11 Februari 2011

aku seekor kereta Rusa yang gagah

enry ini dibuat untuk mengingati kehilang sebuah kereta
dan diplagiat dari blog kakak aku..

aku sebuah kereta Rusa yang gagah perkasa. aku banyak memberikan sumbangan peribadi mahu pun secara langsung atau tidak langsung kepada sebuah keluarga pacik Awaluddin.

aku telah berjaya membawa mereka mengelilingi satu borneo dari Tawau sehingga Kuching. walaupun pacik Awaluddin sering membuat keputusan mengejut, sebagai contoh semasa hendak pergi Brunei pada beberapa tahun yang lalu pacik Awaluddin telah membuat keputusan utk terus ke Kuching selepas tiba d Brunei. atau pun semasa sarapan pagi di rumah tiba-tiba isteri beliau hendak makan durian kemudian mereka seluruh keluarga pergi ke Spitang utk mencari durian murah. atau pun tanpa pengumuman awal, aku sering di bawa ke sana ke mari terutamanya Ranau dan Kota Marudu. tapi aku tetap mencuba sedaya upaya memberikan servis terbaik lima bintang.

tiba tiba pada suatu hari, isteri pacik Awaluddin telah membuat satu keputusan drastik. dua atau tiga hari yang lalu, pada mulanya pacik dan isteri pergi kedai kereta mahu menjual kereta Kancil, sahabat karib ku sejak dulu. tibatiba isteri pacik Awaluddin nampak ada seorang pacik mahu beli kereta Rusa di kedai tersebut. maka beliau mempromosi saya kepada pacik tersebut kemudian dia bersetuju kemudian membuat urusan kemudian selesai.

saya sedih melihat wajah tuan saya semasa saya di bawa pergi ke kampung yang baru di Kota Marudu. bertambah sedih apabila melihat wajah anak perempuan nya yg comel(kakak aku). tapi tuan baru saya ini nampak baik. saya harap dia akan melayan saya dengan lebih baik dan tidak akan membuat keputusan drastik apa-apa.

sekian la cerita saya sebagai seorang kereta Rusa yang gagah.


p/s:mintak maaf lah rusa..aku teda idea tuk wat kata2 sama kau..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...