon belaka.tuan punya henfon gila pemalas nak bangun subuh.lepas sembahyang tido balik memang terbaiklah.aku je bajet anak soleh belek2 majalah kereta sambil tengok muvi yang apa ntah kat tibi tu.

lepas tu kitorang pun cek-out lah dari kemaksiatan hotel tu (lukman yang satu lagi (bukan aku) nampak couple mabuk masuk bilik sebelah malam tu.tapi bilik tu bilik family-besar jugak selera couple tu).balik bilik dan mereka-mereka ini pun teruskan perjuangan tidur mereka kecuali aku yang sambung bejalan ngan kakak aku lagi.yay memang habis lah duit aku.cemana nak pegi haji?

MEMANG SILAP BESAR LAH*kata-kata langsung x bersemangat si wafiy

wafiy,lukman azmi,izzudin.u made my day.#celaka gayish

soalan hari ini.
apakah pengajaran yang anda dapat sepanjang 11.11.11 dan hari selepasnya.
jawapan.
1.tiada
2.tiada
3.tiada
tahniah

viva vs haji

mungkin tak semua tahu apa itu viva,kalau nak aku huraikan mengikut disiplin ilmu automotif agaknya akan ada dua implikasi akan berlaku.1 korang takfaham.2 aku pun tataw apa nak hurai hehehehe

biar aku jelaskan viva secara bahasa mudah

"kenderaan paling murah di jalan raya malaysia" senang faham bukan?



dua-dua harga hampir sama

viva radian 660 BX (paling murah di semesta alam) dan haji jenis pakej termurah harga hampir sama .



mula2 aku search harga pakej haji aku terkejut jugak lah tengok ada 5 angka lepastu starting dia 2.bapak dia DUA PULUH RIBU bai!! lepas tu baru aku perasan,dulu boleh ja aku pasang cita-cita tinggi nak angkat kereta apa haramjadah semua. proton saga flx tu pun 50k kenapa aku tak rasa bersalah pulak nak up impian?

infact, haji jenis pakej tu lagi murah.

10 November 2011

eureka jenis islamik sikit

bismillah

maghrib tadi baru ja habis hari raya aidil adha untuk tahun ni.maghrib tadi juga baru aku perasan dalam hidup aku ni ada satu benda aku tak kejar lagi.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...