18 April 2011

kawan imaginasi

assalamualaikum abang2,kakak2,adik2,makcik2,pakcik2,dan...errr..ko abang ke kakak ek??
aku sendiri masih bingung

nama saya adalah lukmanulhakim bin awaluddin,..saya mempunyai teman wanita,..sayangnya saya tidak mungkin dapat mengahwini beliau kerana beliau hanya kawan imaginasi saya..

eh..aku ada..korang ada??





Kawan imaginasi ialah terma yang digunakan dalam fenomena psikologi dan sosial di mana sebuah hubungan interpersonal yang berlaku dalam khayalan dalam sesebuah keadaan di mana kawan imaginasi ialah perkara yang nyata kepada pencipta watak ini.nampak macam terer gila kan aku dapat describe? terima kasih wikipedia kerana membuatkan aku berasa cool hari ini.



aku tak pasti aku ada kawan imaginasi ke tidak sebenarnya,..tapi berimaginasi memang kawan saya


aku : (sedang merokok sambil membuat kepulan asap ke udara)(sekadar imaginasi ok!!!)


teman wanita : abang,abang suka isap rokok jenama apa??


aku : dunhil la..ada class sikit..xdelah premium low ends..(aku taknak sambung takut nanti teman wanita imaginasi aku pun terikut sama


teman wanita : abang smoking napa eh??abang seronok tak?/


aku : takdelah seronok sangat..tapi macho lah sikit2..


teman wanita : tapi bang isap rokok kan bahaya bang..yang bahanya saya jugak..nanti saya yang kena kanser..keguguran la baby kita ni bang~~(saya ingatkan sekali lagi-sekadar imaginasi )


aku : dah telambat sayang,..tak boleh patah balik dah


teman wanita : tapi its ok bha kan bang??tak delah ijmtimak fatwa cakap haram..lagipun kalo dah haram..takdelah orang nak jual merata-rata kan abang??


aku : ha'ah..(lega teman wanita support aku)


teman wanita : iklan bersepah sepah nak cakap rokok ni bahaya,..kat kotak rokok sekalipun ada iklan..tapi kan bang~~


aku : yer sayang~~(yes!!aku membuktikan pada kamu semua aku memang gatal)


teman wanita : kalo tutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tangan tu dah terang2 haram kat alquran,..tapi pengharaman tu kat buku teks sekolah agama dan kepala budak kecil jak..takdepun iklan2 yang mega2 tuk pengharaman tu..tak macam rokok pun..kat sekolah budak2 kena ajar apa itu aurat..tapi bila balik sekolah ibu bapa yang tak pakai tudung..kasihan budak tu nanti jadi bingung dengan erti sebenar haram bang


aku : (pekejadah ko cakap begini ni!!ko cuba ngorat aku ker apa??tak semena2 aku hantar ko kat isa)..umat akhir zaman yang..(berpura2)..tapi pakai tudung tu betul ke wajib yang??


teman wanita : takdelah pakai tudung tu wajib bang,..tapi menutup aurat tu yang wajib..,kecuali muka dan tangan,semua perlu tutup..,tak kisah la guna apapun contohnya kalau nak pakai baju pelindung nuklear
ataupun nak pakai baju astronaut


ke pakai guni ka..pakai seluar ke tutup rambut suma boleh..tapi kan elok pakai tudung,..kemas tu kemas,senang tu senang,manis tu manis,cantik tu chantekkk..




perbualan kami mati disitu sahaja kerana aku malu untuk berkata seorang diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...