30 Oktober 2013

kaki nescafe

waktu sekolah aku ketagih nescafe. sangat. sangat sangat ketagih.

kalaulah ada ujian nafas untuk menguji paras nescafe dalam badan aku, mungkin aku dalam paras bahaya. mungkin juga secara tak sengaja rupanya blood cell aku dah terganti dengan kafein nescafe tu. hmmmm.

zaman-zaman pra-matang dulu, nescafe adalah minuman ruji kitorang. minuman asasi. minuman feveret.

kalau kaya sikit (ataupun kalau junior sedekah), nescafe kami ada ramuan-ramuan tersendiri. campuran kegemaran aku adalah 3 sachet nescafe kuning + 2 sachet milo dalam bottle air 500ml. pakai air water cooler (yang juga minta junior ambilkan). super-cool. lagi sedap dari starbucks.

kalau balik bermalam ja mesti beli nescafe untuk kelangsungan hidup di asrama. kalau tak dapat balik bermalam, aku keluar bandar.

waktu dekat2 spm tu, nescafe lah minuman, nescafe lah ubat tahan mengantuk masa study, nescafe jugak lah minuman tea break lepas study. nescafe jugaklah dos yang aku ambil kalau sakit. dan kalau dapat jawab soalan add math mencabar aku akan hadiahkan diri sendiri dengan secawan nescafe 2 sachet.

oh ya, kami sebagai duta-duta nescafe meyakini dan bersaksi bahawasanya 2 paket adalah standard kebangsaan untuk air 200ml. hell yeahh!



masuk uia

zaman-zaman ni adalah zaman kegemilangan kisah cinta aku dengan nescafe. masa ni lah ada nescafe ipoh white cafe, nescafe neslo, etc etc. bila rasa kaya sikit aku lagi komited untuk melabur dalam bidang pembelian nescafe daripada melabur ke tempat lain. addiction aku bertambah lagi dengan kemudahan (kemudahan?) member2 uia yang semua pun sekepala. orang jual nescafe kat setiap floor nampak tak betapa beratnya pengaruh nescafe ni?
ni nescafe yang kena jual kat bilik cuci. kalau nak ambil je lepastu tinggalkan duit dalam bekas tu.

kat uia ni jugalah aku mencintai produk-produk nestle yahudi yang lain. tak senonoh betul dulu kat smakk jadi pm program untuk palestine, tup tap tup tap pengguna tegar barangan yahudi.

change.
isteri muda?

ditakdirkan Allah aku start consuming herbalife ramadhan tahun lalu. waktu tu mindset aku minum herbalife nak gain muscle nak energy nak sihat and nak cool dan bergaya. tu je. tak mengharap langsung ke-bergantung-an hidup aku pada nescafe ni akan hilang.

dan the best part is; aku tak sedar pun aku dah tak ketagih lagi.

gigih-gigih minum teamix untuk stay up untuk study (study atau saja-saja?). lepastu aku mula lupa dengan diet nescafe aku. benda-benda yang aku cintai selama ni  la hawla wala quwwata illa billah tiba-tiba malas nak makan. itu dia, malas nak makan junk food.

teamix ni ada 2 perisa. lemon and hibiscus dan satu lagi peach. dan oh ya. feveret aku, teamix perisa peach. sedap gila bila tambah aloe vera sikit. rasa english cenggitu.

kekasih gelapku.

plot twist.

sekonyong-konyong aku cuba balik minum nescafe. tapi apa yang jadi? aku masih suka rasa dia. tapi effect dia? nauzubillah.

bila minum nescafe sekarang ni. aku akan sugar high (gula tinggi?). aku tak tahu sugar high ni clinically betul atau tak. tapi bila aku minum, ni yang akan terjadi:


  • parkinson. tangan aku akan bergegar-gegar dan rasa sejuk. kaki pun rasa masyaAllah sejuk.
  • susah nak becakap. lidah rasa malas nak gerak.
  • bodoh. ini serius. bila minum nescafe aku akan jadi bodoh. ya aku akan awake tapi aku tak boleh study atau buat assignment. rasa bodoh gila tak boleh nak gerakkan neuron dalam otak ni haaa (memandai je..). so biasanya bila aku terpedaya dengan diri sendiri untuk rasa taste of nescafe tu, malam dia aku akan termenung je sorang-sorang tak buat apa. lepastu guling-guling kat katil cuba nak tidur; tapi gagal. dan teruskan termenung lagi. repeat sampai subuh.


teamix herbalife.

so apa aku buat untuk stay up? kadang2 hidup yang cruel ni memaksa kita untuk tidur lambat atau tak tidur langsung. contohnya hari ni yang mana implikasi aku tangguhkan buat lab report maka memang aku kena buat sampai larut pagi ni haa. padan muka aku.

aku minum teamix herbalife + NRG tea.


lets skip the clinical part. aku bukan budak medik atau farmasi yang nak berdakwah dengan terms-terms yang saintifik bagai tu. ni adalah testimoni aku sendiri.

aku start consume herbalife adalah pada hari pertama ramadhan 1433. efect dia pada energy masyaAllah over-active sungguh aku bagaikan kanak-kanak mumaiz. kalau aku minum lepas solat tarawih, insyaAllah memang tak tidur lah aku sampai ke jam 3. jadi akhirnya aku tak minum dah teamix ni malam-malam. aku minum waktu sahur dan iftar. sampai sekarang kalau dah niat puasa esok, malam ni tak minum teamix dah.

bonusnya; boleh bakar lemak jugak!

NRG tea.



kalau teamix tu lebih kepada energy dan bakar lemak. NRG ni pulak lebih kepada otak. again, aku pun tak tahu apa reaction yang berlaku biologically dalam badan manusia sebab aku hanya insan student engineer biasa. yang aku sedar bila minum NRG ni kita lebih senang untuk fokus pada satu2 task tu. haaaaa kalau nak buat assignment atau study bagus sangat lah tu kau orang minum NRG ni.


wrap up.


  • nescafe membuat saya dumb.
  • herbalife teamix -by Allah's will- buat lebih saya lebih energetic.
  • jika anda nak, saya adalah herbalife coach. saya boleh membantu anda untuk lebih sihat. 
  • 0145561756 yes itu number saya dan yes anda boleh call number itu jika berminat! (pada produk bukan pada tuan punya badan-harap maklum)


yours truly, 
lukman awaluddin,
30/10/2013
4am
fueled by herbalife. (dengan kuasa Allah)

27 Oktober 2013

tips: bagaimana untuk terbang murah

berjaya beli tiket murah adalah perasaan menang jackpot versi halal bagi saya. setakat ni, kejayaan terbesar saya yang diukir di lembaran sejarah (atau lembaran wall fesbuk) adalah kemenangan membeli tiket air asia kl-kk return flight dengan harga RM56 sahaja. RM28 sehala untuk perjalanan 1,622 km.




so berdasarkan kajian yang saya buat dan baca, ini adalah tips-tips untuk dapatkan tiket murah.

1. beli pada masa yang sesuai

penerbangan domestik-beli 21 hari sebelum depart.
penerbangan antarabangsa-beli 11-12 minggu sebelum berangkat.

beli terlalu awal mungkin menyebabkan kita terlepas major deals yang akan dikeluarkan. beli terlalu lambat akan merasai risiko harga mahal. atau lebih teruk lagi, tak dapat langsung tiket. promo biasanya dibuat dalam 11 minggu sebelum depart.


2. beli tiket pada hari selasa bekerja.

airlines akan update harga mereka biasanya setiap minggu. dan mereka takkan update pada hujung minggu kerana masa tu ramai yang sedang membuat transaksi pembelian. selasa adalah hari update mereka. mengikut lagenda, masanya pula adalah jam 7pm GMT.

3. terbang pada hari selasa atau rabu.

hari selasa dan rabu adalah hari yang paling sedikit umat manusia akan travel (kecuali cuti).
-passenger xramai. airport lebih selesa.
-bila passenger xramai, xramai jugaklah yang buat hal. flight attendant dan akak kaunter lebih ceria.  saya suka. heee
-biasanya tiket weekdays lagi murah dari weekends.

4. compare price.
ada banyak internet tools untuk compare price. kadang2 harga companies yang kita tak pernah dengar tu lagi murah. dan biasanya airport yang lebih kecil tu lagi murah (lcct).

5. jangan gedik.
untick untuk insurans daripada airlines. kalau anda treveler, gunakan insuran yang cover travel anda, bukan setakat cover penerbangan saja. kalau jarak perjalanan dekat (less than 3 hours), tak perlu beli makanan berbayar. 

6. delete cookies anda.
fakta ni saya sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. tapi apa salahnya kita delete saja?

kita terima saja fakta ini--airlines mahukan semaksima mungkin duit dari poket (atau kredit kad?) anda. mereka cipta algoritma yang superkompleks untuk itu. tapi algoritma yang anda perlu pakai adalah:

trajis. desperat.
solo travel to bandung, indonesia.


20 Oktober 2013

minimalis empat.

ceritanya tadi saya makan wendy's bersama sahabat saya.

tengah makan fries tu, saya cuba tunjuk pandai (dibaca: minta puji) pada sahabat saya. saya tunjukkan beliau saya ini wikipedia bergerak.

"entree ni bahasa french yg bermaksud entrance. dish yang kena served sebelum main dish....bla bla bla... entree ni sepatutnya masin untuk bagi kita berselera. sebab tu lah entree biasanya fries, soup of the day....bla bla bla"

selepas habis saya bersyarah. saya rasa bangga. tiba-tiba sahabat saya buka mulut.

"wendy's ni sebenarnya ikut sunnah nabi je. nabi letak garam kat mulut sebelum makan. wendy's letak garam dekat potato. tu je "

padu. power.

19 Oktober 2013

mari mengkaji jenis-jenis permusafiran aku.

aku bukan jenis budak aktif kat sekolah. kat laporan kokum aku pun aku just boleh bangga dengan pencapaian 'sukan' aku sampai ke tahap negeri - johan kawad kaki msss. sukan lah sangat. but lately aku jumpa survivor soul dalam diri aku.

hashtag-cewahhhh

aku travel person + solo adventure. bukanlah adventure sangat sampai panjat gunung segala. sebabnya badan aku ni bukan nak tough sangat pun. kalau kat rumah orang gaji jugak yang angkat tong gas tu, kalau harapkan aku, heh. hopeless.

aku lebih kepada surviving adventure. letak aku kat mana2 tempat dan aku -insyaAllah- akan figure out macam mana nak hidup. so mari kita mengkaji this-self acclaim- jenis permusafiran aku!


i.  family trip.
jkt-bdg. macam biasalah- fotografer memang takkan masuk gambar punya.


jumpa gambar lama beb

family trip adalah sejenis trip yang paling aku gemari sukai dan cintai!! the main reason adalah ofcourse sebab dengan family sendiri lah kan? bila jalan dengan family rasa dia lain sikit daripada jalan dengan kengkawan ni. dan point paling penting, tak perlu nak berbajet hahaha. sumuanya fully sponsored.

ii. trip dengan travel agent.



sebenarnya aku tak pernah langsung ber-travel agent nih. seriusli sebab memang semua famili members aku terdiri daripada mereka-mereka yang tidak menguntungkan profession travel agent ni. *sori anda-anda yang kerja travel agent wahahaha*

jadinya pengalaman terdekat aku dengan travel agent ni bila trip dengan famili herbalifers ke bangkok hari tu. bila dengan travel agent ni best jugak lah sebab ada makhluk yang akan terangkan pasal benda-benda sekeliling kita tanpa kita bukak wikitravel dan tripadvisor.com . tapi personally aku kurang nak suka bila itinerary kita perlu ikut waktu kerja mereka. dan biasanya (biasanya-tak semestinya), interest kita tak sama. kita suka fotografi-fotografi ni haa tapi dia bawak pegi universiti. jadah.

iii. travel dengan kawan-kawan.

bukanlah trip sangat pun

ni kawan-kawan herbalifers yang supercool

aah mereka lah ni. yang kool tadi tu.

yang ni sumpah osem, tak kisah lah dalam malaysia ni gak ke atau luar mesia ni. bila dengan kawan kita boleh lepak puas-puas. boleh buat parti liar ---tetapi tanpa alkohol dan gadis penari tiang--- dan boleh buat kerja gila. biasanya kalau travel dengan kawan-kawan lelaki ni memang tak perlu tidur malam sebab bila beberapa otak masuk air bersama, maka terhasillah perangai-perangai yang nauzubillah bukan calon menantu langsung!

iv. solo trip. loneranger. solo traveler. sukati korang lah nak namakan apa pun.

loneranger ke bandung.

yang ini! aku takkan tulis macam mana perasaan dia. korang kena test sendiri lepastu tulis kat blog masing-masing. sekian.

v. solo ride.

somebody said siam?


yang ni aku baru je rasa sekali dan ya Allah subhanallah. doakan aku murah rezeki untuk beli motor baru dan buat solo trip ke siam pulak.

pleaseeee.

----------------------------------
Q&A:

Q: kenapa prefer solo trip bukan group trip?
A: sebab belum kahwin. lepas ni insyaAllah dah kahwin aku akan buat travel secara couple pulak. dah ada 9 anak nanti buat 'lawatan sambil belajar kelas' pulak.


Q: if Allah bagi rezeki. what is your plan.
A:

1. kembara ke tanah suci. ikut jalan darat. pakai motor.
 2. backpacking ke europe. kali ni dengan perancangan penuh. macam enawati buat ni.

3. merentasi europe. by bicycle. inspired by zahariz. do check his blog. http://zahariz.wordpress.com/


4. to travel with you! yes you who read this! *wink wink*




18 Oktober 2013

minimalis tiga.

semalam kita sedih kerana tak mampu untuk berqurban menumbangkan lembu. 

atau kita sedang beremosi untuk menewaskan yahudi.



tapi sebenarnya dalam diri kita ni ada perangai lembu yang masih belum ditumbangkan.

atau ada keegoan yahudi yang belum ditewaskan.

17 Oktober 2013

“Well, I made a difference to that one!”

ceritanya macam ni.

ternyata lagu sudirman "perjalanan jauh tak ku rasa" itu penipuan semata-mata. letih kut ride 7 jam. balik daripada kedah, area-area tg malim ada sebuah kemalangan kecil di lorong kecemasan. motosikal sebijik. eksiden jatuh sendiri. yang eksiden tu perempuan umur-umur 40-an macam tu. aku rasa aku waktu aku sampai tu kejadian mungkin dah berlaku 5 minit dah.

tapi baru sorang je brader yang tolong akak tu. kita namakan brader ni brader A. dia datang lagi awal dari aku. aku rasa dia mesti budak surau ni, dia tolong akak tu tenangkan diri. "sabar kak... mengucap kak..." akak tu pulak tak pandai nak senyap asek "kenaapalah jadi macam ni?" "macam mana boleh jatuh ni?".

aku sampai ke tempat kejadian. dan alhamdulillah aku memang kurang fungsi pun. apa aku boleh buat hanyalah menghalakan lampu motor ke tempat akak dan abang A tadi.

12 saat lepas aku sampai. datang sorang lagi brader ni brader B bukan nama sebenar. brader ni punyalah tinggi ilmu 'what to do' di dada. semua dia setel satu2. dia ambil henfon akak tu n beg duit akak tu lepastu dia letak kat depan akak tu supaya akak tu nampak. lepastu brader tu telepon plus careline bagitaw tentang kejadian tu. brader ni punya pro-aktif dah macam staff lebuh raya je aku tengok.

dan sekali lagi. aku tiada fungsi kat tempat tu. keje aku buat isyarat untuk halang moto lalu lorong kecemasan tu. tu je.

lepastu family akak tu pun sampai. dan berlaku lah scene-scene klise "ya Allah anak akuuu!!!", "kenapa jadi macam ni  ______ ?(insert name here)". tup tap adegan-adegan tak penting berlaku maka datanglah abang staff lebuh raya plus tu. tolong tengok motor. tengok akak tu. telefon ambulans. ambulans datang. setel.

dan sekali lagi. aku tiada fungsi langsung kat tempat kejadian tu.

lepas semua dah setel barulah sesi ice breaking dengan brader A dan brader B mula. masa tu lah aku tahu, waktu brader A stop kat tempat tu, akak tu dah jatuh dah. rupanya brader B dah stop tepi jalan tu immediate lepas brader A stop kat sana. tapi brader B tak turun dari kereta sebab brader tu takut eksiden tu just lakonan untuk kes samun n rompak (syukurlah malaysia masih aman). dalam 5 minit lepastu baru aku datang n aku terus ke tempat akak tu tadi. masa tu barulah brader B yang proaktif tu turun kereta.

------------------------------

blog ni blog lagho. tapi aku cuba masukkan unsur-unsur pengajaran daripada cerita diatas agar anda-anda semua tidak menarik kaki aku di padang mahsyar kelak atas kesalahan merugikan 5 minit masa anda-anda sekalian membaca entri tidak berfaedah.

aku rasa aku lah paling useless waktu tu. tak berfungsi. tapi sebenarnya kalau aku tak berhenti kat tempat tu, brader B tu takkan keluar dari kereta. which is brader tu lah paling banyak fungsi waktu kejadian tu.

macam tu lah hidup kita ni. kadang2 kita rasa tanak untuk buat sesuatu benda tu sebab kita yakin apa yang kita buat tu tak bagi impak pun untuk sistem yang lebih besar. kita potong que kat jalan tapi kita sedapkan hati kita "alahhh semua orang pun potong gak". kita buang sampah merata-rata sebab orang lain pun buang jugak.

macam the starfish story, “Well, I made a difference to that one!”

macam tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...