23 Februari 2011

mati itu pasti..hidup itu insyaAllah

perit.hiba.sedih.sayang.syukur.itu semua ada pada diri ini.pada saat ini.

entry ini ditulis hampir tengah malam..waktu yang jarang aku dapat menulis..di saat jari jari ini yakin memicit-micit keyboard hitam..saat yang sama di hati ini menanggung seribu satu perasaan..dan air mata mula menitis di atas keyboard hitam yang sama..sambil memekakkan telinga kepada semua sumber bunyi..kecuali bacaan sang imam syeikh misyari rashid alfasi..

otak ini gagal memikirkan apa yang patut aku tekan di keyboard ini..tapi tanganku masih rancak menekan..walau tergetar-getar

baru tadi..seorang sahabat,rakan,da'ie,dan mujahid pergi meninggalkan kita..kerana falsafahnya masih sama seperti tadi..mati itu pasti..hidup itu insyaAllah..

aku masih kehilangan kata-kata..jari jari runcing yang dahulunya rajin membuat makian dan carutan ringan kini kian kaku..tidak selincah dahulu..kerana aku masih terfikir..mati itu pasti..hidup itu insyaAllah..

aku bersyukur kepada Tuhanku yang maha BEST..because i have no doubt about his planning..kerana aku sebenarnya dengki..dengki dengan jemputan Nya dengan teramat istimewa..

Allahyarham Syed Abdul Rahman Wan Ahmad telah mendahului kita dengan rebahnya beliau di atas sejadah sewaktu solat fardu zohor..indah penutup beliau..husnul khatimah

dan kita..aku kau dan mereka..masih menunggu jemputanNya..cuba kau fikirkan..cuba aku fikirkan..dan cuba kita fikirkan..bagaimana penghujung kehidupan dunia kita??..

mungkinkah kita akan rebah di sejadah juga..atau sekadar tidak bergerak dari katil..atau mati sewaktu menonton bola..atau mungkin juga kita mati sewaktu aktif melakukan dosa maksiat..mati di depan screen komputer,,atau setakat mati ketika menguap..cuba fikirkan..mati itu pasti rakanku..iyanya pasti..dan hidup itu hanya jika diberi..tolong berfalsafah dengan kematian..

argghh..jari jari ku enggan bekerjasama lagi...aku sudah habis ketik-ketikan keyboard..posisinya sudah berubah..daripada bekerja di keyboard hitam ini berpindah kepada kerja-kerja membersihkan air-air menitik di pipi..

weh..kau..aku tujukan kepada kau pembaca..dan kepada diri sendiri..sediakah kau untuk mati??
aku ulang soalanku sekali lagi..sediakah kau (dan aku) untuk mati??
mungkin kau cakap kau belum sedia..tapi sampai bila??
mungkin juga ada yang masih teragak  untuk menjawab..
apa kau fikir solatmu yang jarang itu boleh dicover oleh solat jenazah tanpa rukuk dab sujud itu??
apa kau fikir pelaburan kau kepada agama itu boleh dicover oleh belanjawan kepada kain kafan pembalut kau nanti????yang mana itu pun mungkin sekali ihsan jabatan agama negeri!!
apa kau fikir amalanmu sudah cukup untuk menjawab soalan solan di liang lahad nanti??
tidak!!tiada kemudahan seperti copy and paste di sana..tiada juga kemudahan reTweet..tiada itu semua!!!
dan apa kau fikir hartamu yang setinggi langit itu boleh membeli tempat setaraf hotel di alam kubur??sesekali tidak..cuma lubang 7 kaki dalam beserta kayu-kayu menjadi tempat semadi kau..
dan mungkin kau fikir dengan keretamu yang mahal??keretamu yang mahal itu tidak sesuai untuk mengangkat jenazahmu!!
dan sinetron ataupun OST di kaca tv??tv lcd yang besar di ruang tamu itu tidak kau angkat ke alam kubur..(lagipun mana ada bekalan eletrik dalam kubur)
mungkin sekali handphone kau canggih..tidak seperti edisi braham bell lagi..tapi handphone canggih kau juga tidak digana untuk berhubung..tiada telco di alam kubur
dan akaun facebookmu juga akan dibiarkan walau penuh wallmu dengan kata-kata takziah..tapi kau tak mungkin dapat membacanya..

mati itu pasti..hidup itu insyaAllah
berfalsafahlah dengan kematian..kerana itu falsafah pasti
lets us ignore it,no more!!

2 ulasan:

  1. ssah btul.bru jak mo feeling ngn entry atas,sdh msuk lwk sposen dy.nda phm ak pa feeling ko tym tulis entry atas ni.ish2.(skdr ulasan smata2)

    BalasPadam
  2. ak dlm feeling lelaki tabah...sila rujuk air mata mula kering..hohoo

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...