07 Januari 2012

tiada tajuk.

mahallah office telefon. suruh aku datang ambil kunci bilik baru sekarang.

aku ambil, cek matrik kad aku dapat bilik ukc315b. bilik lama. heavennya 2 bulan aku duduk tingkat satu dan tingkat ground. pegi surau turun tangga lalu kedai printing dah sampai. pegi makan lagi senang. kalau mamak tu masak roti planta aku buka pintu bilik pun dah dapat hidu. air kat tandas super duper kuat. pegi kelas 5 minit sebelum lekcere masuk. ah sungguh sorga.

lepas ni kena masuk bilik tingkat 3. awal pagi bangun mandi pegi kelas badan dah bau balik pasal turun tangga jauh sangat (cuba baca dengan satu nafas ayat tadi. hahaha). kalau pergi makan naik bilik semula, bukan setakat kalori, dengan tenaga semua dah habis bakar sebelum sampai bilik. dah sampai bilik lapar balik dah.

abang tu cakap,
"dik, lepas dah pindahkan semua barang ke tingkat atas boleh letak kunci bilik lama di sini ya dik. cepat sikit dik nanti office tutup"

apa aku buat?
update blog. terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...