19 April 2013

Sudut pandang.

Bismillah.

Movie.

Jika anda tanya tentang khabar blog ni,  adakah masih akan ada lagi entry musafir di bumi bandung atau tidak. Jawapannya adalah ya. Sudah lah bertanya tentang blog ini sesungguhnya blog ini sihat. Tanya khabar tuan blog ini pula kerana tuan blog ini lebih memerlukan keprihatinan anda.

Aku suka tengok semula movie movie lama. Walaupun pengakuan "aku suka tengok movie" ini pengakuan yang bisa membuatkan makcik makcik yang baca blog ini membatalkan niat untuk menjodohkan aku kepada anak mereka.  Tapi tak kisah lah.  Nanti aku buat satu entry lagi untuk memuji diri sendiri, insyaAllah makcik2 sekalian terpikat lah semula.

Eh ke mana tadi? Ooh movie.

Antara asbab terbesar aku untuk tengok movie lama2 pasal zaman aku tak faham jalan cerita filem tu waktu aku tengok sebelum mumaiz dulu.

Faham x? Ok aku cuba state balik.

Dulu Aku tak faham Inggeris. Jadi aku tengok aksi saja tak faham pun cerita.

Faham? Bagus. Susah amat ada readers yang mahu aku berterus terang ni.

Jadi bila tengok filem star wars, baru aku tahu itu filem sedih. Tengok back to the future, aku faham konsep masa.  Tengok batman, aku faham siapa jahat sebenarnya. Tengok video dewasa? Ishh apa anda fikir ni?

Filem itu tetapi sama. Tapi kita yang sudah berubah. Aku mula lihat dari perspektif  lain.  Bukan setakat perspektif hero-pukul-penjahat semata.

**********

Ok perenggan tadi tiada ilmu langsung. Di sini baru ada mesejnya.

Tadi khutbah Jumaat di Shah mosque iium. Khatib dari USA. Background dah lupa.

He khutbah kan tentang hadis '5 perkara'.

Alaaaaa hadis biasa yang kita dengar tu lah. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. But then today aku faham hadith tu dengan perspektif sedikit luar biasa aku.

Kadang2 kita minta pada Allah macam macam.

Tapi kita kita tak sedar. We DONT even request for what we have now. Dan kita masih x bersyukur.

Thousands or more parts in our body help us to live. Kita tak pernah request pun agar jantung kita bergerak. Kita tak pernah request pun agar saluran urat kita mengalirkan darah.  Kita tak pernah request pun agar usus kita mencerna makanan. Kita tak pernah request bulu mata untuk halang mata dari habuk.  Kita tak pernah request kan?

Kita tak request kereta kita tak kena curi. Kita tak request sahabat2 yang supportive. Kita tak request macam2 yang kita ada hari ni. Yet kita enjoy menggunakannya.

Pernah kita isi borang A borang C dan dapatkan pengesahan dari ketua kampung dan promotion dari yb supaya jantung kita berdegup esok?

But today kita hidup dengan jantung, urat, muscle,  famili dan sahabat yang kita tak request untuk terus hidup. Yet kita tetap tak bersyukur.

********

Cuba bayangkan, anda bangun tidur esok hanya dengan apa yang anda syukuri hari ini.

********

Lukman awaluddin,
Shah mosque IIUM,
2:42pm. 19th April 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...