14 Februari 2011

manualkan diri anda dalam solat

sebenarnya aku bukan nak tulis title seperti di atas tu..kalau boleh aku nak tulis "yay!!aku dah ada lesen". tapi dek kerana takut riak+takabbur+sombong+minta puji =masuk neraka tingkat basement..jadi atas rasa kesedaran sivik yang tinggi aku ubah title tu..(ataupun sebenarnya saja ja nak minta puji-pujian anoying manusia semua..aku harap korang puji ketawaddukkan aku)..

perghh..arakian begini lagi kompom masuk neraka tingkat lower ground level 7..

moral pertama untuk hari ini - jangan sombong seperti aku jika anda tidak mahu masuk neraka-yang-korang-pun-tak-mahu-juga..

mari sama2 tekan read more untuk bacaan seterusnya




seperti apa aku kata tadi..errr..bila masa aku berkata-kata aku menulis lah!

ok mulakan semula.
seperti apa yang aku tulis tadi..sebenarnya aku nak buat entri untuk diri sendiri..untuk puji diri..tapi kerana terfikir untuk menjadi bahan bakar di neraka bukanlah hobi yang elok dilakukan di hari kebangkitan kelak..aku cuba ejas entri ni supaya menjadi lebih menjurus kepada kebaikan..,ataupun lebih memuji diri sendiri dengan caraku yang anoying..hahaha


teringat masa test jpj minggu lalu..,masa masuk kereta tu..semua mesti dilakukan dengan tertib..masuk kereta,betulkan kerusi,betulkan cermin,..etc..etc..(aku malas nak hurai..weh..ini blog personal la..bukan blog belajar memandu!!)

semuanya dah kena lakukan dengan manual..bukan setakat gear sahaja yang manual..tapi segala-galanya..dah masuk kereta buat 5 perkara. (selain daripada tanya nombor telefon anak examiner korang).

kalau nak potong kereta..,ambil pisau dan potong dadu.letak gear rendah..,tarik minyak kuat2..pastikan lorong kosong dan cilok lah dengan bergaya!

kalau nak masuk round about..,perlahankan kenderaan ,hidupkan signal jika perlu,lihat kereta dari arah kanan,jika tiada boleh jalan..,jika ada sila buat muka anoying kepada pemandu kereta tersebut. dan bersedia jadi mangsa langgar lari hahahah

kalau nak masuk simpang.., perlahankan kenderaan..,hidupkan signal..,letak gear rendah..,masuk lorng jika selamat dan padamkan signal..

arghh..kenapa aku tulis semua ni!!(buat-buat lupa padahal saja nak bagi panjang entri)

tapi itu cuma masa belajar memandu saja..masih nerd dalam jalan raya..,satu masa nanti..,bila dah jadi "veteran" di jalan raya(exxaggerate sangat..guna perkataan "insane" boleh tak? ok la "pro" la)..bila dah pro..semuanya dah jadi automatik..walaupun itu adalah kereta kancil warna biru yang manual..

contohnya,bila nak masuk simpang..,secara automatik tangan akan tekan lampu signal..,tangan kiri pun akan pegang gear..kaki dah boleh pijak clutch dan brek .,tangan selamba putar stering..easy..kita tak persan pun semua tu berlaku..

bila nak masuk side parking..secara automatik semua anggota bergerak untuk letakkan kereta di dalam kotak secara comel lagi bergaya..kita tak perasan pun..

bila kena call secara automatik tiba2 ja tangan boleh capai telefon bimbit dan berborak sambil ketawa2 sambil memandu. walaupun masih memandu di highway dengan kelajuan 90km/h..

bila ada polis atau road block secara automatic anda akan pasang seat belt..betul tak? hehehe

bila nak potong kereta secara automatic kita ambil pisau untuk "potong" dan cincang kereta tersebut..hohoho(aku cuba masukkan unsur komedi pasal aku pun dah menguap baca entri sendiri)

begitu juga dengan solat(baru nak masuk tajuk..tadi tu muqaddimah ja)

dulu..masa kecik2 dulu..kalau solat semua manual..kalau lupa rakaat tu muka akan berkerut nak fikir ini rakaat ke berapa..atau berkerut jugak muka aku biasanya bila nak baca doa qunut..afait qadait pun boleh lari..

atau..aku mengajar orang yang muallaf sekarang ni..dan mereka juga sembahyang dengan transimisi manual..kalau yang amatuer sangat tu aku advice dorang letak ja buku panduan solat tu dengan gambar2 orang sembahyang di sejadah..,tak la kau dikira sembah berhala letak gambar2 orang solat depan sejadah..,

dan dua kumpulan itu..biasanya konsentrasi yang tinggi bila solat..pasal dorang tak fikir lain dah kecuali "okeh..lepas ni nak buat apa pulak","ek..apa kena baca ni arr?",atau"stedi2..lukman tengah tasmik..jangan gabrah..dan jangan gairah dengan lukman pulak"

oyeahhh!!!!!!

tapi untuk golongan seperti kita ni..sembahyang telah di synchronizekan dalam diri sendiri..tup tap tup tap dah abis 4 rakaat zohor..dan kembali ke pc semula untuk layan fesbuk..

itu lah kita..(merujuk kepada diri aku..korang yang tak seteruk aku boleh baca "kita" sebagai "mereka")

dan boleh pulak tu tidur tidur angsa masa sembahyang subuh..

dan masa rukuk boleh pulak teringat "ek eleh..kunci keta aku kat laci la pulak"

dan masa sujud leh pulak "imam ni mati ka hape?..lama giler sujud dia.."

dan masa tahiyat boleh pula "kasut playboy aku tu masih kat tangga masjid ker arr??harap2 la tak kena curi..amin 44x"

dan bila baca al-Fatihah "pendek jer la pulak si lukman nih,cakap besar kat blog jadi ultraman"bisik jemaah sebelah aku dalam hati

dan bila salam solat isya' pada malam jumaat "oh..aku nak balik rumah awal..nak bersetubuh!!"(hanya aplicable kepada yang dah ada bini..orang seperti saya yang belum kahwin bolehla tukar "bersetubuh" itu kepada qiamullail..cewahhh..pandai giler aku berlakon)

jadi aku menyeru kepada anda
mari kita kahwin awal-awal

eh..salah taip..
marilah kita manualkan solat kita

kita cuba sebut dengan jelas bacaan2 dan datangkan ke fikiran kita tentang maknanya..jangan fikir apa apa sekalipun hatta strategi berdakwah ..kerana most of it gangguan syaitan yang inginkan company untuk dirinya di neraka kelak..

p/s-sebenarnya isi yang aku nak sampaikan hari ni perenggan di atas tu jak..yang lain2 perenggan di atas hanya penyedap mata..rugi korang baca kat atas tu..kan baik terus scroll down kesini..hehehe..

p/s2-kepada bapak bapak di luar sana jika anda mempunyai anak gadis yang belum berpunya sila tinggalkan no.telefon anda(pakcik punya..bukan anak gadis pakcik punya..saya ni jentelmen pacik..hohoo..riak buat kesekian kalinya) dan tinggalkan juga saiz pinggang anak pakcik agar saya bisa memilih..hohoho

p/s3-jika anda ada tips untuk lebih khusyuk dalam solat terutamanya untuk orang yang lalai seperti saya sila tinggalkan di ruangan komen

roger and out!!mari sembahyang zohor secara manual!!!

terima kasih kerana membaca sampai perkataan yang ke 814 INI

3 ulasan:

  1. asal ak bca entry ko,automatik tgn ak mo tulis sini.pergh,kalo cmni bgus ko msuk rajalawak.nda pun imam muda(ak rasa kna tndg jak ko nti).

    BalasPadam
  2. nda paya lah..ak x pikir kna tndg..tp kalo masuk pn nda dpt cemana??pndi kau mo blogwalking kat sini ek..hohohoh

    BalasPadam
  3. ak pun xtau cmna mo ujudkan ruang komen cam ko ni.posting jak ak tau hehe.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...