25 Februari 2011

air mata yang mula kering

wahai air air berharga di mata..janganlah kau jatuh ke pipi lagi..sungguh aku tidak mampu untuk menahanmu..lalu bertahanlah kau di mata itu sahaja..cukuplah yang beberapa liter itu jatuh kelmarin..sungguh..aku tidak mampu

tapi air mata itu jatuh juga
dan hati ini masih menduka juga

aku bukan pencerita yang dapat bercerita..aku cuma mahu pengkhiran hayat aku seperti kawan aku..kliklah readmore


aku tidak mahu menangis

tapi air mata itu jatuh juga
dan hati ini masih menduka juga


sebenarnya aku memang nak buat entri ini 3 hari yang lalu..22 februari itu..tapi aku tidak berdaya..lalu ku gantikan sahaja dengan entri yang bagaikan penulisnya berhati tabah itu..kerana menulis bait bait kata seperti ini memilukan..sungguh..aku pilu..walau menahan air mata

tapi air mata itu jatuh juga
dan hati ini masih menduka juga


hari itu..hanya beberapa hari kelmarin..

aku baru habis berjoli..mengindahkan dunia sedang menggelapkan akhirat..masa tu aku baru nak balik rumah..masih di sembulan..terperangkap di kesesakan jalan raya..

"new message from samihah"
aku biarkan..mata masih di jalan raya..walau kereta tidak bergerak
"new message from najwa"
masih biarkan.aku tak kisah..aku masih pemegang lesen P..belum cukup alasan untuk membaca message di atas jalan raya
"call from syuari"
"new message from ardi"
kali ni aku tak biarkan lagi..mencapai handphone di tempat duduk kiri..slide to unlock

assalamualaikum.w.b.t
kpd rakan2 smakk sekalian..sy minta anda smua dpt sedekahkan alfatihah kpd rakan kita..allahyarham syed abd rahman wan ahmad yg bru shj mnggal pd tghhari 22hb feb 2011..smoga Allah mrahmatinya..Amin..

kena hon oleh kereta di belakang

tekan minyak..tarik clutch..berfikir..eh..apa aku baca td??

masa kereta masih bergerak..aku mencapai semula handphone di bangku sebelah..membaca semula "allahyarham syed abd rahman wan ahmad"..

dan baca lagi
"allahyarham syed abd rahman wan ahmad"

tapi tidak pecaya..
aku terfikir semula prank2 sebegini memang pernah terjadi.tapi..

mencapai handfree dan sumbatkan ke telinga..tangan menekan phonebook dan menekan sekali lagi nama arif arham..panggilan disambungkan..

"eh..ko suda dengar cerita ka??"(serius..aku teda bagi salam)
"cerita pa??"
"syed bah..syed abd rahman"
"napa??"
"dya suda meninggalkah??"
"eh..ko janganlah pecaya!!dari sepa lagi ko dengar nih?ko tau kah dulu bla bla bla bla(cerita pasal prank kematian yang pernah berlaku..aku taknak letak nanti entri ni panjang sangat)
"bah bah..cuba ko tanya yang lain..aku sedang driving nih"
"bah"

seketika kemudian..handphone berdering..slide to answer
"ui..assalamualaikum"pasal arif yang call..maka adalah salam
"waalaikumussalam..cemana??"
"eh betullah.. innalillahi wainna ilaihi roji'un"
aku senyap..seketika.."jadi cemana sekarang ni??"
"nda tau la man"
dan cerita pasal ambil mengambil..jumpa berjumpa

walapun sudah lima perenggan aku tulis..kereta itu sebenarnya baru bergerak ke tanjung aru..

kehilangan kawan bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterima..

tapi air mata itu jatuh juga
dan hati ini masih menduka juga

kehilangan seorang rakan,,memang memilukan..
aku tiada maasa main futsal last dengan dia hari tu..
tapi hari-hari terakhir aku di sekolah..aku bergangtung dengan tualanya..(aku tahu memberitahu perkara ini kepada anda bukanlah idea yang baik..tapi itu saat terakhir aku dekat dengan arwah..walau tualanya sahaja)

aku masih ingat dia pernah ajak aku pergi keluar 3 hari untuk berdakwah..makan maggi dan mee sedap sama sama di bilik aku..lepastu budak budak yang kena suruh jual nama aku dengan cegu..nasib baik aku nda kena marah..kan??
minum milo dan nescafe walaupun nisbah air dan serbuk memang tidak sekata..tapi manis itu sedap..kan syed??
aku masih ingat kau cuba hafal ayat 21 hingga habis surah alhasyr..kau lagi cepat hafal dari aku kan??tapi aku dulu bawa dalam solat jemaah baru kau..kan??
aku masih ingat kita hafal sama sama carbon compund last minit sebelum masuk dewan exam..kita konfius kan pasal hydrogenation dan hydration??ingat..hydrogenation itu alkina kepada alkana..kan??
lepas tu kita arghhh..sudahlah..

tapi air mata itu jatuh juga
dan hati ini masih menduka juga

yang pergi itu pergi..ya..kerana mati itu pasti..hidup itu insyaAllah..berfalsafah dengan kematian seperti bro hamka

lets us ignore it..,no more!!

2 ulasan:

  1. man..man..man... wuaaaa..... feel tears wanna fall again when read this entry................ if i could share this ... i would... hua~~

    BalasPadam
  2. @sofya nadwah..be storong sister

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...