29 November 2011

indirectly dedicated : maal hijrah 1433

ada orang tanya aku. kenapa tak dedicated satu entry untuk maal hijrah.

jawapan aku senang ja. blog aku bukan seasonal. maksudnya blog aku ni bila aku letak entry maal hijrah, then ada orang baca masa bukan maal hijrah. takdelah rasa tak up-to-date sangat. maksudnya tak bermusim lah

salah. sebenarnya aku malas nak up entry.oyeah!!

aku tak serajin cik nadwah yang up entry panjang yang membuatkan aku terpaksa berbaring untuk mengkhatamkannya.heheh

jadi aku buat lah satu entry yang serbanitas sedikit. ye lah nak up macam orang alim kan tuk tackel hati mak mentua. nampak tu niat aku tersasar sedikit?

salah lagi. niat aku tersasar jauh.

lepas tu ada pulak yang cakap sambut maal hijrah ni bidaah. baca doa sebelum dan lepas maghrib tu bidaah. nabi tak buat pun. betul la tu nabi tak buat pun.

ustaz syed abdul kadir bagi jawapan. dan aku bukan perawi yang baik.aku tak la hapal sebijik-sebijik jawapannya. jadi aku guna bahasa aku yang agak celaka untuk menjawabnya.

kenapa kita nak buat? pasal nabi dan para sahabat memang rajin berdoa, rajin beribadat. masa nabi hidup mana ada sumber2 lagho semua. masa 1 muharram mana ada manchester united nak lawan newcastle. semua masih beribadat macam biasa.

tapi kalau kita tak buat baca doa semua ni. memang tak lah kita nak ingat tuhan. kalau tak ada cuti am hari ni (isnin) memang kita tak tahu tahun hijrah dah berganti. semua masih sibuk dengan urusan dunia yang tak habis-habis.

memang silap besar lah.

masjid bandaraya kota kinabalu
f/8 . 1/80 sec . iso 400


baiklah selesai upacara muqaddimah. biar aku masuk isi pertama ya. mak-mentua-to-be sila noted.

eh eh. panjang nya muqaddimah aku. itu baru muqaddimah tahu? aku baru ja nak cerita pasal umur. tapi panjang sangat siapa nak baca kan?

aku sendiri lah. aku tulis ni untuk diri aku. tapi takpa, untuk bagi kemas sikit so-called blog aku ni aku buat entri baru la ya.



oh ya. terima kasih cik aidramisme kerana up entry itu ya.sungguh aku terharu. blog beliau sangat comel *bayangkan muka aku sambil featuring kisah burung ini.
terima kasih jugak kepada anda yang follow blog aku ni. sungguh aku terharu jugak
*lap air mata guna guna tangan yang baru diguna untuk bunuh lipas.




3 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...