22 November 2012

“beli tiket zero2hero cepat”-@sakinahridzuan


“beli tiket zero2hero cepat”-@sakinahridzuan

Nama saya lukman (bukan nama samaran), saya seorang orang. Saya tahu saya dah empat bulan tak tulis sebijik entri pun kat blog ni so pasal tu lah introduction kali ni saya kenalkan diri semula dengan seberapa awkward dan innesennya. Yelah, manalah tahu ada antara anda-anda ini yang sudah lupa dengan saya lelaki marhaen berjanggut ni .

 “beli tiket zero2hero cepat”-@sakinahridzuan
Lalu aku jawab“………………..”-@lukmanawaluddin

2 minggu bero, 2 minggu aku dapat mesej sama je dari sakinah tapi aku tak beli-beli lagi tiket tu. Ohya btw ini kali kedua aku pegi zero2hero, kali pertama hari tu jun 2012 dan secara ikhlas nya lah, aku pegi sana hari tu bukan dengan hati yang terbuka haahaha. Masa tu sofya yang ajak aku. Sofya ni legend orangnya kalau marah boleh tahan garang jugak, tapi tak payah lah cerita pasal tu pasal entri ni bukan nak describe sofya pun hahahha. So bulan jun hari tu aku datang dengan amin wafiy, niat? Niat nak bercuti-cata di gambang resort. Lepastu kat sana jumpa sorang lagi lelaki yang niat sama terbabas macam kami, qadir yang sekarang dah jadi tunang orang pun. Oleh kerana niat yang jauh terpesong tu makanya sedikit sangat aku dapat masa event tu. Dan ada satu slot tu kitoran saja masuk lambat. *sori sakinah, sori sofya*

Ahhhh??? Kenapa aku cerita pasal event bulan 6 pulak ni. Fokuss lukman fokussss.

aku tahu blog aku bosan. so aku cuba indahkan suasana dengan kepandaian google ini mentranslet melayu.

“beli tiket zero2hero cepat”-@sakinahridzuan
Lalu aku jawab“nanti lah kejap. RM310 kot mahal weii”-@lukmanawaluddin

Aku bukan jenis kedekut sangat. Tapi aku jenis cuba untuk berkira-kira dengan investment yang aku buat. Kalau ada apa2 yang melibatkan pun aku akan fikir sepurnama sebelum buat keputusan. Dan waktu tu mula la dalam kepala otak aku ni mempersoalkan perlu ke beli dengan nada semacam menyalahkan diri sendiri. Tetiba pulak ada suara halus membisik ke telinga aku “jangan lah beli, kalau bejoli boleh kenyang kut”, yang anehnya bahasa tu bahasa melayu lingua franca bukannya bahasa-bahasa kod Hammurabi yang bagi aku lagi cool hahahaha.

Zero2hero kali ni aku dating serius sikit. Nak menampakkan aku serius tu sehingga aku tak kesah nak satu bilik dengan sape pun. Kalau dulu kemain ajak wafiy semata2 malas sebilik dengan stranger. Bas kitorang gerak jam 3.30 pagi. Yes you read it right! 3.30 am. Masa ni kambing kat kampong aku pun tido lagi kut. Dan sampai ke gambang ETA jam 7.30 pagi. Dan u know what. From my first step at that hall aku dah kagum dengan bilangan kerusi yang wujud dalam tu. Mak aii 3500 kot!
nampak tak raut wajah serius aku tu?



And the list goes on.

Satu demi satu buat aku kagum. Aku ni jenis budak nerd jugak tapi kat kelas boleh tahan besar mulut aku nganga kalau aku menguap bila cekgu-cekgi mengajar. Tapi kali ni dengar sharing dan talk kat zero2hero langsung tak rasa ngantuk! Amejing kau! Start from Ibu dame sampailah at the end of the programme. Memang rugi gile weh tak pegi bak ang! Miming siuk gilak ni *accent sabah*.

“beli tiket zero2hero cepat”-@sakinahridzuan

Sekarang baru aku tahu kenapa sakinah ni suruh aku beli tiket cepat2. Dan sekarang baru aku menyesal kenapa aku tak beli cepat. Dan sekarang adalah masa yang terbaik untuk kamu-kamu yang tak pegi tu rasa menyesal kenapa tak pegi hahahahahaha!
ini lah dia @sakinahridzuan . muka macam kanak-kanak je tapi matang mengalahkan isteri orang hahaha.

“beli tiket zero2hero cepat”-@sakinahridzuan

Lepasni kalau sakinah suruh aku beli tiket pegi event aku akan beli tiket cepat2. Pasal aku tahu aku takkan rugi. Dan aku tahu apa yang aku sepatutnya jawab bila sakinah Tanya lagi.

“beli tiket zero2hero cepat”-@sakinahridzuan
“okey boss”-@lukmanawaluddin

Eh kejap. Sepatutnya aku nak tulis pasal sharing ibu dame. Tapi melalut ke tiket ni kenapa? Ahh tak kesah lah malas nak backspace lagi! Lain kali aku tulis pasal tu lagi hahaha.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh lupa, sedikit update dari saya selepas 4 bulan terpisah ini, saya sekarang sudah taff. Six pack aku dah mengantikan one pack dengan start now pack. Hahahhahahahah tapi aku belum kahwin lagi -___-‘*tetiba*
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pesanan dari penaja : serius tak rugi invest duit sikit untuk pegi apa-apa event herbalife. its worth every penny. best gila sampai aku boleh letak setaraf penting dengan kursus kahwin hahaha. so sekarang soalannya, siapa nak pegi spectacular 2013 januari ni angkat mouse masing2!

"beli tiket spectacular cepat"-@sakinahridzuan
 *susah jugak siapkan satu entry kat blog selepas bersara 4 bulan ni.
malulah i.

24 Julai 2012

kuesen en anse

tajuk macam bahasa marikh je. setelah bertanya kepada ahli-ahli persatuan bahasa aneh masjid kolej islam aku mendapati pekataan 'kuesen en anse' boleh diterjemahkan secara lughawiyah sebagai:

QUESTION AND ANSWER.

ohh. terima kasih. jemaah masjid. korang kool tahu?

okeh, ini sesi Q&A pertama blog lagha aku ni. so demi menyemarakkan lagi semangat ramadhan soalan hari ni berkaitan dengan puasa. dan dan dan, dan kita ada tetamu jemputan hari ini. dipersilakan Ustaz Pemakanan Lukman untuk menjawab. *oseeemmm*

SOALAN SATU

assalamualaikum ustaz,
 saya nak kurus bergaya raya ini, apa patut saya buat? perlukah saya mengorbankan seekor ayam putih untuk dijadikan pengeras?

-eliza muk abdullah (bukan nama sebenar)-

jawapan.
waalaikumussalam eliza muk,
menurut ilmu ustaz yg belajar enjinering ni, nama 'muk' itu mesti derivatif daripada perkataan ge'muk' kan? hohoho, kacak tak saya menyelesaikan misteri nama anda?
berbalik kepada soalan, nak kurus ni ada dua cara, saya cuba huraikan satu persatu. cara pertama,

pegi belajar buat photoshop. photoshop gambar sendiri buat jadi kurus. finish.

cara kedua, minumlah HERBALIFE! haha! baru kau tahu aku ni distributer herbalife? slowpoke korang.

ni adalah diet aku sejak 2 hari lalu. n daripada apa yang aku rasa, memang sumpah subhanallah osem. festaim aku konsum 2 hari lalu jam 2 lebih. masa tu baru je dapat produk. ko bayangkan lah aku angkat produk 3 kotak dari jalan raja chulan ke klcc. semuanya semata2 tanak ditipu oleh pacik teksi caj mengkhinzir buta (tak boleh guna pekataan jahat, puasa). so sampai je bilik dengan barang tu semua, kemas2 sikit end up jam 3 baru siap. masa tu aku secara noobs nya mencuba test try lah produk ni. lepas tanya kat member jenis tak tahu nak tidur, aku bejaya buat shake buat pertama kali dengan gilang gemilangnya *letak efek bunga api kat sini*.

sampai ke petang, alhamdulillah energy aku memang banyak. iftar pun dengan shake + makan kat masjid kolej islam. siap boleh buat tarawih 5 set.

eh? kenapa jadi kisah peribadi aku pulak ni? mana soalan tadi? ohhh turun berat badan.

point nya di sini, yang bagi kenyang tu Allah, herbalife tak bagi kenyang. tapi nasi pun tak bagi kenyang kan? so kenapa tanak cuba alternatif lain? dah makan secara lahap betahun2, kali ni kita cuba tambah shake herbalife pulak.

courtesy blog kak mell 

SOALAN DUA


salam ustaz lukman,
saya terserempak dengan ustaz kat masjid kolej islam subuh tadi (kalau teserempak je tempat nak suci kan?) , soalan nya ustaz. mengapakah ustaz begitu teruja subuh tadi?

(johan bin menang)
jawapan
ni siapa bagi soalan ni? takda kaitandengan isu malam ni ya,

tapi terpanggil saya untuk menjawab *cewah ayat macam budak debat je*

elemen yang membuatkan saya begitu teruja subuh tadi bukanlah kerana saya dah menimang cahaya mata, bukan bukan. bukan juga kerana saya sudah terminum air sewaktu ambil wudhu'. tipis sangat iman kita kalau wudhu' solat subuh lagi dah cuba2 nak minum air time kumur2. nak cakap teruja pasal efek dah mandi pun jauh sekali. dalam kehidupan serba malas saya ni nak mandi hari2 weekends ni memang tak terdaftar dalam jurnal lah.

dan sesungguhnya, pagi tadi tu aku gosok gigi pun belum. tapi kenapa muka segar?
1. kerana dah minum mix tea herbalife. aku tak tahu apa dalam tea tu tapi memang buat energy.
2. kerana tak perlu gosok gigi pun dah boleh pegi masjid dengan selambanya. ye lah aku sahur guna shake je. mana makan nasi lemak apa benda semua tu, kalau makan nasik maka wajiblah nasi dan sambal lada tu melekat kat celah gigi. aku minum herbalife apa ada hal! haha!

SOALAN TIGA


salam 1 malaysia ustaz pemakanan,
nak tanya ni, macam mana mencegah keputihan lagi2 di bulan ramadhan ni?

-hilang pedoman-

jawapan
waalaikumussalam-1-malaysia kak.

errr tak pasti lah saya kak, ni silap kaunter pertanyaan ni. tapi kalau ikut ilmu lulusan pmr saya, nak hilangkan keputihan ni kurangkan minum susu, kalau nak hilangkan kehitaman jangan minum kopi, kalau hilangkan kecokletan jangan minum milo. haa kalau semua jangan minum meh minum shake sekali ngan saya kak.

harap membantu.


RAMADHAN YANG SAMA, USAHA YANG BERBEZA!
LOSE WEIGHT NOW, GAIN WEIGHT NOW, IMPROVE HEALTH NOW!

ASK ME HOW @lukmanawaluddin 0186618611



21 Julai 2012

WTS: ASUS Transformer + Docking keyboard

assalamualaikum.

lai lai lai mari mari adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian.

nak jual ini barang, 

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.498989140126924.114228885.100000475278159&type=1

ASUS TRANSFORMER TF101 + docking keyboard
(android 4.0.3 ice cream sandwich, ASUS akan keluarkan update android 4.1 untuk tablet ni dalam beberapa bulan je lagi)

WARRANTY UNTIL SEPTEMBER 2012!!

barang baik ye, condition luaran 8/10, 10/10 working!

sedikit calar kat penjuru, tapi jangan risau, tak effect performance langsung =)

tablet ni memang osem, processor laju, RAM tinggi, boleh multiple touch screen sampai 10 jari (mungkin boleh lebih, tapi tak penah cuba, jari saya pun 10 je kan) kalau main piano ke apa2 yang guna byk jari memang xde masalah.

paling best, bila habis battery, boleh connect kat docking keyboard for extra 16 jam battery. penah bawak untuk program kat pedalaman, program 3 hari 2 malam langsung tak mencari plug untuk caj, hehehe.

and dekat keyboard docking tu, siap ada 2 usb tuk cucuk pendrive, 1 sd card (so gambar dari DSLR boleh masuk terus kat tablet, tak payah bawak laptop bila buat photography outing =) )

- 10,1 inch screen
- 16 hours battery life
- multiple-touch screen
- Attach-on full-featured keyboard
- Runs the newest android system, Ice Cream Sandwich.
- 2 USB ports
- SD card-reader
- Micro SD card-reader

It takes 2 seconds to start up from standby, and it can stay on standby for weeks.

-NVIDIA® Tegra™ 2 1.0GHz dual-core CPU for excellent multitasking & HD video playback
-4.0 Ice Cream Sandwich upgradable) with Adobe® Flash® 10.2 support*2
-Full QWERTY keyboard, touchpad input with -Polaris® Office® for mobile productivity
-16*1 hours long battery life for all day computing with mobile docking
-Brilliant IPS panel with ultra-wide 178⁰ -viewing angle made from scratch resistant and super tough glass
-One year of Unlimited ASUS WebStorage, two -USB ports, SD and Micro SD card readers -for easy sharing & storage expandability.
-3D stereo with max bass response with SRS premium sound

harga ditawarkan hanya RM1,300 sahaja, slightly negotiable






18 Julai 2012

Ramadhan Race : START!

bismillah. alhamdulillah. errrr

83.27% entry ini adalah bebelan aku semata2. kalau nak link download checklist ramadhan skip je terus ke bawah, annoying disebabkan tulisan aku adalah tidak termasuk dalam servis jaminan kami. ( jaminan tu waranty lah, cakap melayu pun xpaham) 
aku cuba untuk kelihatan kool, seperti entri aku yang lain. tapi kali ni. errrr.

Ramadhan Race dah mula la weh!!! dah start dah! okeh sekarang tgk video ni (dah tak dapat kontrol ke-kool-an aku)



tolong. habiskan tengok tu baru baca tulisan bawah ni.

tengok tu, habiskan dulu.

okeh alhamdulillah


ada orang cakap ramadhan ni seperti charger kepada handphone. ada orang cakap ramadhan ni overhauling kepada kereta. ada orang cakap ramadhan ni virus scan kepada computer. ahh lantak lah nak banding macam mana. yang penting kita dapat mesej dia.

ye dak?

*eh, aku dah dapat rentak kool aku balik. wahahahah*

sebenarnya bagi aku, ramadhan ni seperti charger kepada handphone. ramadhan ni overhauling kepada kereta. ramadhan ni virus scan kepada computer. 


eh macam sama je? memang pun aku takde idea lah. lain kali suruh orang jangan rembat semua perbandingan lawa2 ni. alahai.




okeh to the main point, sebagai menghangatkan lagi Ramadan Race ni. korang boleh install apps yang gempak ni.

android


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ieapp&feature=search_result


iphone

http://itunes.apple.com/WebObjects/MZStore.woa/wa/viewSoftware?id=539953099&mt=8

dan untuk mengekalkan konsistensi beramal korang, aku cadangkan buat checklist ramadhan. download n print je kat sini

http://www.mediafire.com/view/?gd1wr2r5xsjphgf

atau nak senang lagi, kalau korang duduk kat uia pj, mintak je kat aku bilik ukc302. aku ada banyak copy.

lai lai lai datang lah sini.




ohya, apa kata kita naikkan #RamadanRace jadi trend kat twitterjaya. okeh?

haaaa. yang tak follow aku lagi followlah aku kalau korang nak tweetdeck korang semak ngan aku. eh?

https://twitter.com/lukmanawaluddin

ramadhan kareem eberiwan!

galeri: komplikasi cuti







10 Julai 2012

why not?

_why ask?

malam ni berani betul aku.

kadang2 dalam hidup ni kau perlu berani.


kau takan tahu laju mana kereta kau boleh pergi kalau kau tak pijak pedal sampai ke lantai.

kau takan tahu berapa lama kau boleh baca quran one-shot kalau kau tak cuba baca.

kau takan tahu berapa lama ko boleh tidur selagi kau tak cuba tidur sampai ke asar.

kau takan tahu adakah seseorang tu mencintai kau kalau kau tak tanya (eh?)

dan kau takan tahu kemampuan kau, selagi kau tak give a try.


so why i need to make business? why i need to make direct selling? why i need to change? why i need to start all over again from scratch? why i need to susah payah? why herbalife?

why not?

09 Julai 2012

ini kali kedua

_aku nak involve dalam bisnes.

ini entry pendek super. tak perlu ambil popkon dan air osmosis terbalik sebelum baca

aku pun tak pasti apa perasaan aku sekarang ni. 

teruja? 
mungkin juga, kerana aku ada matlamat yang lebih nyata kali ni.

takut?
ya, kerana aku tak mahu jadi seperti setahun yang sudah. terlalu leka dengan pinjaman Allah yang seketika. sebelum akhirnya ditarik semula. (wah ada rhyme! begaya entry kali ini)

aku mungkin harapkan doa kalian. jangan minta hindarkan cabaran buat aku. tapi minta agar Allah bagi kekuatan untuk diri ini melawan cabaran itu.

amin.

ps- ohya matlamat kali ini? na-ka-ha





03 Julai 2012

***** para ulamak

aku selalu tesilap sebut. kadang2 tu sampai tahap mengeluarkan kenyataan bodoh pun ada.

aku tingkatan empat hambali, kelas tu kira macam kelas paling psiko lah pernah wujud dalam alam fana ni. jumlah penduduk kelas tu semua 11 orang ja, tiga orang aliran engineering drawing lagi 8 tu aliran sesat biologi. 

bayangkan lah kalau ko ni memang jenis orang hati tak suci tak dapat nak terima ilmu langsung, cekgu dah terang kat depan ko masih tak paham2 jugak. oleh kerana komposisi kelas tu memang 11 orang saja, memang cekgu akan datang pegi depan meja kau lah terang sampai hati kau lurus bagai diteknik rebondingkan. nampak tak macam mana psiko kelas tu? hew hew hew

ahh kenapa aku melalut pasal kelas tu pulak ni. aku nak cerita masa tu kelas syariah islamiah. so tajuk dia sumber perundangan syariah (macam terer ja aku kan? ok tipu aku google tadi). so ustaz yang serba kool tu buat quiz lah ala-ala budak tadika yang tak mumaiz lagi. ustaz tu tanya sumber perundangan islam tu. so aku dengan bangga dan konfiden macam nak aqad nikah pun jawablah dengan intonasi 'jerit-jerit manja'.

"JIMAK para ulamak!"

satu kelas ketawa.

********************************************

nota kaki


IJTIMAK
ijtimak bermaksud sebuah persepakatan. dari segi istilah dalam konteks ni persepakataan para ulamak untuk menetapkan sesebuah hukum.

JIMAK.
persetubuhan.

28 Jun 2012

komplikasi cover photo saya









alasan kukuh

tadi dah habis kelas math. masa aku baru keluar kelas tetiba ada budak kelas aku panggil aku dengan nada cemas.

"lukman!"
"kenapa?" jawab kena bajet kool sikit.
"kau dah gemuk!"

aku ambil dua saat untuk berfikir. setiap saat itu aku berfikir logik, komplikasi dan implikasi jawapan aku nak lontar.

"ni belum berak ni"

walaupun aku agak yakin aku curi jawapan orang lain, tapi jawapan tadi agak padu, mampat, bergaya dan mempunyai nilai-nilai murni tersendiri.


-----------------------------------

dalam hidup ni kalau nak bagi alasan apa pun boleh. daripada alasan agak power macam "maaflah, datuk aku meninggal semalam" sampailah alasan tak power langsung macam "sori madam, overslept~". atau alasan tahap gaban "kucing saya injured match bola semalam, sir"

kalau nak bagi alasan sebenarnya boleh saja, dan untuk menerima alasan kadang2 boleh dan kadang2 tak dapat. alasan tu, hanya dari kita nak bagi atau tidak.

dan aku memilih untuk tidak selepas ini.

dengan alasan, tiada.

kthxbai, sampai jumpa lagi.


lukmanawaluddin,
ukc3**,
cfsiium,pj

26 Jun 2012

writer's block 1



celaka, dah dua puluh minit aku renung skrin letop ni. langsung x dapat tulis apa.

18 Januari 2012

komplikasi terjawab


"weh man, malam ni kita study chemistry sama-sama ah"

"bah boleh bah, datang ja surau malam ni. kita tidur surau"

malam tu sehari sebelum exam chemistry. aku macam planing biasa tidur kat surau ar-Rahman. tidur plak kat beranda. bawak sleeping bag, sediakan bantal satu, nescafe ntah berapa paket. 2 untuk malam tu study 2 lagi untuk bila bangun qiam nanti. lampu on ja semua walaupun dah tahu nanti nasir bagi mati punya lah.

syed datang awal sikit. maksud awal tu waktu aku tengah lepak2 lagi dia dah datang. tapi dia datang tak bawak satu pun buku. pen? pun tiada. kertas? ada tapi dah guna satu side.

jadi malam tu kami belajar guna buku aku. buka satu kertas dan cuba nak belajar bab kira mole form 4 tu. bab tu nama apa aku dah lupa dah tapi chapter 3 lah rasanya.

"apa yang kau dapat, bahagi apa yang termaktub, dapatlah mole"

dan malam tu lepas tidur dia qiam dekat belah kiri surau. dia baca surah al-Hasyr. memuji nama-nama Allah. 

*********************************

hari ni aku belajar chemistry lepas setahun aku tak belajar benda alah tu. masa baca perkataan mole tu aku teringat kat syed abdul rahman ni. 

aku teringat waktu kat bilik dulu dia selalu stay kat bilik buat push up.

aku ingat balik bila malam-malam dia datang bawak botol kosong, ntah berapa paket nescafe dan ntah pulak berapa paket milo. botol tu mintak tolong budak2 ambil air kat bawah. rasa air tu sangat manis, tapi sedap.

aku ingat bila dia datang bilik aku bawak mee sedap. masak 3 sekali. 

aku ingat bila kau maw lawan hafal ayat 21 hingga habis surah al-Hasyr. aku lagi awal start tapi kau lagi awal hafal. tapi aku dulu bawak dalam solat isya' baru kau. hari terakhir budak2 kelas bio n tk exam aku imam kan solat. masa tu aku baca ayat tu.

aku masih ingat kita hafal sama sama carbon compund last minit sebelum masuk dewan exam..kita konfius kan pasal hydrogenation dan hydration??ingat..hydrogenation itu alkina kepada alkana.




syed abdul rahman wan ahmad, (1993-2011) 

10 Januari 2012

pindah. terpindah. dipindahkan. pindah memindah

amende punya tajuk pun aku ta tahu nak letak *peluh besar*

perpindahan nabi muhammad SAW yang super-duper-osem seribu empat ratus tahun lalu dinamakan 'hijrah' . term hijrah untuk perubahan tempat mati di masa itu.

baru-baru ni budak-budak daripada cfs nilai pindah ke kampus pj. orang asli pj pulak tetap disini mempertahankan tanah pj. itu bukan dinamakan hijrah. itu hanya pindah kampus.

tapi yang dinamakan hijrah kali ni adalah apabila kita bersama membuat perubahan kepada diri sendiri. dari semua aspek. kerana makin ramai kita ertinya makin besar jaringan kasih akan bertaut *wink wink rasa geli disini*
f3.5 - 1/30sec. - iso450

apabila makin ramai kita bukan hanya bermaksud makin ramai di kafe ukc, tapi makin besar bulatan gumbira yang kita boleh bina. makin ramai kita bukan hanya bermaksud kita hanya boleh conquer pasar malam dan mid valley. tapi kita boleh sama-sama membuat sesuatu yang amat osem.

masa itu baru kita semua layak digelar berhijrah *senyum*

dah lah kawan-kawan. jangan lah nak ortodoks sangat. kadang-kadang kita perlu terima perubahan. yang orang asli perlu terima budak nilai dengan tangan yang terbuka. yang nilai perlu mendepakan tangan jugak dalam masa yang sama. lalu berpeluk. ehem, bukan untuk jantina berlawanan ya. *batuk kering*

dan hari ni ramai je pakai purdah waktu aku jalan-jalan tadi. itu adalah pemandangan yang amat-amat kewl dan osem!

ta alif lam ya fa waw nun : bahagian satu

tiga ratus enam puluh lima hari.

itulah masa yang aku ambil selepas kali terakhir aku beli handphone. cuba lah kira berapa lama tu. sangaaaat lama. nampak tak usaha aku dalam berjimat ni?sungguh aku terharu kerana mampu tahan nafsu teknoloji untuk beli henfon baru. aku rasa aku dah layak menganugerahakan piala nobel kepada jiwa raga aku kerana berjaya berpuasa henfon *muntah hijau*. dan sekali gus telah membuktikan betapa setianya aku pada si peria

oh ya, peria adalah nama timangan yang comel aku bagi kat handphone xperia x10 aku. aku rasa sangat penyayang bila dapat menamakan barang-barang sekeliling aku. ok, aku tipu. nama tu aku baru je reka masa aku buat entri ni supaya kelihatan sedikit urban. *peluh besar*

sedikit latar belakang yang aku dapat korek tentang peria ni adalah, beliau adalah telefon pintar aku yang pertama. beli secara ansuran daripada bank fama (father mother). beliau agak agresif dan sukakan cabaran dan halangan. jarang sekali beliau dipakaikan segala jenis skin, housing dan pouch semua itu. beliau agak agresif kerana suka melompat-lompat. ohya, beliau juga agak nakal, sukar diramalkan. alah faham-faham je lah telefon, emosi mereka, tidak seimbang dan sentiasa rasa ingin tahu rasa terjatuh. biasalah telefon ye dak?

ini lah beliau. walaupun menghadapi hidup yang berliku tapi masih juga setia kepada aku. sob sob terharu *menangis*

jadi sebenarnya asbab aku membeli telefon ini adalah;

1. memenuhi keperluan bisnes aku waktu tu.
2. nafsu serakah kepada teknoloji
3. keperluan kepada kamera (takyah beli kamera. konon lah)
4. nafsu serakah kepada teknoloji
5. kawan-kawan aku selalu tanya pasal henfon. so aku kena rasa hand to screen dulu
6. nafsu serakah kepada teknoloki
7. modal untuk pikat mak mentua. eh tiada kaitan

jadi hari ni aku nak cerita tips untuk membeli telefon pintar.

eh jadi dari tadi tu apa? muqaddimah je? buang masa betul lah!


platform.


IOS


IOS adalah sistem operasi kepada peranti apple. iphone, ipad, dan ipod touch. kelebihan IOS terbesar adalah ia boleh seru segala jenis aplikasi. apps untuk IOS bagi aku adalah terbaik dari segi kualiti bagi aku. dan game-game menarik pun biasanya akan masuk ke platfom IOS dulu. satu lagi yang paling osem adalah browser. walaupun browser apple tak support flash tapi kelajuan dia adalah yang terbaik mengikut hemat aku. hohoho. eh tapi sebenarnya browser meego (nokia n900) lagi best. tapi malam ni beliau tidak ikut bertanding. maka IOS menang di parlimen browser.*tepukan politik*

apa yang aku sangat tabik spring pada IOS ni adalah ability dia untuk processing semua perkara menggunakan RAM dan Processor yang kecil berbanding peranti android yang lain. 1GHz processor dan 512 MM RAM (iphone 4s). setakat sentuhan aku tiada masalah lagging. kalau nak banding dengan peranti android yang sekarang ni dah pakai 1.4GHz dual-core. tapi performance sama saja dengan iphone

satu lagi kelebihan terbesar iphone adalah accesories. seriusly kalau korang nampak kedai jua accesories korang tak perasan ke barang iphone jadi kewajipan? daripada casing yang sumpah comel sampailah streo system dan lagi sakit hati bila kereta anda hanya support kabel iphone dan ipod.

satu lagi kelebihan dia adalah kerana apple adalah satu-satunya pengeluar iphone. maksudnya upgrade cycle hanyalah berlaku sekali setahun. ertinya bila anda beli iphone hari ini anda kekal osem sehingga tahun depan. dan kekal bergaya sehingga 3 tahun kemudian. jika korang jual iphone korang tahun depan, harga hanya jatuh sedikit, banding dengan android.

the downside off iphone mestilah harga dia. 512 MB RAM 1 GHz processor, dengan battery yang tak leh nak tukar, berharga minima RM 2,199. 

satu lagi keburukan iphone adalah, korang perlu menjadi 2 kelompok manusia kalau nak rasa betul2 untung.

1. kaya raya untuk beli apps, kerana apps yang best kebanyakannya masih berbayar.

2. pandai teknoloji untuk jail-break semua. agar boleh guna apps yang mahal-mahal tersebut free.

pro
apps gila babeng banyak
senang faham, senang guna

cons
tak customizable
tiada bentuk lain (keyboard fizikal ke apa)


android

android keluar dengan sangat (sangat- sangat) bentuk dan pilihan. kelebihan pertama adalah kerana ianya dimiliki oleh syarikat google sendiri. oleh itu semua google apps adalah tersedia (termasuklah google maps yang agak osem kerana free)

namun begitu (penanda wacana, bapak hebat aku menulis malam ni), walaupun apps andoroid pun sekarang tengah berkembang sangat-sangat pesat. tapi kualiti aplikasi android agak kurang berbanding IOS. satu cabaran terbesar kepada pengeluar apps adalah kerana terlalu banyak sangat form factor. daripada 3.2 inci sehingga 4.7 inci. daripada ada 3 sahaja butang fizikal sehingga qwerty penuh. itu adalah masalah bagi developer.

pengalaman terhebat kepada peranti andoroid adalah kustominasi. sebelum datang kepada pengguna lagi kilang dah buat customisation kepada kulit (skin) atau user interface peranti mereka. ada yang waw sangat osem dan ada yang euwwwww. bagi aku user interface yang osem gila gila adalah htc dengan htc sense mereka.

yang paling penting adalah, kebebasan anda untuk mengunbah sendiri bentuk user interface peranti anda, daripada setakat menukar wallpaper sehingga menggunakan home screen daripada apps yang ada. membuatkan anda rasa osem dan tukarkannya setiap bulan. ahahaha pengalaman

peranti android keluar dengan variety pilihan yang amat-amat-amat besar. daripada yang bentuk candy bar sehingga yang ada keyboard vertikal dan horizontal. daripada yang harga berkualiti kepada murahan daripada china. namun begitu aku tak galakkan korang beli yang jenama ntah apa ntah tu. kerana penyesalan menanti anda di sudut selekoh (arround the corner). 

satu lagi downside kepada peranti android adalah kerana pengeluarannya yang terlalu besar. ertinya posibility anda untuk mempunya accesories handphone anda pun akan berkurang. nak cuba? pergi ke kedai dan minta pouch xperia neo kaler purple. ada?

dan keburukan daripada kelebihan tadi yang kedua, peranti android akan maju dan berkembang setiap minggu. tengok saja pada samsung daripada ace, s,sii, w, y, note argh banyak lagi.sony lain lagi. jadi bila anda membeli telefon anda tahun ini, harganya akan jatuh gila gila punya tahun depan. dan untuk menjual balik telefon tersebut agak mengguris hati kecil ini. telefon aku beli awal tahun lalu. masa tu xperia x10 adalah android leading benchmark. dengan screen 4.0 inci adalah amat osem masa tu. aku beli dengan harga RM1350 masa tu. sekaran xperia x10 orang dah tak pandang. argghhh!!!*tekanan jiwa*

pros
sangat banyak pilihan
sangat boleh diubah suai
harga tidak 'insane'

kontra
agak susah untuk dipelajari
harga jual semula sangat murah


blackberry

blackberry adalah untuk mereka yang di kelas mereka sendiri. yang suka bermesejan dan bersosialan. 

dari segi aplikasi, beri hitam ini adalah paling lemah. dengan pilihannya yang amat sikit dan kebanyakannya adalah berbayar. dari segi kualiti apps jugak tidak memberansangkan.

bagi aku blackberry adalah bukan smartphone. tapi masuk ketegori smartphone kerana orang yang menggunakan blackberry adalah smart people. oh ini bukan kelas first impression. namun bagi aku kehebatan blackberry adalah daripada plan bayar nya. harga termurah untuk mendapatkan internet untuk telefon pintar anda adalah dengan blackberry + umobile (sehingga artikel ini ditulis). dengan harga serendah RM18 setiap bulan itu sangat osem untuk update status dan tweet walaupun waktu solat jumaat.

jadi kelebihan beri hitam ini bukan sewaktu anda membelinya. tapi selepas setahun anda menggunakannya kerana jumlah bill dan device anda adalah lebih murah daripada android dan apple. 

namun begitu daripada segi harga, peranti dengan 1.2GHz, 768 RAM dan 5MP kamera (bb torch 9810), harga RM1988 (rrp dari digi)bukanlah harga mampu milik aku. wahahaha.


pro
data plan sangat murah
keyboard sumpah sedap

kontra
sangat tidak boleh di kustomikasi
reka bentuk booring




eh rasanya panjang sangat pulak entri kita kali ini ya. kita sambung di rancangan yang sama di hari yang lain ok?

teaser entri selepas ini
-hardware pulak. dari tadi software je
-AP atau ORI?
-beli cash atau beli dengan konrak?
- perbandingan harga data plan
-apa idea yang keluar masa aku belajar math nanti. wahahaha

oh ya, siapa yang faham apa erti title kita tadi?

sila-sila scroll ke atas semula.

07 Januari 2012

2011 di atas kertas: expenses

aku ada azam untuk 2012. aku akan list-kan semua perbelanjaan aku. hatta bila aku nak makan di kafe UKC itu pun aku akan listkan dengan segala machonya.

tadi lepas aku baca tips untuk berjimat (aku nak jimat weh. nak kahwin) antaranya list down semua perkara. jadi aku tak tahu nak list apa aku listkan lah perbelanjaan aku tahun lalu. apa yang aku dapat?

ini.

Total perbelanjaan aku pada tahun 2011
lebih daripada
RM 10, 310

pengiraan tu aku buat berdasarkan barang yang aku pernah beli sepanjang tahun. tapi tidak termasuk makan, baju, bergembira, ice skatting, dan lain lain yang aku dah lupa pun.

top makan duit

asus A53 letop RM2350
asus Transformer tablet RM1800
nikon D3100 RM1800

dan lain-lain.

yang belum masuk list
makan- ntah aku x tahu cemana nak kira makan ni teda bill
accesories letop - keyboard mouse gaming fan semua
accesories lain - earphone puoch betri henfon extra
kasut2 kulit n kasut sukan aku lupa tulis tadi.
selipar yang ntah berapa kali sudah hilang
barang-barang bilik aku.
aku punya weekend tengok wayang ais skating makan makan makan makan hahahah

terima kasih daun keladi kepada orang yang sayang dengan aku ni (walaupun aku amat nakal gamaknya)


tidak dilupakan ini. hahahaha
-samihah shazwani salman-

tiada tajuk.

mahallah office telefon. suruh aku datang ambil kunci bilik baru sekarang.

aku ambil, cek matrik kad aku dapat bilik ukc315b. bilik lama. heavennya 2 bulan aku duduk tingkat satu dan tingkat ground. pegi surau turun tangga lalu kedai printing dah sampai. pegi makan lagi senang. kalau mamak tu masak roti planta aku buka pintu bilik pun dah dapat hidu. air kat tandas super duper kuat. pegi kelas 5 minit sebelum lekcere masuk. ah sungguh sorga.

lepas ni kena masuk bilik tingkat 3. awal pagi bangun mandi pegi kelas badan dah bau balik pasal turun tangga jauh sangat (cuba baca dengan satu nafas ayat tadi. hahaha). kalau pergi makan naik bilik semula, bukan setakat kalori, dengan tenaga semua dah habis bakar sebelum sampai bilik. dah sampai bilik lapar balik dah.

abang tu cakap,
"dik, lepas dah pindahkan semua barang ke tingkat atas boleh letak kunci bilik lama di sini ya dik. cepat sikit dik nanti office tutup"

apa aku buat?
update blog. terima kasih.


04 Januari 2012

wordless tuesday. awan dan matahari

hidup sensorang ni membuatkan aku nak on kan 'mood survivor' aku. tapi apakan daya belum lagi aku lapar dah ada orang nak belanja aku makan pizza kfc rch segala. jadi aku akur ja lah dengan kehendak beliau wahahahha. tadi aku keluar dari penjara uia ni lejen macam dalam game left4dead. tetiba nampak awan yang subhanAllah cantik abes!



 semua gambar ni non-edited. adobe lightroom aku crash. nak cari crack baru.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...