03 Julai 2012

***** para ulamak

aku selalu tesilap sebut. kadang2 tu sampai tahap mengeluarkan kenyataan bodoh pun ada.

aku tingkatan empat hambali, kelas tu kira macam kelas paling psiko lah pernah wujud dalam alam fana ni. jumlah penduduk kelas tu semua 11 orang ja, tiga orang aliran engineering drawing lagi 8 tu aliran sesat biologi. 

bayangkan lah kalau ko ni memang jenis orang hati tak suci tak dapat nak terima ilmu langsung, cekgu dah terang kat depan ko masih tak paham2 jugak. oleh kerana komposisi kelas tu memang 11 orang saja, memang cekgu akan datang pegi depan meja kau lah terang sampai hati kau lurus bagai diteknik rebondingkan. nampak tak macam mana psiko kelas tu? hew hew hew

ahh kenapa aku melalut pasal kelas tu pulak ni. aku nak cerita masa tu kelas syariah islamiah. so tajuk dia sumber perundangan syariah (macam terer ja aku kan? ok tipu aku google tadi). so ustaz yang serba kool tu buat quiz lah ala-ala budak tadika yang tak mumaiz lagi. ustaz tu tanya sumber perundangan islam tu. so aku dengan bangga dan konfiden macam nak aqad nikah pun jawablah dengan intonasi 'jerit-jerit manja'.

"JIMAK para ulamak!"

satu kelas ketawa.

********************************************

nota kaki


IJTIMAK
ijtimak bermaksud sebuah persepakatan. dari segi istilah dalam konteks ni persepakataan para ulamak untuk menetapkan sesebuah hukum.

JIMAK.
persetubuhan.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...