17 April 2011

hari hari penuh makna

(takan korang xmo tekan like kat atas nih??)

dua hari baru berlalu..dan dua hari itu,..amat bermakna bagi diri ini..

sabtu itu
"assalamualaikum, nama saya _____________(tempat kosong tidak dapat diisi kerana penulis tidak dapat menghafal nama si pengucap)..saya bekerja sebagai orang gaji di keluarga _________(tempat kosong lagi kerana sebab yang sama),..saya memeluk islam pada beberapa tahun lalu kerana saya amat tertarik dengan kasih sayang yang terdapat dalam islam yang ditunjukan oleh majikan saya,..(penonton mengucap hamdalah dan tepukan),..saya ada dua orang anak,..mereka sudah berkahwin dengan orang2 kaya..hidup mereka senang sekarang,..pengalaman pahit saya adalah,..sampai sekarang kedua dua anak saya tidak dapat menerima saya kerana saya menukar agama,.saya juga tidak dapat pulang kampung kerana keluarga di sana tidak menerima saya lagi..(penonton bersedih..air mata keluar dari kelopak mata makcik seorang ni)



klik readmore bawah ni




sabtu itu dan ahad itu sebenarnya plot ceritanya agak sama..dan sabtu itu aku telah pergi ke kelas bimbingan saudara kita (muallaf) di bangunan SMA Toh Puan Hajah Rahmah(betul ka aku eja nih??)..majlis yang diakan adalah majlis suai kenal pelajar baru serta majlis penyampaian hadiah untuk ujian semester lalu..

dalam majlis tu,..pengerusi meminta semua pelajar baru untuk memperkenalkan diri,..format nya agak mudah
-nama sebelum islam
-nama selepas islam
-tarikh masuk islam
-agama asal
-pekerjaan (sebagai tambahan untuk memudahkan perkenalan)
-sebab masuk islam
-pahit manis convert agama

kisah diatas tu,.menunjukkan seorang makcik yang telah kehilangan anak yang dilahirkan beliau sendiri,,.kehilangan mereka bukan kerana kematian,bukan

bukan kerana perpindahan,bukan

tapi kerana pilihan anak itu sendiri yang tidak mahu menerima ibu sendiri kerana ibu mereka masuk kepada agama islam,..

sebenarnya bukan seoarang sahaja insan yang menderita seperti di atas,..dalam seratus lebih pelajar yang membuat penngenalan sabtu itu,..hampir lebih daripada separuh yang mengaku berhadapan masalah begitu..tapi walaupun begitu,..mulut mereka tidak henti2 berkata "doa la semoga Allah kasi lembut ati dorang"..serius,..walaupun dorang ni x dapat sebut nama Allah dengan betul,..tapi dalam hati mereka tidak henti mengharap daripadanya,..walaupun pernah ditampar,..ada yang dihalau daripada kampung halaman,..dan seribu lagi cubaan kepada diri dorang nih..tapi mereka kental orangnya,..aku banyak belajar dari student aku sendiri..sungguh

ahad itu
ahad itu,..agak sama dengan sabtu itu,..cuma tempatnya lain,..ahad itu kami di kepayan,kelas bimbingan saudara kita,..dan kelasnya juga berbeza,jika pada hari sabtu saya mengajar di teratak fitrah,..setiap ahad pula saya mengajar di kelas ar-Raudhah..tapi shyllabusnya tetap sama,..kerana orang yang mengatur shyllabus(aku taw spelling salah) itu orang yang sama..ibu aku

"dulu keluarga saya tidak dapat menerima saya yang baru ini..saya yang islam ini"
hadirin mula kaget
"tapi sekarang bila saya tidak balik ke kampung,..mereka akan telefon saya kerana ridu dengan saya"

syukur,..kerana aku berjumpa dengan orang sebegini,..dia bukan sahaka baru masuk islam..tapi telah mengamalkan semua apa yang terdapat dalam kitab alquran,..walau membacanya masih merangkak rangkak..

"agama lama saya adalah __________(satu nama mazhab agama kristian,aku lupa apa nama),..dan dulu saya merupakan ketua di sana,..saya berketurunan british kerana keluarga saya memang telah datang ke sini untuk menyebarkan agama kristian,..saya sudah berkahwin dan mulanya suami saya yang dulunya islam telah murtad untuk mengahwini saya,..tapi sekarang kami berdua telah masuk kembali ke agama Allah yang satu.."

itu kata seorang bekas sister

"saya adalah orang kuat dalam SIB,..saya memeluk islam adalah kerana saya sendiri telah diminta oleh ketua paderi di gereja kami untuk membuat teks untuk didebatkan dalam perbandingan agama,..dan saya tidak dapat membuat teks yang utuh..dari situ saya mula buat research dan research,..bulan lalu saya telah masuk islam"

itu kata seoarang pensyarah

hebat,..hebat mereka semua,..malah lebih hebat dari kita,..walapun sudah lahir beragama islam..,tidak banyak yang dapat saya simpulkan untuk entry ini..kerana saya tidak mampu melakukannya..

bersabar itu mungkin mudah..tapi bersyukur itu susah..dan syukurlah dalam bersyukur..(kata-kata seorang rakan,afiq amin)

lari tajuk,..mana best,teratak fitrah ka ar-Raudhah??
teratak fitrah ini begini
teratak fitrah ni kebanyakan pelajarnya adalah dari mereka yang bekerjaya,..dari seorang engineer sehingga orang gaji,..range umur mereka agak kecil..agak kurang dari mereka yang berumur dan yang masih remaja,..kat teratak fitrah ini la  korang boleh tengok orang pakai mercedes benz,alphard dan kereta mewah lain..

ar-Raudhah ini begini
ar-Raudhah ini range umurnya agak besar,daripada yang tingkatan empat sehingga yang berumur lebih 60..(itula aku suka ar-Raudha,..ada jugak sumandak,..oyeah!!!)

2 ulasan:

  1. sumandak2..teettt..... kalau ada real kasi mandi mayat yg mgkin condition yg teruk pun bole join... bmnat.. ngee :D

    BalasPadam
  2. bagi aku tetap sumandak sahaja yg aku beminat (apa kaitan?)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...