15 Februari 2011

ceritera maulid nabi

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu wahai sekalian penduduk bumi !!..kau patut bersyukur kerana kau masih "penduduk" bumi kerana kau masih boleh duduk berdiri dan berjoli di bumi ini..esok belum tentu kau adalah "penduduk" bumi..mungkin kau akan menjadi "pembaring" bumi pasal kau dah tak bergerak lagi di kubur sana..

p/s:mood 'entri-tanpa-carut' aku dah berakhir kerana kerana terdapat ugutan daripada pembaca yang inginkan aku yang dulu..cewahh..cam cerita romantik pulak perkataan "kau yang dulu "ni..P/s-kak huzaimah..aku tak perasan..aku cool..(dup-dap-dup-dap bunyi dalam hati)

alhamdulillah..all praises to Allah..maulid nabi dah berakhir tadi..,tapi agenda perayaan akan berterusan unutk 356 hari lagi..,dan akan di renew tahun depan..,

oleh kerana aku dah dua kali menguap hanya untuk menulis 4 perenggan ini..,marilah kita terus menekan read more supaya dapat mengelakkan aku tertidur di depan komputer ini...



hhuuuaarrgghhh!!!ini adalah menguap kali ke 3..

aku tak nak kupas dan huraikan tentatif program maulid nabi tadi..,pasal aku tahu..,kau pun pergi..,(mengikut negeri masing2)jadi aku strait tu de poin ..moral value from ceritera maulid nabi adalah

huargghh..jap..jap..aku menguap lagi..

1. orang sabah ini mempunyai hati sufi..,hebat..,tingkat ground ada layar lcd..,aku nampak kat layar tu putih ja..,tapi sahabat-sahabat sabah ni boleh pulak yakin terlopong tengok screen tu..,hebat..,aku tak nampak daa..paling paling pun setakat nampak sikit sikit ja..,eh..apsal gambar orang di lcd tu semacam pucat ja semua..dah layar tu memang putih

2. jangan suka berjalan-jalan jika ada program di bangunan berkenaan..,melainkan itu adalah tawaf di kaabah..,janganlah kamu berjalan-jalan di muis..seperti saya..,kerana mungkin anda akan 'ter'beli segala macam makanan di sana..kenapa perasaan aku macam upacara pembantaian sungkai jak tadi arr??hairan ohh..

3. menjadi promoter itu payah..,kerana anda mungkin perlukan muka yang tebal sehingga ditoreh pisau pun tidak mengapa..,orang tidak memalukan anda..tapi kau akan rasa kuyak..,pasal muka aku yang tidak mumaiz ini tiba-tiba menjual skim perlindungan takaful pakej haji..tak ke orang hairan tu??syukur la aku ada janggut..,nampak cam baligh sikit

4. jangan promote skim piramid untuk jadi kaya..,kerana piramid tu firaun yang punya..,dan harta tu qarun yang punya..,dan kedua duanya masuk neraka..,jadi kenapa lagi kau nak bermain skim piramid untuk kumpul harta..

5. masuklah iman..kerana aku tahu kau semua memang dah masuk islam(kecuali mereka yang review blog ini dari rusia..weh..kamu sesat ka??)..eh..mana dah tadi..ok..masuk iman..kerana kita belum lagi masuk iman..hanya sekadar masuk islam(merujuk kepada KITA yang lebih eksaited untuk mengetahui tentang skim perlindungan takaful daripada melihat ceramah walaupun hanya di skrin putih)

entri ini memerlukan anda untuk membuat kesimpulan sendiri kerana penulis mahu tidur..huargh!!!!!

kita tutup entry dengan tasbih kaffarah dan "bismikAllahumma ahya wa amut~~"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...