21 Mac 2013

Perjalanan epik day#1

Jadi niatnya aku nak mengimarahkan blog ni dengan menulis liku2 kehidupan aku kali ni.

Niatnya.  Kita tengoklah nanti apa yang jadi.

20 mac 2013
6pm

Aku memang juaranya procrastinating. Aku ada masa sepanjang hari tapi jam 6 jugaklah baru mahu terkinja2 mencari money changer dan poncho. Sepatutnya aku tukar duit di pwtc tapi dengan kebijakan aku melambatkan benda (ability utama) akhirnya aku tukar di kl sentral saja. Beli poncho, beli reload celcom di tujuh sebelas dan buang reload tu di tong sampah tujuh sebelas itu juga.

Ya. Reload dalam bentuk resit agak celaka kerna mengundang keentengan.

8pm.

Sampai di lcct (baca:tambang murah punya airport). Aku selesa travel by bus. Murah n murah. Of course pasal itu saja tiada rahsia lain saya kan penjimat super handal. Kononnya.

Dalam bas sempat berkahwan dengan faizal (atau fazli, nama macam tu lah). Dia mahu berjimba dengan sahabat handai dia. Dia  cakap plan mahu ke sabah tapi since pencerobohan so dia dan kawan2 dia ke sarawak. Dia cakap dia mahu tengok flora flora. Aku cadangkan dia pergi bilik aku saja kerna bilik aku pun ada pokok. Dia ketawakan idea aku. Jadi aku suu'us zhon memikirkan dia bukan nak tengok flora pun, dia nak mengurat aweks iban.

*sepatutnya disini ada gambar pokok dlm bilik aku. Tapi aku xpandai nak tampal. Kamu orang tengok sendiri lah ya di instagram.

10pm.

Ikut itenary aku depart jam 10.05. Terima kasih kepada air asia melambatkan sampai 30 minit.

*cerita berhenti sekejap. Mana boleh main internet dalam kapal. Kau orang stay tune saja dan tweet2 lah pasal blog ni agar aku rajin nak sambung cerita srterusnya*

Spoiler alert: next cerita agak pedophile sedikit. Tentang aku dan kanak2 bawah umur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...