19 Oktober 2013

mari mengkaji jenis-jenis permusafiran aku.

aku bukan jenis budak aktif kat sekolah. kat laporan kokum aku pun aku just boleh bangga dengan pencapaian 'sukan' aku sampai ke tahap negeri - johan kawad kaki msss. sukan lah sangat. but lately aku jumpa survivor soul dalam diri aku.

hashtag-cewahhhh

aku travel person + solo adventure. bukanlah adventure sangat sampai panjat gunung segala. sebabnya badan aku ni bukan nak tough sangat pun. kalau kat rumah orang gaji jugak yang angkat tong gas tu, kalau harapkan aku, heh. hopeless.

aku lebih kepada surviving adventure. letak aku kat mana2 tempat dan aku -insyaAllah- akan figure out macam mana nak hidup. so mari kita mengkaji this-self acclaim- jenis permusafiran aku!


i.  family trip.
jkt-bdg. macam biasalah- fotografer memang takkan masuk gambar punya.


jumpa gambar lama beb

family trip adalah sejenis trip yang paling aku gemari sukai dan cintai!! the main reason adalah ofcourse sebab dengan family sendiri lah kan? bila jalan dengan family rasa dia lain sikit daripada jalan dengan kengkawan ni. dan point paling penting, tak perlu nak berbajet hahaha. sumuanya fully sponsored.

ii. trip dengan travel agent.



sebenarnya aku tak pernah langsung ber-travel agent nih. seriusli sebab memang semua famili members aku terdiri daripada mereka-mereka yang tidak menguntungkan profession travel agent ni. *sori anda-anda yang kerja travel agent wahahaha*

jadinya pengalaman terdekat aku dengan travel agent ni bila trip dengan famili herbalifers ke bangkok hari tu. bila dengan travel agent ni best jugak lah sebab ada makhluk yang akan terangkan pasal benda-benda sekeliling kita tanpa kita bukak wikitravel dan tripadvisor.com . tapi personally aku kurang nak suka bila itinerary kita perlu ikut waktu kerja mereka. dan biasanya (biasanya-tak semestinya), interest kita tak sama. kita suka fotografi-fotografi ni haa tapi dia bawak pegi universiti. jadah.

iii. travel dengan kawan-kawan.

bukanlah trip sangat pun

ni kawan-kawan herbalifers yang supercool

aah mereka lah ni. yang kool tadi tu.

yang ni sumpah osem, tak kisah lah dalam malaysia ni gak ke atau luar mesia ni. bila dengan kawan kita boleh lepak puas-puas. boleh buat parti liar ---tetapi tanpa alkohol dan gadis penari tiang--- dan boleh buat kerja gila. biasanya kalau travel dengan kawan-kawan lelaki ni memang tak perlu tidur malam sebab bila beberapa otak masuk air bersama, maka terhasillah perangai-perangai yang nauzubillah bukan calon menantu langsung!

iv. solo trip. loneranger. solo traveler. sukati korang lah nak namakan apa pun.

loneranger ke bandung.

yang ini! aku takkan tulis macam mana perasaan dia. korang kena test sendiri lepastu tulis kat blog masing-masing. sekian.

v. solo ride.

somebody said siam?


yang ni aku baru je rasa sekali dan ya Allah subhanallah. doakan aku murah rezeki untuk beli motor baru dan buat solo trip ke siam pulak.

pleaseeee.

----------------------------------
Q&A:

Q: kenapa prefer solo trip bukan group trip?
A: sebab belum kahwin. lepas ni insyaAllah dah kahwin aku akan buat travel secara couple pulak. dah ada 9 anak nanti buat 'lawatan sambil belajar kelas' pulak.


Q: if Allah bagi rezeki. what is your plan.
A:

1. kembara ke tanah suci. ikut jalan darat. pakai motor.
 2. backpacking ke europe. kali ni dengan perancangan penuh. macam enawati buat ni.

3. merentasi europe. by bicycle. inspired by zahariz. do check his blog. http://zahariz.wordpress.com/


4. to travel with you! yes you who read this! *wink wink*




5 ulasan:

  1. ess. xdapat bukak ulak si enawati punyah nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. join group malaysian backpackers club kat fb.

      https://www.facebook.com/groups/backpackersmalaysia/

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. lukman!!
    bagi lagi banyak2 tips bah..aku pun maw travel macam ko ni.
    kos ko pi indon tu average berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti aku buat 1 entry untuk indon tu.

      naaanti.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...