30 Oktober 2013

kaki nescafe

waktu sekolah aku ketagih nescafe. sangat. sangat sangat ketagih.

kalaulah ada ujian nafas untuk menguji paras nescafe dalam badan aku, mungkin aku dalam paras bahaya. mungkin juga secara tak sengaja rupanya blood cell aku dah terganti dengan kafein nescafe tu. hmmmm.

zaman-zaman pra-matang dulu, nescafe adalah minuman ruji kitorang. minuman asasi. minuman feveret.

kalau kaya sikit (ataupun kalau junior sedekah), nescafe kami ada ramuan-ramuan tersendiri. campuran kegemaran aku adalah 3 sachet nescafe kuning + 2 sachet milo dalam bottle air 500ml. pakai air water cooler (yang juga minta junior ambilkan). super-cool. lagi sedap dari starbucks.

kalau balik bermalam ja mesti beli nescafe untuk kelangsungan hidup di asrama. kalau tak dapat balik bermalam, aku keluar bandar.

waktu dekat2 spm tu, nescafe lah minuman, nescafe lah ubat tahan mengantuk masa study, nescafe jugak lah minuman tea break lepas study. nescafe jugaklah dos yang aku ambil kalau sakit. dan kalau dapat jawab soalan add math mencabar aku akan hadiahkan diri sendiri dengan secawan nescafe 2 sachet.

oh ya, kami sebagai duta-duta nescafe meyakini dan bersaksi bahawasanya 2 paket adalah standard kebangsaan untuk air 200ml. hell yeahh!



masuk uia

zaman-zaman ni adalah zaman kegemilangan kisah cinta aku dengan nescafe. masa ni lah ada nescafe ipoh white cafe, nescafe neslo, etc etc. bila rasa kaya sikit aku lagi komited untuk melabur dalam bidang pembelian nescafe daripada melabur ke tempat lain. addiction aku bertambah lagi dengan kemudahan (kemudahan?) member2 uia yang semua pun sekepala. orang jual nescafe kat setiap floor nampak tak betapa beratnya pengaruh nescafe ni?
ni nescafe yang kena jual kat bilik cuci. kalau nak ambil je lepastu tinggalkan duit dalam bekas tu.

kat uia ni jugalah aku mencintai produk-produk nestle yahudi yang lain. tak senonoh betul dulu kat smakk jadi pm program untuk palestine, tup tap tup tap pengguna tegar barangan yahudi.

change.
isteri muda?

ditakdirkan Allah aku start consuming herbalife ramadhan tahun lalu. waktu tu mindset aku minum herbalife nak gain muscle nak energy nak sihat and nak cool dan bergaya. tu je. tak mengharap langsung ke-bergantung-an hidup aku pada nescafe ni akan hilang.

dan the best part is; aku tak sedar pun aku dah tak ketagih lagi.

gigih-gigih minum teamix untuk stay up untuk study (study atau saja-saja?). lepastu aku mula lupa dengan diet nescafe aku. benda-benda yang aku cintai selama ni  la hawla wala quwwata illa billah tiba-tiba malas nak makan. itu dia, malas nak makan junk food.

teamix ni ada 2 perisa. lemon and hibiscus dan satu lagi peach. dan oh ya. feveret aku, teamix perisa peach. sedap gila bila tambah aloe vera sikit. rasa english cenggitu.

kekasih gelapku.

plot twist.

sekonyong-konyong aku cuba balik minum nescafe. tapi apa yang jadi? aku masih suka rasa dia. tapi effect dia? nauzubillah.

bila minum nescafe sekarang ni. aku akan sugar high (gula tinggi?). aku tak tahu sugar high ni clinically betul atau tak. tapi bila aku minum, ni yang akan terjadi:


  • parkinson. tangan aku akan bergegar-gegar dan rasa sejuk. kaki pun rasa masyaAllah sejuk.
  • susah nak becakap. lidah rasa malas nak gerak.
  • bodoh. ini serius. bila minum nescafe aku akan jadi bodoh. ya aku akan awake tapi aku tak boleh study atau buat assignment. rasa bodoh gila tak boleh nak gerakkan neuron dalam otak ni haaa (memandai je..). so biasanya bila aku terpedaya dengan diri sendiri untuk rasa taste of nescafe tu, malam dia aku akan termenung je sorang-sorang tak buat apa. lepastu guling-guling kat katil cuba nak tidur; tapi gagal. dan teruskan termenung lagi. repeat sampai subuh.


teamix herbalife.

so apa aku buat untuk stay up? kadang2 hidup yang cruel ni memaksa kita untuk tidur lambat atau tak tidur langsung. contohnya hari ni yang mana implikasi aku tangguhkan buat lab report maka memang aku kena buat sampai larut pagi ni haa. padan muka aku.

aku minum teamix herbalife + NRG tea.


lets skip the clinical part. aku bukan budak medik atau farmasi yang nak berdakwah dengan terms-terms yang saintifik bagai tu. ni adalah testimoni aku sendiri.

aku start consume herbalife adalah pada hari pertama ramadhan 1433. efect dia pada energy masyaAllah over-active sungguh aku bagaikan kanak-kanak mumaiz. kalau aku minum lepas solat tarawih, insyaAllah memang tak tidur lah aku sampai ke jam 3. jadi akhirnya aku tak minum dah teamix ni malam-malam. aku minum waktu sahur dan iftar. sampai sekarang kalau dah niat puasa esok, malam ni tak minum teamix dah.

bonusnya; boleh bakar lemak jugak!

NRG tea.



kalau teamix tu lebih kepada energy dan bakar lemak. NRG ni pulak lebih kepada otak. again, aku pun tak tahu apa reaction yang berlaku biologically dalam badan manusia sebab aku hanya insan student engineer biasa. yang aku sedar bila minum NRG ni kita lebih senang untuk fokus pada satu2 task tu. haaaaa kalau nak buat assignment atau study bagus sangat lah tu kau orang minum NRG ni.


wrap up.


  • nescafe membuat saya dumb.
  • herbalife teamix -by Allah's will- buat lebih saya lebih energetic.
  • jika anda nak, saya adalah herbalife coach. saya boleh membantu anda untuk lebih sihat. 
  • 0145561756 yes itu number saya dan yes anda boleh call number itu jika berminat! (pada produk bukan pada tuan punya badan-harap maklum)


yours truly, 
lukman awaluddin,
30/10/2013
4am
fueled by herbalife. (dengan kuasa Allah)

4 ulasan:

  1. last night aku minum neskepe 3 in 1 white coffee perisa hazel nut kerana nepsu yg membuak buak ingin merasa apalah sedapnya sangat hazel nut kupi ni.

    dan sememangnya aku BUKAN lah peminum tegar kafein lagi lagi 3in1. prefer the bancuh sendiri more.

    1 stick neskepe aku gagal habiskan. aku hanya minum beberapa sip sehaja tapi efek nya nak harom sampai subuh aku nda dapat tidur. yg lagi menariknya aku ada kelas jam 8.30 (ohya which was i skipped this class kerana tidur lepas subuh. bodo)

    antara said efek lain ialah jantung anda seakan akan hendak melompat keluar.

    pengajaran daripada kisah neskupi hazel nut saya ini ialah jangan minum neskupi dimalam hari walaupun nepsu anda membuak buak inginkannya bagai baru lepas telan pil ekstasi 12 dozen.

    sekian kisah neskupi kacang hazel saya,
    narrated by sopiha hayungni.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...