23 Mac 2013

Pengembaraan epik day 1.8

Ceh. Day 1.8 . Mengada betul satu hari pun ada 3 fasa penceritaan.

Day 1.8 masih lagi di ketinggian 8k kaki altitude.

Maka selepas itu macik indon tersebut pun mengambil seat yang dibelakang sedikit. Karamah doa tu bukan lah tapi doa aku didengari. Dan akhirnya aku dapat satu row 3 seat.

Awyeaahhhh.

Tammat hari 1.

Cisss. Pendek gila entry haha!

22 Mac 2013

Pengembaraan epik. day 1.5

Latar belakang masa:10.30 malam
Latar belakang tempat: kapal terbang. Altitude 80k feet.
Latar belakang watak: aku. Seorang makcik indon dan 2 anak kecil.

Dan mereka bertiga merupakan jiran seat aku di flight tersebut.

Bila masuk cabin baru aku sedar seat aku nombor 4c. Oh baiknya air asia dia bagi aku hot seat kaler merah.

"Good boy air asia. Good boy"

Sedang aku puji dalam bahasa inggeris tu lah tiba2 3 orang anak beranak tu minta permisi mahu masuk ke seat 4a dan 4b.

Lantas pujian dalam bahasa melayu aku tadi berubah kepada munajat kepada tuhan menggunakan bahasa ibunda.

"Ya tuhan jangan lah budak ni menangis. Amiin"

Dipendekkan cerita. Munajat tadi berubah kepada

"Diamlah baby woiiii!"

*serius entry ni lebih menarik dengan gambar sekali. Tapi aku malas nantilah guna letop baru bubuh*

21 Mac 2013

Perjalanan epik day#1

Jadi niatnya aku nak mengimarahkan blog ni dengan menulis liku2 kehidupan aku kali ni.

Niatnya.  Kita tengoklah nanti apa yang jadi.

20 mac 2013
6pm

Aku memang juaranya procrastinating. Aku ada masa sepanjang hari tapi jam 6 jugaklah baru mahu terkinja2 mencari money changer dan poncho. Sepatutnya aku tukar duit di pwtc tapi dengan kebijakan aku melambatkan benda (ability utama) akhirnya aku tukar di kl sentral saja. Beli poncho, beli reload celcom di tujuh sebelas dan buang reload tu di tong sampah tujuh sebelas itu juga.

Ya. Reload dalam bentuk resit agak celaka kerna mengundang keentengan.

8pm.

Sampai di lcct (baca:tambang murah punya airport). Aku selesa travel by bus. Murah n murah. Of course pasal itu saja tiada rahsia lain saya kan penjimat super handal. Kononnya.

Dalam bas sempat berkahwan dengan faizal (atau fazli, nama macam tu lah). Dia mahu berjimba dengan sahabat handai dia. Dia  cakap plan mahu ke sabah tapi since pencerobohan so dia dan kawan2 dia ke sarawak. Dia cakap dia mahu tengok flora flora. Aku cadangkan dia pergi bilik aku saja kerna bilik aku pun ada pokok. Dia ketawakan idea aku. Jadi aku suu'us zhon memikirkan dia bukan nak tengok flora pun, dia nak mengurat aweks iban.

*sepatutnya disini ada gambar pokok dlm bilik aku. Tapi aku xpandai nak tampal. Kamu orang tengok sendiri lah ya di instagram.

10pm.

Ikut itenary aku depart jam 10.05. Terima kasih kepada air asia melambatkan sampai 30 minit.

*cerita berhenti sekejap. Mana boleh main internet dalam kapal. Kau orang stay tune saja dan tweet2 lah pasal blog ni agar aku rajin nak sambung cerita srterusnya*

Spoiler alert: next cerita agak pedophile sedikit. Tentang aku dan kanak2 bawah umur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...