24 Julai 2012

kuesen en anse

tajuk macam bahasa marikh je. setelah bertanya kepada ahli-ahli persatuan bahasa aneh masjid kolej islam aku mendapati pekataan 'kuesen en anse' boleh diterjemahkan secara lughawiyah sebagai:

QUESTION AND ANSWER.

ohh. terima kasih. jemaah masjid. korang kool tahu?

okeh, ini sesi Q&A pertama blog lagha aku ni. so demi menyemarakkan lagi semangat ramadhan soalan hari ni berkaitan dengan puasa. dan dan dan, dan kita ada tetamu jemputan hari ini. dipersilakan Ustaz Pemakanan Lukman untuk menjawab. *oseeemmm*

SOALAN SATU

assalamualaikum ustaz,
 saya nak kurus bergaya raya ini, apa patut saya buat? perlukah saya mengorbankan seekor ayam putih untuk dijadikan pengeras?

-eliza muk abdullah (bukan nama sebenar)-

jawapan.
waalaikumussalam eliza muk,
menurut ilmu ustaz yg belajar enjinering ni, nama 'muk' itu mesti derivatif daripada perkataan ge'muk' kan? hohoho, kacak tak saya menyelesaikan misteri nama anda?
berbalik kepada soalan, nak kurus ni ada dua cara, saya cuba huraikan satu persatu. cara pertama,

pegi belajar buat photoshop. photoshop gambar sendiri buat jadi kurus. finish.

cara kedua, minumlah HERBALIFE! haha! baru kau tahu aku ni distributer herbalife? slowpoke korang.

ni adalah diet aku sejak 2 hari lalu. n daripada apa yang aku rasa, memang sumpah subhanallah osem. festaim aku konsum 2 hari lalu jam 2 lebih. masa tu baru je dapat produk. ko bayangkan lah aku angkat produk 3 kotak dari jalan raja chulan ke klcc. semuanya semata2 tanak ditipu oleh pacik teksi caj mengkhinzir buta (tak boleh guna pekataan jahat, puasa). so sampai je bilik dengan barang tu semua, kemas2 sikit end up jam 3 baru siap. masa tu aku secara noobs nya mencuba test try lah produk ni. lepas tanya kat member jenis tak tahu nak tidur, aku bejaya buat shake buat pertama kali dengan gilang gemilangnya *letak efek bunga api kat sini*.

sampai ke petang, alhamdulillah energy aku memang banyak. iftar pun dengan shake + makan kat masjid kolej islam. siap boleh buat tarawih 5 set.

eh? kenapa jadi kisah peribadi aku pulak ni? mana soalan tadi? ohhh turun berat badan.

point nya di sini, yang bagi kenyang tu Allah, herbalife tak bagi kenyang. tapi nasi pun tak bagi kenyang kan? so kenapa tanak cuba alternatif lain? dah makan secara lahap betahun2, kali ni kita cuba tambah shake herbalife pulak.

courtesy blog kak mell 

SOALAN DUA


salam ustaz lukman,
saya terserempak dengan ustaz kat masjid kolej islam subuh tadi (kalau teserempak je tempat nak suci kan?) , soalan nya ustaz. mengapakah ustaz begitu teruja subuh tadi?

(johan bin menang)
jawapan
ni siapa bagi soalan ni? takda kaitandengan isu malam ni ya,

tapi terpanggil saya untuk menjawab *cewah ayat macam budak debat je*

elemen yang membuatkan saya begitu teruja subuh tadi bukanlah kerana saya dah menimang cahaya mata, bukan bukan. bukan juga kerana saya sudah terminum air sewaktu ambil wudhu'. tipis sangat iman kita kalau wudhu' solat subuh lagi dah cuba2 nak minum air time kumur2. nak cakap teruja pasal efek dah mandi pun jauh sekali. dalam kehidupan serba malas saya ni nak mandi hari2 weekends ni memang tak terdaftar dalam jurnal lah.

dan sesungguhnya, pagi tadi tu aku gosok gigi pun belum. tapi kenapa muka segar?
1. kerana dah minum mix tea herbalife. aku tak tahu apa dalam tea tu tapi memang buat energy.
2. kerana tak perlu gosok gigi pun dah boleh pegi masjid dengan selambanya. ye lah aku sahur guna shake je. mana makan nasi lemak apa benda semua tu, kalau makan nasik maka wajiblah nasi dan sambal lada tu melekat kat celah gigi. aku minum herbalife apa ada hal! haha!

SOALAN TIGA


salam 1 malaysia ustaz pemakanan,
nak tanya ni, macam mana mencegah keputihan lagi2 di bulan ramadhan ni?

-hilang pedoman-

jawapan
waalaikumussalam-1-malaysia kak.

errr tak pasti lah saya kak, ni silap kaunter pertanyaan ni. tapi kalau ikut ilmu lulusan pmr saya, nak hilangkan keputihan ni kurangkan minum susu, kalau nak hilangkan kehitaman jangan minum kopi, kalau hilangkan kecokletan jangan minum milo. haa kalau semua jangan minum meh minum shake sekali ngan saya kak.

harap membantu.


RAMADHAN YANG SAMA, USAHA YANG BERBEZA!
LOSE WEIGHT NOW, GAIN WEIGHT NOW, IMPROVE HEALTH NOW!

ASK ME HOW @lukmanawaluddin 0186618611



21 Julai 2012

WTS: ASUS Transformer + Docking keyboard

assalamualaikum.

lai lai lai mari mari adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian.

nak jual ini barang, 

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.498989140126924.114228885.100000475278159&type=1

ASUS TRANSFORMER TF101 + docking keyboard
(android 4.0.3 ice cream sandwich, ASUS akan keluarkan update android 4.1 untuk tablet ni dalam beberapa bulan je lagi)

WARRANTY UNTIL SEPTEMBER 2012!!

barang baik ye, condition luaran 8/10, 10/10 working!

sedikit calar kat penjuru, tapi jangan risau, tak effect performance langsung =)

tablet ni memang osem, processor laju, RAM tinggi, boleh multiple touch screen sampai 10 jari (mungkin boleh lebih, tapi tak penah cuba, jari saya pun 10 je kan) kalau main piano ke apa2 yang guna byk jari memang xde masalah.

paling best, bila habis battery, boleh connect kat docking keyboard for extra 16 jam battery. penah bawak untuk program kat pedalaman, program 3 hari 2 malam langsung tak mencari plug untuk caj, hehehe.

and dekat keyboard docking tu, siap ada 2 usb tuk cucuk pendrive, 1 sd card (so gambar dari DSLR boleh masuk terus kat tablet, tak payah bawak laptop bila buat photography outing =) )

- 10,1 inch screen
- 16 hours battery life
- multiple-touch screen
- Attach-on full-featured keyboard
- Runs the newest android system, Ice Cream Sandwich.
- 2 USB ports
- SD card-reader
- Micro SD card-reader

It takes 2 seconds to start up from standby, and it can stay on standby for weeks.

-NVIDIA® Tegra™ 2 1.0GHz dual-core CPU for excellent multitasking & HD video playback
-4.0 Ice Cream Sandwich upgradable) with Adobe® Flash® 10.2 support*2
-Full QWERTY keyboard, touchpad input with -Polaris® Office® for mobile productivity
-16*1 hours long battery life for all day computing with mobile docking
-Brilliant IPS panel with ultra-wide 178⁰ -viewing angle made from scratch resistant and super tough glass
-One year of Unlimited ASUS WebStorage, two -USB ports, SD and Micro SD card readers -for easy sharing & storage expandability.
-3D stereo with max bass response with SRS premium sound

harga ditawarkan hanya RM1,300 sahaja, slightly negotiable






18 Julai 2012

Ramadhan Race : START!

bismillah. alhamdulillah. errrr

83.27% entry ini adalah bebelan aku semata2. kalau nak link download checklist ramadhan skip je terus ke bawah, annoying disebabkan tulisan aku adalah tidak termasuk dalam servis jaminan kami. ( jaminan tu waranty lah, cakap melayu pun xpaham) 
aku cuba untuk kelihatan kool, seperti entri aku yang lain. tapi kali ni. errrr.

Ramadhan Race dah mula la weh!!! dah start dah! okeh sekarang tgk video ni (dah tak dapat kontrol ke-kool-an aku)



tolong. habiskan tengok tu baru baca tulisan bawah ni.

tengok tu, habiskan dulu.

okeh alhamdulillah


ada orang cakap ramadhan ni seperti charger kepada handphone. ada orang cakap ramadhan ni overhauling kepada kereta. ada orang cakap ramadhan ni virus scan kepada computer. ahh lantak lah nak banding macam mana. yang penting kita dapat mesej dia.

ye dak?

*eh, aku dah dapat rentak kool aku balik. wahahahah*

sebenarnya bagi aku, ramadhan ni seperti charger kepada handphone. ramadhan ni overhauling kepada kereta. ramadhan ni virus scan kepada computer. 


eh macam sama je? memang pun aku takde idea lah. lain kali suruh orang jangan rembat semua perbandingan lawa2 ni. alahai.




okeh to the main point, sebagai menghangatkan lagi Ramadan Race ni. korang boleh install apps yang gempak ni.

android


https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ieapp&feature=search_result


iphone

http://itunes.apple.com/WebObjects/MZStore.woa/wa/viewSoftware?id=539953099&mt=8

dan untuk mengekalkan konsistensi beramal korang, aku cadangkan buat checklist ramadhan. download n print je kat sini

http://www.mediafire.com/view/?gd1wr2r5xsjphgf

atau nak senang lagi, kalau korang duduk kat uia pj, mintak je kat aku bilik ukc302. aku ada banyak copy.

lai lai lai datang lah sini.




ohya, apa kata kita naikkan #RamadanRace jadi trend kat twitterjaya. okeh?

haaaa. yang tak follow aku lagi followlah aku kalau korang nak tweetdeck korang semak ngan aku. eh?

https://twitter.com/lukmanawaluddin

ramadhan kareem eberiwan!

galeri: komplikasi cuti







10 Julai 2012

why not?

_why ask?

malam ni berani betul aku.

kadang2 dalam hidup ni kau perlu berani.


kau takan tahu laju mana kereta kau boleh pergi kalau kau tak pijak pedal sampai ke lantai.

kau takan tahu berapa lama kau boleh baca quran one-shot kalau kau tak cuba baca.

kau takan tahu berapa lama ko boleh tidur selagi kau tak cuba tidur sampai ke asar.

kau takan tahu adakah seseorang tu mencintai kau kalau kau tak tanya (eh?)

dan kau takan tahu kemampuan kau, selagi kau tak give a try.


so why i need to make business? why i need to make direct selling? why i need to change? why i need to start all over again from scratch? why i need to susah payah? why herbalife?

why not?

09 Julai 2012

ini kali kedua

_aku nak involve dalam bisnes.

ini entry pendek super. tak perlu ambil popkon dan air osmosis terbalik sebelum baca

aku pun tak pasti apa perasaan aku sekarang ni. 

teruja? 
mungkin juga, kerana aku ada matlamat yang lebih nyata kali ni.

takut?
ya, kerana aku tak mahu jadi seperti setahun yang sudah. terlalu leka dengan pinjaman Allah yang seketika. sebelum akhirnya ditarik semula. (wah ada rhyme! begaya entry kali ini)

aku mungkin harapkan doa kalian. jangan minta hindarkan cabaran buat aku. tapi minta agar Allah bagi kekuatan untuk diri ini melawan cabaran itu.

amin.

ps- ohya matlamat kali ini? na-ka-ha





03 Julai 2012

***** para ulamak

aku selalu tesilap sebut. kadang2 tu sampai tahap mengeluarkan kenyataan bodoh pun ada.

aku tingkatan empat hambali, kelas tu kira macam kelas paling psiko lah pernah wujud dalam alam fana ni. jumlah penduduk kelas tu semua 11 orang ja, tiga orang aliran engineering drawing lagi 8 tu aliran sesat biologi. 

bayangkan lah kalau ko ni memang jenis orang hati tak suci tak dapat nak terima ilmu langsung, cekgu dah terang kat depan ko masih tak paham2 jugak. oleh kerana komposisi kelas tu memang 11 orang saja, memang cekgu akan datang pegi depan meja kau lah terang sampai hati kau lurus bagai diteknik rebondingkan. nampak tak macam mana psiko kelas tu? hew hew hew

ahh kenapa aku melalut pasal kelas tu pulak ni. aku nak cerita masa tu kelas syariah islamiah. so tajuk dia sumber perundangan syariah (macam terer ja aku kan? ok tipu aku google tadi). so ustaz yang serba kool tu buat quiz lah ala-ala budak tadika yang tak mumaiz lagi. ustaz tu tanya sumber perundangan islam tu. so aku dengan bangga dan konfiden macam nak aqad nikah pun jawablah dengan intonasi 'jerit-jerit manja'.

"JIMAK para ulamak!"

satu kelas ketawa.

********************************************

nota kaki


IJTIMAK
ijtimak bermaksud sebuah persepakatan. dari segi istilah dalam konteks ni persepakataan para ulamak untuk menetapkan sesebuah hukum.

JIMAK.
persetubuhan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...