10 Januari 2012

ta alif lam ya fa waw nun : bahagian satu

tiga ratus enam puluh lima hari.

itulah masa yang aku ambil selepas kali terakhir aku beli handphone. cuba lah kira berapa lama tu. sangaaaat lama. nampak tak usaha aku dalam berjimat ni?sungguh aku terharu kerana mampu tahan nafsu teknoloji untuk beli henfon baru. aku rasa aku dah layak menganugerahakan piala nobel kepada jiwa raga aku kerana berjaya berpuasa henfon *muntah hijau*. dan sekali gus telah membuktikan betapa setianya aku pada si peria

oh ya, peria adalah nama timangan yang comel aku bagi kat handphone xperia x10 aku. aku rasa sangat penyayang bila dapat menamakan barang-barang sekeliling aku. ok, aku tipu. nama tu aku baru je reka masa aku buat entri ni supaya kelihatan sedikit urban. *peluh besar*

sedikit latar belakang yang aku dapat korek tentang peria ni adalah, beliau adalah telefon pintar aku yang pertama. beli secara ansuran daripada bank fama (father mother). beliau agak agresif dan sukakan cabaran dan halangan. jarang sekali beliau dipakaikan segala jenis skin, housing dan pouch semua itu. beliau agak agresif kerana suka melompat-lompat. ohya, beliau juga agak nakal, sukar diramalkan. alah faham-faham je lah telefon, emosi mereka, tidak seimbang dan sentiasa rasa ingin tahu rasa terjatuh. biasalah telefon ye dak?

ini lah beliau. walaupun menghadapi hidup yang berliku tapi masih juga setia kepada aku. sob sob terharu *menangis*

jadi sebenarnya asbab aku membeli telefon ini adalah;

1. memenuhi keperluan bisnes aku waktu tu.
2. nafsu serakah kepada teknoloji
3. keperluan kepada kamera (takyah beli kamera. konon lah)
4. nafsu serakah kepada teknoloji
5. kawan-kawan aku selalu tanya pasal henfon. so aku kena rasa hand to screen dulu
6. nafsu serakah kepada teknoloki
7. modal untuk pikat mak mentua. eh tiada kaitan

jadi hari ni aku nak cerita tips untuk membeli telefon pintar.

eh jadi dari tadi tu apa? muqaddimah je? buang masa betul lah!


platform.


IOS


IOS adalah sistem operasi kepada peranti apple. iphone, ipad, dan ipod touch. kelebihan IOS terbesar adalah ia boleh seru segala jenis aplikasi. apps untuk IOS bagi aku adalah terbaik dari segi kualiti bagi aku. dan game-game menarik pun biasanya akan masuk ke platfom IOS dulu. satu lagi yang paling osem adalah browser. walaupun browser apple tak support flash tapi kelajuan dia adalah yang terbaik mengikut hemat aku. hohoho. eh tapi sebenarnya browser meego (nokia n900) lagi best. tapi malam ni beliau tidak ikut bertanding. maka IOS menang di parlimen browser.*tepukan politik*

apa yang aku sangat tabik spring pada IOS ni adalah ability dia untuk processing semua perkara menggunakan RAM dan Processor yang kecil berbanding peranti android yang lain. 1GHz processor dan 512 MM RAM (iphone 4s). setakat sentuhan aku tiada masalah lagging. kalau nak banding dengan peranti android yang sekarang ni dah pakai 1.4GHz dual-core. tapi performance sama saja dengan iphone

satu lagi kelebihan terbesar iphone adalah accesories. seriusly kalau korang nampak kedai jua accesories korang tak perasan ke barang iphone jadi kewajipan? daripada casing yang sumpah comel sampailah streo system dan lagi sakit hati bila kereta anda hanya support kabel iphone dan ipod.

satu lagi kelebihan dia adalah kerana apple adalah satu-satunya pengeluar iphone. maksudnya upgrade cycle hanyalah berlaku sekali setahun. ertinya bila anda beli iphone hari ini anda kekal osem sehingga tahun depan. dan kekal bergaya sehingga 3 tahun kemudian. jika korang jual iphone korang tahun depan, harga hanya jatuh sedikit, banding dengan android.

the downside off iphone mestilah harga dia. 512 MB RAM 1 GHz processor, dengan battery yang tak leh nak tukar, berharga minima RM 2,199. 

satu lagi keburukan iphone adalah, korang perlu menjadi 2 kelompok manusia kalau nak rasa betul2 untung.

1. kaya raya untuk beli apps, kerana apps yang best kebanyakannya masih berbayar.

2. pandai teknoloji untuk jail-break semua. agar boleh guna apps yang mahal-mahal tersebut free.

pro
apps gila babeng banyak
senang faham, senang guna

cons
tak customizable
tiada bentuk lain (keyboard fizikal ke apa)


android

android keluar dengan sangat (sangat- sangat) bentuk dan pilihan. kelebihan pertama adalah kerana ianya dimiliki oleh syarikat google sendiri. oleh itu semua google apps adalah tersedia (termasuklah google maps yang agak osem kerana free)

namun begitu (penanda wacana, bapak hebat aku menulis malam ni), walaupun apps andoroid pun sekarang tengah berkembang sangat-sangat pesat. tapi kualiti aplikasi android agak kurang berbanding IOS. satu cabaran terbesar kepada pengeluar apps adalah kerana terlalu banyak sangat form factor. daripada 3.2 inci sehingga 4.7 inci. daripada ada 3 sahaja butang fizikal sehingga qwerty penuh. itu adalah masalah bagi developer.

pengalaman terhebat kepada peranti andoroid adalah kustominasi. sebelum datang kepada pengguna lagi kilang dah buat customisation kepada kulit (skin) atau user interface peranti mereka. ada yang waw sangat osem dan ada yang euwwwww. bagi aku user interface yang osem gila gila adalah htc dengan htc sense mereka.

yang paling penting adalah, kebebasan anda untuk mengunbah sendiri bentuk user interface peranti anda, daripada setakat menukar wallpaper sehingga menggunakan home screen daripada apps yang ada. membuatkan anda rasa osem dan tukarkannya setiap bulan. ahahaha pengalaman

peranti android keluar dengan variety pilihan yang amat-amat-amat besar. daripada yang bentuk candy bar sehingga yang ada keyboard vertikal dan horizontal. daripada yang harga berkualiti kepada murahan daripada china. namun begitu aku tak galakkan korang beli yang jenama ntah apa ntah tu. kerana penyesalan menanti anda di sudut selekoh (arround the corner). 

satu lagi downside kepada peranti android adalah kerana pengeluarannya yang terlalu besar. ertinya posibility anda untuk mempunya accesories handphone anda pun akan berkurang. nak cuba? pergi ke kedai dan minta pouch xperia neo kaler purple. ada?

dan keburukan daripada kelebihan tadi yang kedua, peranti android akan maju dan berkembang setiap minggu. tengok saja pada samsung daripada ace, s,sii, w, y, note argh banyak lagi.sony lain lagi. jadi bila anda membeli telefon anda tahun ini, harganya akan jatuh gila gila punya tahun depan. dan untuk menjual balik telefon tersebut agak mengguris hati kecil ini. telefon aku beli awal tahun lalu. masa tu xperia x10 adalah android leading benchmark. dengan screen 4.0 inci adalah amat osem masa tu. aku beli dengan harga RM1350 masa tu. sekaran xperia x10 orang dah tak pandang. argghhh!!!*tekanan jiwa*

pros
sangat banyak pilihan
sangat boleh diubah suai
harga tidak 'insane'

kontra
agak susah untuk dipelajari
harga jual semula sangat murah


blackberry

blackberry adalah untuk mereka yang di kelas mereka sendiri. yang suka bermesejan dan bersosialan. 

dari segi aplikasi, beri hitam ini adalah paling lemah. dengan pilihannya yang amat sikit dan kebanyakannya adalah berbayar. dari segi kualiti apps jugak tidak memberansangkan.

bagi aku blackberry adalah bukan smartphone. tapi masuk ketegori smartphone kerana orang yang menggunakan blackberry adalah smart people. oh ini bukan kelas first impression. namun bagi aku kehebatan blackberry adalah daripada plan bayar nya. harga termurah untuk mendapatkan internet untuk telefon pintar anda adalah dengan blackberry + umobile (sehingga artikel ini ditulis). dengan harga serendah RM18 setiap bulan itu sangat osem untuk update status dan tweet walaupun waktu solat jumaat.

jadi kelebihan beri hitam ini bukan sewaktu anda membelinya. tapi selepas setahun anda menggunakannya kerana jumlah bill dan device anda adalah lebih murah daripada android dan apple. 

namun begitu daripada segi harga, peranti dengan 1.2GHz, 768 RAM dan 5MP kamera (bb torch 9810), harga RM1988 (rrp dari digi)bukanlah harga mampu milik aku. wahahaha.


pro
data plan sangat murah
keyboard sumpah sedap

kontra
sangat tidak boleh di kustomikasi
reka bentuk booring




eh rasanya panjang sangat pulak entri kita kali ini ya. kita sambung di rancangan yang sama di hari yang lain ok?

teaser entri selepas ini
-hardware pulak. dari tadi software je
-AP atau ORI?
-beli cash atau beli dengan konrak?
- perbandingan harga data plan
-apa idea yang keluar masa aku belajar math nanti. wahahaha

oh ya, siapa yang faham apa erti title kita tadi?

sila-sila scroll ke atas semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...