31 Disember 2011

lagi entri berubah

aku faham blog-blog lain tengah up entri new year sana-sini. urban itu begitu.
aku faham ada gadis-gadis di luar sana sedang berdamping dengan jejaka-jejaka mereka. urban itu begitu.

dan aku pulak tanak berkata tentang azam aku. pasal azam aku 5 tahun sudah pun aku tak redeem lagi. aku nak cakap tentang berubah.

berubah itu tak semestinya perlu yang besar-besar.

eh, tapi hencek lukman yang budiman. bukankah perubahan seratus peratus itu lebih baik?

ya, benar saudara (macam dialog zaman 80-an) idealnya perubahan itu yang seratus peratus. tapi kalau rasa diri tak mampu untuk berubah tiga ratus enam puluh darjah. takan nak tunggu sampai seru baru nak berubah?

kalau dulu muka sembahyang di hujung. tahun ni cuba sembahyang di tengah waktu pulak.
kalau dulu tak bertudung. tahun ni kita pakai tudung hana tajima pulak. tak pun shawl.
kalau dulu suka baca belog lagho ultralukman.blogspot.com tiap hari.tahun ni buat tiap minggu
kalau dulu kaki  masuk lorong tak bagi signal binatang punya perangai. tahun ni cuba masuk lorong guna wiper pulak.

yang penting adalah konsisten. istiqomah.


25 Disember 2011

kenang daku dalam doa makan mu.

tulis tajuk entri macam ni rasa macam dah greduet je. namun apakan daya aku perlu survive dalam uia ni setahun lagi. dah, takda mud nak taip hari ni kita layan gambar kelas dan gambar parti liar dekat zainab kolej pulak.

ayuh! teruskan klik read more untuk merasakan ke-osem-an kelas aku. oh ya, sila sediakan sebaldi besar untuk menyalurkan air mata anda bila nampak kekacakan aku. kalau tak mengalir air mata gembira mungkin baldi tu boleh tadah muntah korang pulak.

kemon lah. aku dah usaha kut memasukkan unsur humor. bagi la sapot sikit ketawa ok!

klik read more cepat!!!

dia bakal buat keluarga

dia bakal ibu,

beridola dengan yang baik-baik sahaja. berfikir kritis dengan satu akal. berperang dengan sembilan nafsu. tata tertib dijaga sebaik sesopan bidadari. dapur dan rumah itu gelanggang persilatan. silatnya bermain dengan masakan dan hayunan sapu. dipesan ramai, pemalas di dapur, tidak berlaki lah nanti. dididik untuk mencapai segala kemenangan. dididik untuk menang di kelas, menang di dunia. kalau dapat menandingi upaya lelaki, itu lebih bagus.

dia bakal ibu,

bila belajar dia serius sekali. dikutuk skema dipersetankan sahaja. kerana dia nampak masa depan yang cerah. masa depan untuk mereka yang bijak pandai. bila bersosial segala ikhtilat dijaga, supaya fitnah tidak berputik, apabila berkawan, dia memilih. apabila berbual, dijaga pertuturan. ketawanya tidak lebih harkat ditetapkan. tidak lebih desibel pendengaran bukan mahram. tidak lebih frekuensi untuk mencairkan lelaki.


dia bakal bapa,

beridola dengan yang baik-baik sahaja. berfikir kritis dan matang dengan sembilan akal. menewaskan nafsu yang satu. pelajaran dan kerjaya itu gelanggang persilatan. silatnya bermain dengan pensel dan kalkulator. dipesan ramai, gagal di pelajaran, tidak berbini lah nanti. dididik untuk mencapai segala kemenangan. dididik untuk menjadi lebih matang dalam menyelesaikan masalah, kalau boleh biar sampai mengagumkan gadis.

dia bakal bapa,

dia cuba mematangkan diri sebaik mungkin. dikutuk skema dipersetankan sahaja. kerana dia nampak masa depan yang cerah. masa depan untuk mereka yang lebih matang, berjaya dan romantis. bila bersosial segala ikhtilat dijaga, supaya dia bukan jadi bahan fitnah. apabila berkawan, dia memilih. apabila berbual dengan mahram, pandangan matanya dijaga sebaik mungkin. cukup untuk berkomunikasi tidak lebih untuk berzina mata.


tetapi.,

dia bakal ibu dan bapa, rata-ratanya tidak nampak masa depannya sebagai ibu dan bapa. hidup berpeleseran berbahagia, tidak dipedulikan kata-fitnah masyarakat seluruhnya. nasihat ibu bapa dinafikan kesemua. dirasakan nasihat itu ketinggalan zaman dan tidak mengikut norma masyarakat. maruah diri tidak dipedulikan, berpegangan tangan bagai memegang pensel. tidak dirasakan apa-apa. apabila diri dijaja, mulalah melenting penuh celaka. perkataan kesat dijadi zikir mengutuk perbuatan penuh rahmat.

dia bakal ibu dan bapa, pelajaran masih juga tidak diketepikan. A-satu, A-tambah dan empat perpuluhan kosong harus diskor supaya pekerjaan dapat menjamin masa depan yang cerah. namun., diri tetap alpa dan lupa., ikatan sosial dirapat sebolehnya. mana nak cari pengalaman untuk kegunaan masa hadapan., ye dak.? pengalaman berpasangan dicari sehinggakan tidak kisah labia majora vagina diterokai. pengalaman berpasangan dicari sehinggakan tidak kisah bebulu scrotum diterokai.

dia bakal ibu dan bapa, pemikirannya masih juga biasa-biasa. hiburan menghiburkan diri tidak pernah memuaskan hati. hiburan menghiburkan dir., dicari sehingga terlupa yang akal harus ditajami. golongan membaca di kalangan bakal ibu dan bapa sudah susah dicari. bila berfikir, hanya menggunakan akal bersudut 30º. bila mahu berfikir menggunakan akal bersudut 360º.? oh, tidak perlu lagi, kerana jiwa masih muda.

dia bakal ibu, pemilik ketiak yang busuk jika tidak dikenakan pewangi. dia bakal bapa, pemilik mulut busuk jika tidak menggosok gigi. susah sudah hendak dicari mereka yang mempunyai matlamat hidup yang tetap. kalau bukan hidup hendak menjatuhkan orang ramai, dia hidup menjatuhkan diri sendiri, tanpa disedari memakan jantung diri.

d3100 + kitlens I f/14 I 5sec. I iso100


diGrill oleh M. Faiz Syahmi 

23 Disember 2011

wordless anyday : tangkap gambar malam

aku tak rasa aku boleh menaip hari ni jadi aku isytiharkan hari ini sebagai wordless thursday? kenapa?

pasal aku malas. takan tak dapat teka kut?



bermain shutter speed










flora





22 Disember 2011

android. hari ni hari boleh download apps free

aku tak sempat nak taip weh. tapi kalo korang pakai android hari ni boleh download apps dari getjar free.

kalau korang guna desktop komputer korang scroll ke kanan. download lepas tu transfer kat henfon korang pastu install.

lagi senang guna je henfon.

oh ya lupa pulak. jangan lupa pastikan korang dah enable install from unknown source baru boleh install

klik link kat bawah ni.

http://goo.gl/Onk0Q

selamat berjaya dan babai!

21 Disember 2011


Latihan bermain dengan jarak aku
Objektif malam ni sumpah senang. Tapi aku sengaja susahkan. Aku nak tangkap gambar botol ni dengan menggelapkan background. So aku start dengan gambar biasa.


f/3.5 | 1/60 sec | iso 1600
aku terpaksa angakat iso tinggi2 pasal keadaan bilik aku sumpah gelap. Dan ni tak guna flash lagi.

F3.5 | 0.77 sec | iso 100
Lepas tu aku tambahkan speed-lite. Aku takde lagi speedlite trigger so tepaksa pegang camera dan speedlite guna dua2 tangan aku. Agak seksa
Shutter speed aku lamakan sikit supaya sempat nak tekan flash. Macam aku cakap tadi. Flash dan kamera aku langsung tak connect. So lepas tekan shutter camera aku tekan speedlite punya ‘test’ pulak.
Iso pulak rendahkan habis supaya background jadi gelap



F3.5 | 0.77 sec | iso 100
Masih guna setting sama tapi aku dekatkan sikit. Dan hasilnya aku dapat lagi gelap backroundnya.
 Ohya kalau nak buat shooting dalam codition begini bagus manualkan saja focus. Pasal kalu nak tunggu camera cari focus memang azab ya.



F5.6 | 1/50 sec. | iso 100
Aku cuba maksimakan pulak focal length nak tengok hasil. Dan aku rasa dah comel.
Shutter speed pulak dah kurangkan setengah pasal aku dah biasa dah tekan dua-dua button dalam satu masa.
Oh ya ini pulak aku amik guna reflection punya flash. Subjek makin cantik dan sekata tapi background akan terang jugak.


F5.6 | 1/50 sec. | iso 100
Kali ni aku buat direct flash pulak. Overexposed sangat Nampak. Sepatutnya boleh kawal guna shutter speed bagi laju. Tapi pasal aku pegang manually aku naikkan apertures ja lah.


f/16 | 1/3 sec. | iso 100
ni hasil terakhir. Bagi aku cukuplah pasal aku nak belasah quiz lab pulak lepas ni ya. Hehehe
pasal aku tak dapat kawal shutter speed aku besarkan f.

kondisi aku buat ni adalah kondisi terburuk. Sepatutnya taklah susah mana. Antara kekurangan aku.

1. Tempat. Kecil sangat, jadi cahaya senang sangat tersebar. Jarak antara subjek dan background aku tak sampai 1.5 meter. Boleh rujuk the inverse square law

2.  Flash aku tak connect dengan camera – takda sync cabel atau remote trigger – jadi shutter speed aku terpaksa lamakan

3.  Flash aku takde diffuser. Contoh payung. Tapi kalau pakai diffuser pun nanti cahaya akan terangkan background aku sekali. Kalau nak pakai reflection lagi terang bilik aku

4.   Malas nak pakai tripod. Hasilnya banyak yang kabur.


Aku rasa tu je kot selingan sementara aku tunggu kertas lab report dari kawan aku ni. Ok daa~~

Sampai jumpa

20 Disember 2011

minimalis dua: ketiak tukang mekap

kalau nak ambil gambar kena pastikan background cantik dan sopan.

faham tak maksud sopan? oke cuba tengok gambar ini dan perhatikan backround nya ya.
ya. itu adalah ketiak tukang mekap.



dan ya, tukang mekap itu lelaki. sekarang anda boleh muntah freestyle.

14 Disember 2011

tathering guna win7 guna MyPublicWifi



handphone korang ada sambungan wifi tapi tempat korang takde pulak wifi. kalau kat UIA pulak wifi semua macam lejen pakai cisco dan aruba networks segala. jadi korang pun tak dapat lah nak ber-tweet-tweet di kelas. nak-nak lagi kalau nak subscribe data plan pun bukan murah weh. so korang end up masalah korang dengan bergumulan depan letop dua puluh lima jam sehari.

oh ya by the way, data plan paling murah aku nampak sekarang ni umobile prepaid. lepastu subscribe 28 sebulan. murah weh. tapi masalahnya 3G hotspot dia sikit sangat. kat kl, penang dan berapa tempat lain je. kalo tempat lain memang mengensot guna 2g je lah. paling senang kumpul duit ngan rumet buat p1.

dan by the way kedua. having a smartphone doesn't mean you are smart. you are just smartphone owner.

ok sekarang baru start tutorial hahaha.

1. pastikan letop yang korang nak tathering tu memang ada koneksi internet. kalau kes aku ni letop aku memang sentiasa connect dengan internet free UIA.

2. download MyPublicWifi kat sini

3. run-run je dan klik ok. kalau korang perasan penipuan terbesar di abad ini bila korang klik 'I agree to the terms and condition' betul tak? hahaha. takpe klik je

4. setup nama network anda, password dan start hotspot!


aneh tahu ambil gambar x10 guna x10. faham tak?


5. sambungkan koneksi di handphone atau tablet anda seperti biasa

6. sedia untuk dihidangkan. lebih enak jika dihidang bersama teh panas.

alamak lapar pulak.

good luck!

tada!!*buat espresi teruja*

13 Disember 2011

tiada tajuk

baru saja berlaku
aku ; eh soalan tajuk wave yang basic ni tiada dalam buku serway ni lah
Wafiy ; a ah.  Tu lah Yang aku cari tadi.
Aku ; so takdelah soalan ni nanti quiz eh?
Wafiy ; masuk kat soalan OMG masa final kot
*bunyi cengkerik kejap*
Aku ; what the cat? OMR lah!!
Sesi ketawa berlangsung

12 Disember 2011

edisi khas nikah,hihihi

bismillah.

dah lama aku tak cakap pasal kahwin ni, pasal bebaru ni aku sibuk nak kempen haji. tapi malam semalam aku rasa macam baru je jadi super-saiya peringkat ke-lima. sumpah!

dengan muka keyakinan dan kalis maki yang bergaya. aku up kan satu status comel cenggini kat grup cfs iium.


tak. kalau korang tak like pun aku tetap akah kahwin jugak. kenapa?

pasal aku sumpah tak dapat hidup di zaman ni. apesal? aku kolot? ye kot
.
.
.
.

dah dah. takyah nak scroll-scroll lagi. entry hari ni memang pendek

update .


omai Allah its growing!!


08 Disember 2011

wawancara ohsem


aku nak jadi jurutera yang beriman dan beramal dan pendai berniaga dan mahir bidang fotografi dan tahu tentang teknologi dan hapdet dengan gajet dan ada keluarga dan ada isteri soleha dan anak-anak yang soleh dan dapat menunaikan semua rukun islam dan yakin gila-gila dengan rukun iman. paling penting sekali aku nak jadi oh-sem. apa tu oh-sem? awesome lah. sungguh tak urban jika tak faham. [senyum sambil tunjuk lambang adil]

yang penting aku nak jadi ohsem. di depan 'bahan cipta' mahupun 'pencipta'. tak dapat depan 'bahan cipta' tak apa yang penting depan  'pencipta'

dan tadi petang aku besembang dengan henchik x. dialog hampir cenggini lah. tapi ni versi aku yang aku dah tokok tambah gila-gila punya.

x : man, ko memang tak ok dengan perempuan eh?

aku : memang silap besar lah. aku ni jenis kapel kot. ko nak aku cerita kisah suka-suki aku dengan perempuan? nak muntah darah tiga belas kali?

x : tak. bukan tu maksud aku, gila. kat uia ni lah.

aku : asal? aku ok je kut. lagi pun mana ada perempuan aku nak tunjukkan kat kau aku punya kebolehan.

x : ye ke? aku tengok kau ni macam benci semacam je ngan perempuan.

aku : benci? (sila masukkan adegan terkejut sinetron disini, alah yang zoom in lama-lama tu lah)

x : aah

aku : apa maksud ko ni weh? ko nak cakap aku ni benci perempuan? then aku suka lelaki? then then aku ni gay? then then then aku ni umat nabi lut. then kau takut uia ni akan diterbalikkan 180 darjah ke bumi?

x : [pukul aku di kepala laju-laju sambil tangan menikam perut aku, menggunakan buku fizik 2 kilo] (ok ini aku tipu)

aku : [sedar dari lamunan]

x : tak, tapi kau macam benci doh dengan perempuan. tapi jiwang, jiwang jugak. gila betul.

aku : silibus mana kau tahu aku benci perempuan eh? aku ni penyayang kut. [pipi merah]

x : kau jangan nak merapu boleh tak? perapu.

aku : tapi aah kan, aku dah lebih sebulan masuk sem 2 ni baru tadi aku tahu nama kelasmet perempuan aku. itu pun tak tahu semua (padahal tiga ja pun). aku kenal zulaikha(bukan nama sebenar) pasal melekat kat kelas sama dari sem 1, syamimi(pun bukan nama sebenar) dan 'bukan syamimi'. tima kasih la dengan madam pasal bagi dorang duduk belakang. so bila kena panggil amik kertas jawapan kenalah bangun. sempat gak aku pastikan mana satu 'syamimi' pasal aku just tahu nama tataw mana satu orangnya. nama kelasmet aku ketiga aku masih tataw so aku just namakan dia sebagai  'bukan syamimi'. comel begitu.

dan sekarang aku berfikir. betul ka ini aku?
sambil dengar instrument 'syurga cinta'

06 Disember 2011

monolog dalaman satu.


hari ni aku macam nak buat poem. tapi aku takut bila korang nampak stanza-stanza korang takan baca. pasal aku selalu begitu.

hari ni aku sensorang di bilik. semua rumet aku pergi kelas. jadi boleh lah aku jiwang sikit buat poem kan. sambil tidur dan kentut gaya bebas (baca: kentut free style.)




selalu saja ada yang terfikir dan bertanya; kenapa aku terlalu serius di dunia maya; bahkan aku sendiri kadang terfikir begitu; mempersoalkan persoalanku sendiri.

kenapa aku terlalu serius di dunia maya?

di dunia wayar dan tanpa-wayar ini. di dunia di mana aku boleh jadi sesiapa. di dunia di mana aku boleh berlakon sewarak ulama ataupun se-syaitan dajjal. tapi aku memilih untuk mengekalkan cara hidup aku; mungkin bukan semua, tapi hampir keseluruhannya.

kerana aku di luar pun sama serius. tak, bukan bermaksud aku jarang ketawa dan menangis. cuma aku tergolong dalam golongan nerds. aku tidak sebaik mereka-mereka-dan-mereka. bahkan mungkin aku sama jahatnya seperti mereka-mereka-dan-mereka yang lainnya.

kenapa aku terlalu serius di dunia maya?

mungkin kerana khilafku. personaliti aku di dunia sebenar terlalu banyak ruang hitamnya. terlalu banyak titik-titik hitam yang bertambah, bertambah dan bertambah menjadi segumpal kotoran yang menjijikan. dan aku tidak terdaya melakukan apa-apa dengan daya kudratku sendirian. aku perlukan sesuatu. sesuatu yang cukup kuat untuk memberikan kekuatan kepada ku.

kerana itu lah aku memilih untuk serius di dunia maya ini. mungkin

kerana aku perlukan pemangkin. pemangkin untuk diriku sendiri. kerana aku terlalu lemah untuk berubah seratus lapan puluh darjah. aku perluakan sesuatu untuk di permulaan. dan aku pilih alam maya untuk aku bersedia akan wajibnya datang kematianku. atau setidaknya untuk memberikan peringatan pada diriku sendiri. yang mudah sahaja lupa. mudah sangat alpa dan dihanyutkan dosa.

kenapa aku terlalu serius di dunia maya?

kerana itu lah aku memilih untuk serius di dunia maya ini.

doakan perubahan aku. semoga buatmu doa yang makbul



sampai jumpa. tidak kira di dunia realiti ataupun dunia maya ini.
kerana kesemuanya juga milik Allah.

02 Disember 2011

sarka-sarka jumaat



pesanan khidmat masyarakat dibawakan kepada anda oleh ultralukman


Hari ni Hari Jumaat. Semua kaum lelaki diwajibkan ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Tapi, mesti ada muka-muka yang kerap ponteng solat jumaat kan. mereka ini ditakuti mempunya sifat fettish dan boleh di tuduh sedang mengeluarkan darah 'datang bulan' - dari mulut mereka. 


Kepada kaum perempuan, ini ada tips yang anda boleh guna untuk tegur lelaki di sekeliling anda yang tak pergi sembahyang. Heheh..

1) Cakap dengan agak kuat,(tanpa menggedikkan suara) “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, (digalakkan harian metro)berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.



9) jika lelaki itu suami anda, failkan saja permohonan fasakh ke mahkamah.


+diambil dan diedit mengikut rentak dan irama blog ini daripada fesbuk (Qatrunnada Nasir)
+mana-mana yang ingin menuntuk hak cipta sila pm saya

itu bukan doa aku


tidak. itu punya mereka

i adapt my self.

selama ni aku blogging seratus peratus menggunakan letop 15.6 inci aku. kalau tidak pun guna desktop pc kat rumah. aku bukan tidak pernah mncuba. tapi aku sering gagal untuk adapt diri aku menaip di selain keyboard-keyboard itu. tapi aku gagahkan hari ini, kerana aku bukan salah satu manusia keyboard warrior. cuba untuk lari dari kebiasaan itu.

kerana manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu bukan aku

aku pernah cuba untuk berblogging guna handphone aku. gagal pada hari tu. dan hari ni aku cuba blogging guna tablet aku pula. aku berdoa agar aku berjaya.

kerana manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu bukan aku.           

doa.
aku berdoa. aku hebat berdoa. aku berdoa itu dan ini. aku mahu itu dan ini. aku nak begitu dan tidak mahu begini. kalau bab doa ni aku memang hebat. walaupun tidak istiqomah tapi ya,tetap juga masih hebat.


tapi bila masuk bab amalan lain. bab solat bab puasa bab zakat bab haji. itu bukan hebat ku.

bukan hebat ku.

ada orang itu selalu saja beribadat. bangun pagi tiap sepertiga malam masa ramadhan dulu. solat diusahakan agar diawal waktu. jemaah itu pasti. puasa isnin khamis. tapi bila keluar result dia masih begitu. kalau dapat B cukup syukur, sedang orang mempertikai A-

aku nasihat kat dia, banyakkan berdoa dan study. aku rasa hebat.

ada orang itu selalu saja belajar. bangun pagi buat nescafe demi menelaah buku sejarah. bila petang cuba buat mathematics pula. dan bila malam buat study group dengan mereka yang lain untuk subjek biology. belajar cukup hebat. tapi pabila keluar result dia lah orang yang pertama jumpa cikgu, pertikai kenapa salah itu kenapa salah ini. rasa tidak puas hati hanya dapat B.

aku nasihat kat dia, banyakkan berdoa dan beribadat. aku rasa hebat lagi.

kerana aku belajar kurang dari mereka. aku beribadat kurang dari mereka. tapi bila keluar result aku masih boleh bangga dengan pencapaian aku. walau bukan terbaik. tapi aku rasa hebat. aku bangga dengan makbulnya doa aku. aku khabarkan mereka agar doa kena power. doa kena itu ini. doa mesti begitu 

*********
hari itu hari-hari terakhir aku kat sekolah. masa untuk bergembira buat kali terakhirnya sebagai seorang pelajar, pelajar yang memakai baju uniform putih.

di surau, aku bersendirian. ditemani buku yang bersepah. aku capai satu buku, buku yang aku biasa lihat. itu buku nota BADAR, percuma untuk kesemua ahlinya. jadi aku pun ada buku nota seperti itu juga, semua ahli ada buku seperti itu.

belek cari nama pemilik.

buku si Nasir

aku buka buku itu secara rambang.

Muttaqin*muttaqin tu nama tak official bagi kami 

senarai nama ahli -bla bla bla bla bla bla LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A bla bla blabla bla bla

tulisan tu kami buat masa awal tahun. untuk bentuk jawatankuasa.

aku capai lagi buku lain.

kali ini buku arif.

tak payah selak-selak lagi jawatankuasa kumpulan dah muka surat pertama. haih pemalas punya budak tak buat nota lain.

Muttaqin  
senarai nama ahli -bla bla bla bla bla bla LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A bla bla blabla bla bla 
senarai sama. buat pada hari yang sama.

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

aku fikir lagi.

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

eh kejap. tapi.. kejap..

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

ahli kumpulan kami dalam belas-belas orang. dan setiap dari kami menulis perkara yang sama.

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

aku selalu doa untuk dapat yang terbaik bagi diri aku. tapi aku tak sedar bukan aku seorang yang berdoa. kawan aku pun berdoa untuk diri aku.
tulis di buku mereka. mendoakan aku.

masa tu aku sedar. aku berjaya bukan kerana doa aku. tapi doa mereka. doa mereka yang ditipkan dalam buku mahupun di sujud mereka. doa mereka yang aku jarang-jarang doakan. doa mereka yang aku perlehkan. itu berkat doa mereka, bukan kerana aku.

aku berjaya bukan kerana doa aku.

aku perlekehkan mereka yang beribadat tapi tidak setaraf aku, sedang dia mendoakan aku walau aku tidak.

aku perlekehkan mereka yang belajar tapi tidak setaraf aku, sedang dia mendoakan aku walau aku tidak

aku berhutang kepada mereka. aku berhutang kepada ibu bapa aku, aku berhutang kepada keluarga aku. aku berhutang kepada anda.

tapi tidak mungkin aku dapat membalasnya.

semoga doa anda dimakbulkan. seperti mana anda berdoa agar doaku dimakbulkan.

dan aku pinta doamu agar tidak putus lagi. sungguh aku masih butuhkan doamu yang ikhlas.

dan pabila aku mati nanti. aku mengharap mati ku itu bukan pemutus doamu semua.

Ya Allah kau berikan lah yang terbaik buat mereka sahabat ku. sama ada mereka yang ku kenal di alam dunia ataupun mereka pembaca blog aku yang hanya ku kenal di alam wayar ini.

kerana manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu bukan aku aku pinta doa kalian agar itu bukan aku.                     

01 Disember 2011

masalah dua.

blog aku ni makin lama makin buat hal. aku tak tahu lah salah siapa.

salah ibu mengandung?

atau salah bapa mengandungkan ibu?

oh penyataan diatas tidak merujuk kepada parent aku.

oh satu lagi. maaf entry kali ni langsung takda nilai-nilai murni mahupun kata-kata bermakna (ye lah macam lah selama ni ada)(pandai tak aku rhyme kan kata-kata diatas)(berapa banyak kurungan daa)(aku cuba letakkan unsur kecomelan dan humor dengan kurungan yang banyak tu takan sorang pun tak rasa lawak?)(ok im looser)(tolong lah ketawa. tolong lah)(ahh dah lah!lupakan)

errr.cukup lukman.

memalukan

ok kita mulakan
pertama. 
blog aku tak dapat di akses dari google search. aku tak tahu kenapa tapi itu lah yang berlaku. jika aku search di google dan letakkan search 'ultralukman' contohnya


oh ya. disini pun ada satu lagi masalah. aku akan terangkan dekat masalah tiga.

dan kalau kamu tekan link ultralukman.blogspot.com tu page ini akan keluar kurang dari 4 saat


kemudian akan auto-direct kepada lama web lain. biasanya laman amazon ini.


atau kadang-kadang ke youtube.

kedua.
masalah ni baru bermula hari ini (1 disember 2011). bila anda klik pada gambar dalam blog ini. sepatutnya gambar tu akan membesar dan blog ini akan menjadi shade sebagai backgroun. contohnya ini. 

tapi apa yang berlaku sekarang adalah jika anda klik gambar dalam blog ini akan membawa anda ke satu web page baru. seperti ini
aneh bukan?

ketiga.
ini pun baru berlaku hari ini.

alhamdulillah syukur pada Allah blog ini dapat ratting yang boleh-la-jugak daripada google.
click untuk membesarkan apa yang patut

jadi dapatlah view macam atas tu. apa nama dia aku dah lupa. dulu masa aktif blogging memang nak kejar dapat search result macam ni. tapi sejak tadi pagi 1 disember 2011 aku tak dapat search result macam ni lagi. yang atas tu aku minta tolong snip dari letop si rusydi.tima kasih rusydi.

 apa yang aku hanya yang ni

buhsan. dah lah url blog sebenar dah turun bawah. haih


apa motif aku tulis ni?

kepada sesiapa yang pakar platform blogger ni tolong lah aku selesaikan masalah ni.

ohya. mungkin esok aku akan buat proses pembersihan iklan. aku dah buh-san bermain iklan ni. sambil-sambil tu aku akan bersihkan jugak apa yang patut.

sampai jumpa.assalamualaikum

anekdot bersyukur

lahir di dunia terus dengar azan
lahir dalam keluarga yag tahu agama
lahir dengan keluarga yang cukup. ayah ada ibu ada
lahir diberikan nama lukman, bukan lim kok wing, lincoln, lubabah, mahupun linkin park
dibesarkan dengan kondisi agama
dibesarkan dan disuap dengan ilmu agama
berkawan dengan persekitaran agama
masuk ke sekolah agama
masuk lagi ke sekolah menengah agama
masuk lagi lagi ke universiti islam

dan nikmat terbesar kerana aku masih dilemparkan islam dan iman.

kalau itu tiada. maka blog aku bukan blog ini. mungkin blog aku blog husband dan wife yang kedua-duanya lelaki. gay mungkin?

mungkin.

kalau islam dan iman tiada aku bukan di universiti ini. aku mungkin lepak dijalanan. mengambil dadah dan ganja. bermaksiat

dan kalau aku pergi masjid pun. sah-sah bukan untuk beribadah. tapi untuk buang anak luar nikah hasil ketelanjuran aku.

mungkin.

bersyukurlah. kerana tanpa islam dan iman, hatta untuk bersyukur sekalipun kau takkan mampu.

aku rindu pendidik aku.
 eh salah uplod.har har har

aku rindu ayah dan ummi


p/s: balik dari manila jangan lupa belikan hadiah.

oh ya. terima kasih daun keladi kepada anda yang follow blog bukan adiwira ni ya. anda sangat dihargai. minta maaf jika saya tak follow blog anda kembali. tiada konsep you follow me i follow you back. you jump i jump. di sini hanya ada you jump, i take your picture and post it to my facebook. oyeah!!



Aidramisme
SaBrIe_UiA
cino
N Najiba
eka
FatHiN NaBiLaH
AyuzLina
epa_is_fred
Kyozaru
Muliatiz kibtiyah
ayaSya
Rafie Izwan =/
sofya nadwah
madzuan shafaraz
UMEY
cik dila



by the way. kalau korang tak faham apa itu adiwira.

adiwira itu adalah superhero.

30 November 2011

mati = x - umur anda

x itu adalah constant yang ditetapkan oleh Allah SWT

salam maal hijrah, sedar tak kita berbuat satu lagi bidaah? masa nabi hidup mana ada celebrate maal hijrah ni semua. ya lah pasal nabi dan sahabat memang sentiasa alert dengan kematian.

kalau tiada maal hijrah, tiada birthday, tiada tahun baru cina, tiada tahun baru yahudi. kita mana ingat umur kita makin tua. makin mahu mati. itulah gunanya kita sambut date-related punya perayaan.

hari ni aku tanak up entry pasal cerita aku merogol, menodai dan membunuh lipas. hari ni aku cakap benda ilmiah sikit.

*kempen mengambil hati mak mentua aku belum selesai. har har har. oyeah!!*

orang-orang tua yang kebanyakannya sudah mati ada cakap.

harimau mati meninggalkan belang;
manusia mati meninggalkan nama.
tapi orang tua tetap orang tua, tak up-to-date. ya derhaka nampaknya aku. ampunkan aku nenek

manusia mati bukan saja meninggalkan nama. manusia mati meninggal kan akaun facebook, twitter, blog, livejournal, tumblr, google+, dan berpenguinlion lagi akaun. semua itu akan jadi seperti 'tugu peringatan' kepada aku.

sila rujuk sini. [malasah satu]

dan bila aku mati, wall fb aku akan sarat dengan dengan ucapan takziah kawan-kawan aku. komen di blog ini pun akan terima nasib sama. tapi ucapan takziah anda semua tu hanya tinggal takziah.aku harap mereka menyelitkan aku dalam doa mereka, walaupun tidak di 'tugu peringatan' aku kerana, maaf, aku tidak mungkin dapat me-like status yang anda up di wall aku macam selalu. dan sungguh bila nama aku mereka sebutkan dalam doa dan niat mereka. itu sangat aku hargai. kerana itu sahabat sejati. bukan hanya mengirim sepotong kata di wall aku.

dan dikesempatan ini aku mahu mengucapkan terima kasih jika anda menyedahkan aku walau sepotong ayat al-Quran bila aku mati nanti. terima kasih

sungguh bukan saja kubur memanggil-manggil, kereta mayat pun memanggil-manggil supaya ayah aku bagi duit upah kalau dia angkat aku.

jadi.

mesej aku disini agar aku sentiasa mengemaskan 'tugu peringatan' aku dari segala benda yang dapat mencacatkan aku di dalam kubur nanti. cuba bayangkan kalau aku up status,

bahasa jew-jew keyahudian

dan kalau korang perasan semenjak korang start baca ni sampai sekarang korang mungkin ambil masa 5 minit (for noobs) 16 saat (pro reader/penipu besar).

dan 5 minit korang dah habiskan.

5 minit telah bertambah di usia kau

5 minit telah berkurang dari lifespan kau.

5 minit menghampiri mati.

aku buat entry ni untuk ingatkan diri aku sendiri. untuk siapkan diri untuk masuk ke kubur thru kereta mayat (harap-harap ayah aku bagi mewah sikit, toyota estima boleh, ayah?)

siapkan dari semua aspek. amalan aku, 'tugu peringatan' aku, keluarga aku, menghalalkan bini aku berkahwin lain (jika berkaitan), dan wasiat aku. uhuk uhuk.

sekian berita.assalamualaikum.

29 November 2011

behind the scene. desktop dan software

tweak desktop ni kira hobi aku la zaman dolu-dolu masa zaman penjajahan british. masa tu aku belum mumaiz lagi tapi dah hebat tukar start kepada orb. masuk keluar theme. startup punya gambar kasi tukar jugak. tapi tu dolu-dolu masa hidup indah bak sang mentari.

tapi sekarang ni aku dah bizi mengalahkan pak menteri. tiap minggu ada quiz. hujung minggu kena hibernate diri sendiri. mana nak belajar fotografi main ketik-ketik shutter. mana lagi nak baca majalah top gear belambak tu. tak kira lagi majalah digital slr. dan yang tetiba sesat majalah interior design. nak jaga bini. beli lampin anak. bagi makan whiskey (buat-buat salah eja) kat penguin dan tapir peliharaan aku.

baiklah lukman, kau exaggerated

ni antara desktop print screen yang pernah aku guna. ada banyak lagi tapi aku tak simpan. ni masa baru2 beli letop jadi ada feel minta puji sikit.





sila click untuk tumbesaran yang sihat

kalau perasan atas tu suma ada bentuk kunci kaler emas kat bawah kanan. hanya budak uia saja yang faham hahahaha.

biar aku cuba describe apa aku pakai masa tu.

1. rainmeter mesti ada.itu wajib di zaman itu

2.object dock atau rocket dock aku tak pasti apa aku pakai tu. tapi fungsinya hampir sama.

3.themes dan icon mesti tukar. 

kalau nak bubuh theme dan tukar icon yang senang, cuba guna tuneup utilities. memang sangat senang.

aku pernah jugak tukar taskbar icon. buat jadi empat segi. start button pun bagi comel-comel sikit. tapi aku tak amik plak gambar.

dan ini pulak bentuk dan kontur desktop aku sekarang


tema : haji itu mesti. haha. aku memang letak aim aku kat mana-mana sekarang. haji pada musimnya, sebelum aku mati

ni pulak software yang paling selalu aku guna

1. google chrome. mesti lah sebagai manusia lagho

2. yang petak hitam atas tu destroy twitter. best kut tengok timeline begitu. btw aku jarang masuk laman web twitter.semua dari software ni ja

3. seesmic desktop 2. ini pulak newsfeed facebook aku. twitter pun boleh jugak tapi aku masih dalam proses nak adapt ni

4. adobe lightroom untuk kerja-kerja fotografi aku

5. picasa. kalau setakat nak touch up sikit2 memang aku pakai ni ja. simple

6. comet player. ini music player aku. aku tak pakai windows media player, vlc, dan winamp player.ini cukup simple

7. mpc star. jadi video player aku. sama jugak aku tak pakai vlc semua tu.

8.rockmelt. ini web browser yang sangat social friendly. tapi makin lama makin jarang pakai

9. microsoft word? tolong jangan tanya untuk apa. tolong

10. open office. aku guna ni bila masuk subject computer ja. yang lain tolong lah.

aku rasa itu ja lah frequently used apps aku dan desktop background aku. anda semua macam mana? apa kata anda up entry macam ni dan bagi link kat komen ni?

apa kata?

sehingga berjumpa.
assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...