18 Januari 2012

komplikasi terjawab


"weh man, malam ni kita study chemistry sama-sama ah"

"bah boleh bah, datang ja surau malam ni. kita tidur surau"

malam tu sehari sebelum exam chemistry. aku macam planing biasa tidur kat surau ar-Rahman. tidur plak kat beranda. bawak sleeping bag, sediakan bantal satu, nescafe ntah berapa paket. 2 untuk malam tu study 2 lagi untuk bila bangun qiam nanti. lampu on ja semua walaupun dah tahu nanti nasir bagi mati punya lah.

syed datang awal sikit. maksud awal tu waktu aku tengah lepak2 lagi dia dah datang. tapi dia datang tak bawak satu pun buku. pen? pun tiada. kertas? ada tapi dah guna satu side.

jadi malam tu kami belajar guna buku aku. buka satu kertas dan cuba nak belajar bab kira mole form 4 tu. bab tu nama apa aku dah lupa dah tapi chapter 3 lah rasanya.

"apa yang kau dapat, bahagi apa yang termaktub, dapatlah mole"

dan malam tu lepas tidur dia qiam dekat belah kiri surau. dia baca surah al-Hasyr. memuji nama-nama Allah. 

*********************************

hari ni aku belajar chemistry lepas setahun aku tak belajar benda alah tu. masa baca perkataan mole tu aku teringat kat syed abdul rahman ni. 

aku teringat waktu kat bilik dulu dia selalu stay kat bilik buat push up.

aku ingat balik bila malam-malam dia datang bawak botol kosong, ntah berapa paket nescafe dan ntah pulak berapa paket milo. botol tu mintak tolong budak2 ambil air kat bawah. rasa air tu sangat manis, tapi sedap.

aku ingat bila dia datang bilik aku bawak mee sedap. masak 3 sekali. 

aku ingat bila kau maw lawan hafal ayat 21 hingga habis surah al-Hasyr. aku lagi awal start tapi kau lagi awal hafal. tapi aku dulu bawak dalam solat isya' baru kau. hari terakhir budak2 kelas bio n tk exam aku imam kan solat. masa tu aku baca ayat tu.

aku masih ingat kita hafal sama sama carbon compund last minit sebelum masuk dewan exam..kita konfius kan pasal hydrogenation dan hydration??ingat..hydrogenation itu alkina kepada alkana.




syed abdul rahman wan ahmad, (1993-2011) 

10 Januari 2012

pindah. terpindah. dipindahkan. pindah memindah

amende punya tajuk pun aku ta tahu nak letak *peluh besar*

perpindahan nabi muhammad SAW yang super-duper-osem seribu empat ratus tahun lalu dinamakan 'hijrah' . term hijrah untuk perubahan tempat mati di masa itu.

baru-baru ni budak-budak daripada cfs nilai pindah ke kampus pj. orang asli pj pulak tetap disini mempertahankan tanah pj. itu bukan dinamakan hijrah. itu hanya pindah kampus.

tapi yang dinamakan hijrah kali ni adalah apabila kita bersama membuat perubahan kepada diri sendiri. dari semua aspek. kerana makin ramai kita ertinya makin besar jaringan kasih akan bertaut *wink wink rasa geli disini*
f3.5 - 1/30sec. - iso450

apabila makin ramai kita bukan hanya bermaksud makin ramai di kafe ukc, tapi makin besar bulatan gumbira yang kita boleh bina. makin ramai kita bukan hanya bermaksud kita hanya boleh conquer pasar malam dan mid valley. tapi kita boleh sama-sama membuat sesuatu yang amat osem.

masa itu baru kita semua layak digelar berhijrah *senyum*

dah lah kawan-kawan. jangan lah nak ortodoks sangat. kadang-kadang kita perlu terima perubahan. yang orang asli perlu terima budak nilai dengan tangan yang terbuka. yang nilai perlu mendepakan tangan jugak dalam masa yang sama. lalu berpeluk. ehem, bukan untuk jantina berlawanan ya. *batuk kering*

dan hari ni ramai je pakai purdah waktu aku jalan-jalan tadi. itu adalah pemandangan yang amat-amat kewl dan osem!

ta alif lam ya fa waw nun : bahagian satu

tiga ratus enam puluh lima hari.

itulah masa yang aku ambil selepas kali terakhir aku beli handphone. cuba lah kira berapa lama tu. sangaaaat lama. nampak tak usaha aku dalam berjimat ni?sungguh aku terharu kerana mampu tahan nafsu teknoloji untuk beli henfon baru. aku rasa aku dah layak menganugerahakan piala nobel kepada jiwa raga aku kerana berjaya berpuasa henfon *muntah hijau*. dan sekali gus telah membuktikan betapa setianya aku pada si peria

oh ya, peria adalah nama timangan yang comel aku bagi kat handphone xperia x10 aku. aku rasa sangat penyayang bila dapat menamakan barang-barang sekeliling aku. ok, aku tipu. nama tu aku baru je reka masa aku buat entri ni supaya kelihatan sedikit urban. *peluh besar*

sedikit latar belakang yang aku dapat korek tentang peria ni adalah, beliau adalah telefon pintar aku yang pertama. beli secara ansuran daripada bank fama (father mother). beliau agak agresif dan sukakan cabaran dan halangan. jarang sekali beliau dipakaikan segala jenis skin, housing dan pouch semua itu. beliau agak agresif kerana suka melompat-lompat. ohya, beliau juga agak nakal, sukar diramalkan. alah faham-faham je lah telefon, emosi mereka, tidak seimbang dan sentiasa rasa ingin tahu rasa terjatuh. biasalah telefon ye dak?

ini lah beliau. walaupun menghadapi hidup yang berliku tapi masih juga setia kepada aku. sob sob terharu *menangis*

jadi sebenarnya asbab aku membeli telefon ini adalah;

1. memenuhi keperluan bisnes aku waktu tu.
2. nafsu serakah kepada teknoloji
3. keperluan kepada kamera (takyah beli kamera. konon lah)
4. nafsu serakah kepada teknoloji
5. kawan-kawan aku selalu tanya pasal henfon. so aku kena rasa hand to screen dulu
6. nafsu serakah kepada teknoloki
7. modal untuk pikat mak mentua. eh tiada kaitan

jadi hari ni aku nak cerita tips untuk membeli telefon pintar.

eh jadi dari tadi tu apa? muqaddimah je? buang masa betul lah!


platform.


IOS


IOS adalah sistem operasi kepada peranti apple. iphone, ipad, dan ipod touch. kelebihan IOS terbesar adalah ia boleh seru segala jenis aplikasi. apps untuk IOS bagi aku adalah terbaik dari segi kualiti bagi aku. dan game-game menarik pun biasanya akan masuk ke platfom IOS dulu. satu lagi yang paling osem adalah browser. walaupun browser apple tak support flash tapi kelajuan dia adalah yang terbaik mengikut hemat aku. hohoho. eh tapi sebenarnya browser meego (nokia n900) lagi best. tapi malam ni beliau tidak ikut bertanding. maka IOS menang di parlimen browser.*tepukan politik*

apa yang aku sangat tabik spring pada IOS ni adalah ability dia untuk processing semua perkara menggunakan RAM dan Processor yang kecil berbanding peranti android yang lain. 1GHz processor dan 512 MM RAM (iphone 4s). setakat sentuhan aku tiada masalah lagging. kalau nak banding dengan peranti android yang sekarang ni dah pakai 1.4GHz dual-core. tapi performance sama saja dengan iphone

satu lagi kelebihan terbesar iphone adalah accesories. seriusly kalau korang nampak kedai jua accesories korang tak perasan ke barang iphone jadi kewajipan? daripada casing yang sumpah comel sampailah streo system dan lagi sakit hati bila kereta anda hanya support kabel iphone dan ipod.

satu lagi kelebihan dia adalah kerana apple adalah satu-satunya pengeluar iphone. maksudnya upgrade cycle hanyalah berlaku sekali setahun. ertinya bila anda beli iphone hari ini anda kekal osem sehingga tahun depan. dan kekal bergaya sehingga 3 tahun kemudian. jika korang jual iphone korang tahun depan, harga hanya jatuh sedikit, banding dengan android.

the downside off iphone mestilah harga dia. 512 MB RAM 1 GHz processor, dengan battery yang tak leh nak tukar, berharga minima RM 2,199. 

satu lagi keburukan iphone adalah, korang perlu menjadi 2 kelompok manusia kalau nak rasa betul2 untung.

1. kaya raya untuk beli apps, kerana apps yang best kebanyakannya masih berbayar.

2. pandai teknoloji untuk jail-break semua. agar boleh guna apps yang mahal-mahal tersebut free.

pro
apps gila babeng banyak
senang faham, senang guna

cons
tak customizable
tiada bentuk lain (keyboard fizikal ke apa)


android

android keluar dengan sangat (sangat- sangat) bentuk dan pilihan. kelebihan pertama adalah kerana ianya dimiliki oleh syarikat google sendiri. oleh itu semua google apps adalah tersedia (termasuklah google maps yang agak osem kerana free)

namun begitu (penanda wacana, bapak hebat aku menulis malam ni), walaupun apps andoroid pun sekarang tengah berkembang sangat-sangat pesat. tapi kualiti aplikasi android agak kurang berbanding IOS. satu cabaran terbesar kepada pengeluar apps adalah kerana terlalu banyak sangat form factor. daripada 3.2 inci sehingga 4.7 inci. daripada ada 3 sahaja butang fizikal sehingga qwerty penuh. itu adalah masalah bagi developer.

pengalaman terhebat kepada peranti andoroid adalah kustominasi. sebelum datang kepada pengguna lagi kilang dah buat customisation kepada kulit (skin) atau user interface peranti mereka. ada yang waw sangat osem dan ada yang euwwwww. bagi aku user interface yang osem gila gila adalah htc dengan htc sense mereka.

yang paling penting adalah, kebebasan anda untuk mengunbah sendiri bentuk user interface peranti anda, daripada setakat menukar wallpaper sehingga menggunakan home screen daripada apps yang ada. membuatkan anda rasa osem dan tukarkannya setiap bulan. ahahaha pengalaman

peranti android keluar dengan variety pilihan yang amat-amat-amat besar. daripada yang bentuk candy bar sehingga yang ada keyboard vertikal dan horizontal. daripada yang harga berkualiti kepada murahan daripada china. namun begitu aku tak galakkan korang beli yang jenama ntah apa ntah tu. kerana penyesalan menanti anda di sudut selekoh (arround the corner). 

satu lagi downside kepada peranti android adalah kerana pengeluarannya yang terlalu besar. ertinya posibility anda untuk mempunya accesories handphone anda pun akan berkurang. nak cuba? pergi ke kedai dan minta pouch xperia neo kaler purple. ada?

dan keburukan daripada kelebihan tadi yang kedua, peranti android akan maju dan berkembang setiap minggu. tengok saja pada samsung daripada ace, s,sii, w, y, note argh banyak lagi.sony lain lagi. jadi bila anda membeli telefon anda tahun ini, harganya akan jatuh gila gila punya tahun depan. dan untuk menjual balik telefon tersebut agak mengguris hati kecil ini. telefon aku beli awal tahun lalu. masa tu xperia x10 adalah android leading benchmark. dengan screen 4.0 inci adalah amat osem masa tu. aku beli dengan harga RM1350 masa tu. sekaran xperia x10 orang dah tak pandang. argghhh!!!*tekanan jiwa*

pros
sangat banyak pilihan
sangat boleh diubah suai
harga tidak 'insane'

kontra
agak susah untuk dipelajari
harga jual semula sangat murah


blackberry

blackberry adalah untuk mereka yang di kelas mereka sendiri. yang suka bermesejan dan bersosialan. 

dari segi aplikasi, beri hitam ini adalah paling lemah. dengan pilihannya yang amat sikit dan kebanyakannya adalah berbayar. dari segi kualiti apps jugak tidak memberansangkan.

bagi aku blackberry adalah bukan smartphone. tapi masuk ketegori smartphone kerana orang yang menggunakan blackberry adalah smart people. oh ini bukan kelas first impression. namun bagi aku kehebatan blackberry adalah daripada plan bayar nya. harga termurah untuk mendapatkan internet untuk telefon pintar anda adalah dengan blackberry + umobile (sehingga artikel ini ditulis). dengan harga serendah RM18 setiap bulan itu sangat osem untuk update status dan tweet walaupun waktu solat jumaat.

jadi kelebihan beri hitam ini bukan sewaktu anda membelinya. tapi selepas setahun anda menggunakannya kerana jumlah bill dan device anda adalah lebih murah daripada android dan apple. 

namun begitu daripada segi harga, peranti dengan 1.2GHz, 768 RAM dan 5MP kamera (bb torch 9810), harga RM1988 (rrp dari digi)bukanlah harga mampu milik aku. wahahaha.


pro
data plan sangat murah
keyboard sumpah sedap

kontra
sangat tidak boleh di kustomikasi
reka bentuk booring




eh rasanya panjang sangat pulak entri kita kali ini ya. kita sambung di rancangan yang sama di hari yang lain ok?

teaser entri selepas ini
-hardware pulak. dari tadi software je
-AP atau ORI?
-beli cash atau beli dengan konrak?
- perbandingan harga data plan
-apa idea yang keluar masa aku belajar math nanti. wahahaha

oh ya, siapa yang faham apa erti title kita tadi?

sila-sila scroll ke atas semula.

07 Januari 2012

2011 di atas kertas: expenses

aku ada azam untuk 2012. aku akan list-kan semua perbelanjaan aku. hatta bila aku nak makan di kafe UKC itu pun aku akan listkan dengan segala machonya.

tadi lepas aku baca tips untuk berjimat (aku nak jimat weh. nak kahwin) antaranya list down semua perkara. jadi aku tak tahu nak list apa aku listkan lah perbelanjaan aku tahun lalu. apa yang aku dapat?

ini.

Total perbelanjaan aku pada tahun 2011
lebih daripada
RM 10, 310

pengiraan tu aku buat berdasarkan barang yang aku pernah beli sepanjang tahun. tapi tidak termasuk makan, baju, bergembira, ice skatting, dan lain lain yang aku dah lupa pun.

top makan duit

asus A53 letop RM2350
asus Transformer tablet RM1800
nikon D3100 RM1800

dan lain-lain.

yang belum masuk list
makan- ntah aku x tahu cemana nak kira makan ni teda bill
accesories letop - keyboard mouse gaming fan semua
accesories lain - earphone puoch betri henfon extra
kasut2 kulit n kasut sukan aku lupa tulis tadi.
selipar yang ntah berapa kali sudah hilang
barang-barang bilik aku.
aku punya weekend tengok wayang ais skating makan makan makan makan hahahah

terima kasih daun keladi kepada orang yang sayang dengan aku ni (walaupun aku amat nakal gamaknya)


tidak dilupakan ini. hahahaha
-samihah shazwani salman-

tiada tajuk.

mahallah office telefon. suruh aku datang ambil kunci bilik baru sekarang.

aku ambil, cek matrik kad aku dapat bilik ukc315b. bilik lama. heavennya 2 bulan aku duduk tingkat satu dan tingkat ground. pegi surau turun tangga lalu kedai printing dah sampai. pegi makan lagi senang. kalau mamak tu masak roti planta aku buka pintu bilik pun dah dapat hidu. air kat tandas super duper kuat. pegi kelas 5 minit sebelum lekcere masuk. ah sungguh sorga.

lepas ni kena masuk bilik tingkat 3. awal pagi bangun mandi pegi kelas badan dah bau balik pasal turun tangga jauh sangat (cuba baca dengan satu nafas ayat tadi. hahaha). kalau pergi makan naik bilik semula, bukan setakat kalori, dengan tenaga semua dah habis bakar sebelum sampai bilik. dah sampai bilik lapar balik dah.

abang tu cakap,
"dik, lepas dah pindahkan semua barang ke tingkat atas boleh letak kunci bilik lama di sini ya dik. cepat sikit dik nanti office tutup"

apa aku buat?
update blog. terima kasih.


04 Januari 2012

wordless tuesday. awan dan matahari

hidup sensorang ni membuatkan aku nak on kan 'mood survivor' aku. tapi apakan daya belum lagi aku lapar dah ada orang nak belanja aku makan pizza kfc rch segala. jadi aku akur ja lah dengan kehendak beliau wahahahha. tadi aku keluar dari penjara uia ni lejen macam dalam game left4dead. tetiba nampak awan yang subhanAllah cantik abes!



 semua gambar ni non-edited. adobe lightroom aku crash. nak cari crack baru.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...