27 Oktober 2013

tips: bagaimana untuk terbang murah

berjaya beli tiket murah adalah perasaan menang jackpot versi halal bagi saya. setakat ni, kejayaan terbesar saya yang diukir di lembaran sejarah (atau lembaran wall fesbuk) adalah kemenangan membeli tiket air asia kl-kk return flight dengan harga RM56 sahaja. RM28 sehala untuk perjalanan 1,622 km.




so berdasarkan kajian yang saya buat dan baca, ini adalah tips-tips untuk dapatkan tiket murah.

1. beli pada masa yang sesuai

penerbangan domestik-beli 21 hari sebelum depart.
penerbangan antarabangsa-beli 11-12 minggu sebelum berangkat.

beli terlalu awal mungkin menyebabkan kita terlepas major deals yang akan dikeluarkan. beli terlalu lambat akan merasai risiko harga mahal. atau lebih teruk lagi, tak dapat langsung tiket. promo biasanya dibuat dalam 11 minggu sebelum depart.


2. beli tiket pada hari selasa bekerja.

airlines akan update harga mereka biasanya setiap minggu. dan mereka takkan update pada hujung minggu kerana masa tu ramai yang sedang membuat transaksi pembelian. selasa adalah hari update mereka. mengikut lagenda, masanya pula adalah jam 7pm GMT.

3. terbang pada hari selasa atau rabu.

hari selasa dan rabu adalah hari yang paling sedikit umat manusia akan travel (kecuali cuti).
-passenger xramai. airport lebih selesa.
-bila passenger xramai, xramai jugaklah yang buat hal. flight attendant dan akak kaunter lebih ceria.  saya suka. heee
-biasanya tiket weekdays lagi murah dari weekends.

4. compare price.
ada banyak internet tools untuk compare price. kadang2 harga companies yang kita tak pernah dengar tu lagi murah. dan biasanya airport yang lebih kecil tu lagi murah (lcct).

5. jangan gedik.
untick untuk insurans daripada airlines. kalau anda treveler, gunakan insuran yang cover travel anda, bukan setakat cover penerbangan saja. kalau jarak perjalanan dekat (less than 3 hours), tak perlu beli makanan berbayar. 

6. delete cookies anda.
fakta ni saya sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. tapi apa salahnya kita delete saja?

kita terima saja fakta ini--airlines mahukan semaksima mungkin duit dari poket (atau kredit kad?) anda. mereka cipta algoritma yang superkompleks untuk itu. tapi algoritma yang anda perlu pakai adalah:

trajis. desperat.
solo travel to bandung, indonesia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...