08 Mac 2011

berubah itu sukar dan bukan mustahil

ha ha ha..apa perasaan anda bila masuk ke blog aku ni tadi??yakin jak kamu tekan 'i understand and continue' arr..

TAHNIAH!!!!
Entri kali ini dibuat pada tengah malam..sewaktu penulis mabuk mabuk di bawah pengaruh alkohol ..(okeh aku tipu..hanya air nescafe tiga paket dalam mug yang kecil..)
 

Tahniah..bukan kepada anda yang mendapat keputusan yang meransang pada stpm lalu..
Tapi kepada anda..yang berubah kerana Allah..

apa lagi tekan la read more tu



Yang dulu bertudung ' ala kadar' kepada anda sekarang yang sudah bertudung penuh dan labuh sehingga menggagalkan usaha pervert seperti saya untuk menggunakan daya imaginasi yang ' hebat'.

Tahniah juga kepada anda yang dahulunya tidak bertudung tapi kini sudah mula mengenakan tudung..eh..mesej ini hanya ditujukan kepada wanita di luar sana..mana mana lelaki yang buang tabiat hendak memakai tudung disarankan untuk melapor diri kepada bahagian kaunseling ataupun jumpa terus doktor yang sanggup ubah jantina anda..dan seterusnya kamu berdua menjadi bahan bakar di neraka nanti..oyeah!!!

Jugak kepada anda yang dahulunya kaki penipu dan pencuri..tapi kini anda sudah menjadi orang yang jujur..walaupun realitinya kini frekuensi anda daripada menipu bertukar kepada ditipu..dan anda ditipu..banyak kali..

Tahniah juga kepada anda yang dahulunya kaki perempuan..err..tak..kaki anda memang kaki lelaki dilengkapi dengan bulu kaki yang seadanya..tapi..kamu pun faham kan?? Kaki betina??..

Juga kepada anda yang perasan bersyukur dianugerahi Tuhan dengan tangan..lalu anda menggunakan tangan anda untuk membantu organ lain melakukan zina..ish ish

Tahniah..kerana anda berjaya berubah..

Walaupun dahulunya anda menjadikan redtube sebagai home page..tapi kini anda telah menukarkannya...walaupun tidak kepadailuvislam.com ataupun isla.my ataupun ohislam.com,,tapi setidak tidaknya anda sudah ubah bukan??

Mungkin dahulu anda memerlukan 1 teraBite untuk video tidak senonoh anda..tapi sekarang anda sudah delete dan empty recycle bin bukan??

Okeh aku taw Perkataan diatas terlalu keterlaluan..
Cuba kembali kepada topik asal..


dulu anda hanya membaca gosip gosip artis..,tapi kini anda menjinakkan diri untuk membaca alquran ataupun artikel berkaitan islam..,walaupun anda suka skip bahagian yang anda tidak suka

Jika anda tergolong dalam golongan di atas..dan anda juga tergolong kepada spesis orang yang baru kembali ke jalan lurus...maka tahniah untuk anda..

Untuk berubah bukan sesuatu yang mudah sebenarnya..aku pernah jumpa seorang kawan..baru jak...dia dulu terlalu syaiton..( aku tak cakap dia yang cakap) ..dulu dia seorang yang gelap..walaupun bukan keturunan india ataupun sama keturunan dengan barrack obama..dia seorang cina( jadi kulitnya putih).. Tapi yang dikatakan gelap itu adalah hatinya..aku taknak cerita tentang masa lalu beliau..nanti blog aku ni dianggap blog lucah pulak..

Dan dia memang mahu berubah..tapi dia taktaw macam mana nak berubah..pasal dia takut kawan kawan dia akan lari...jadi dia ambil keputusan untuk mencari satu sebab untuk berubah..dan tahu tak apa dia lakukan??

Dia berkahwin..dan alhamdulillah..akhirnya beliau berubah..dan kawan kawan beliau masih bersama beliau..dan lebih baik lagi..mereka ingin mencontohi kawan aku tu..hebat..

Untuk berubah itu bukan mudah dan bukan mustahil..

Mungkin dahulu anda allergic dengan sebarang nasihat..jika anda dengar nasihat..serta merta otak anda akan refleks dengan memberikan muka bosan..tidak ubah seperti bagai menuang air di daun keladi

Bagai melancap di dinding tandas..

Tapi yang bukan mudah itu tidak bermakna mustahil..buktinya berapa banyak individu yang berjaya berubah..daripada di selakan lembaran sejarah sehingga di selakan lembaran facebook page..(sila abaikan diri ini sebagai contoh..kerana aku bukan seorang yang sudah berubah...haha..)..

Ah..aku sudah mengantuk..nescafe itu tidak memberi kesan lagi

oleh itu..marilah kita sama sama..melakukan langkah demi mengejar perubahan positif..(macam ceramah politik pulak)..

 tengok tu..posisi kepala anda berubah...terbaekk!!!

sekian sahaja laporan daripada saya di katil empuk ini..minta maaf jika mesejnya tidak jelas..kerana aku dalam keadaan separa sedar..

saya Lukmanulhakim dan saya sahkan entri ini..(ni macam politik kat us pulak)

dan kepada anda yang berhajat untuk berubah..dipersilakan.kerana aku tahu..kau boleh!!!kau boleh!!!!!!kan samihah??he he

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...