30 November 2011

mati = x - umur anda

x itu adalah constant yang ditetapkan oleh Allah SWT

salam maal hijrah, sedar tak kita berbuat satu lagi bidaah? masa nabi hidup mana ada celebrate maal hijrah ni semua. ya lah pasal nabi dan sahabat memang sentiasa alert dengan kematian.

kalau tiada maal hijrah, tiada birthday, tiada tahun baru cina, tiada tahun baru yahudi. kita mana ingat umur kita makin tua. makin mahu mati. itulah gunanya kita sambut date-related punya perayaan.

hari ni aku tanak up entry pasal cerita aku merogol, menodai dan membunuh lipas. hari ni aku cakap benda ilmiah sikit.

*kempen mengambil hati mak mentua aku belum selesai. har har har. oyeah!!*

orang-orang tua yang kebanyakannya sudah mati ada cakap.

harimau mati meninggalkan belang;
manusia mati meninggalkan nama.
tapi orang tua tetap orang tua, tak up-to-date. ya derhaka nampaknya aku. ampunkan aku nenek

manusia mati bukan saja meninggalkan nama. manusia mati meninggal kan akaun facebook, twitter, blog, livejournal, tumblr, google+, dan berpenguinlion lagi akaun. semua itu akan jadi seperti 'tugu peringatan' kepada aku.

sila rujuk sini. [malasah satu]

dan bila aku mati, wall fb aku akan sarat dengan dengan ucapan takziah kawan-kawan aku. komen di blog ini pun akan terima nasib sama. tapi ucapan takziah anda semua tu hanya tinggal takziah.aku harap mereka menyelitkan aku dalam doa mereka, walaupun tidak di 'tugu peringatan' aku kerana, maaf, aku tidak mungkin dapat me-like status yang anda up di wall aku macam selalu. dan sungguh bila nama aku mereka sebutkan dalam doa dan niat mereka. itu sangat aku hargai. kerana itu sahabat sejati. bukan hanya mengirim sepotong kata di wall aku.

dan dikesempatan ini aku mahu mengucapkan terima kasih jika anda menyedahkan aku walau sepotong ayat al-Quran bila aku mati nanti. terima kasih

sungguh bukan saja kubur memanggil-manggil, kereta mayat pun memanggil-manggil supaya ayah aku bagi duit upah kalau dia angkat aku.

jadi.

mesej aku disini agar aku sentiasa mengemaskan 'tugu peringatan' aku dari segala benda yang dapat mencacatkan aku di dalam kubur nanti. cuba bayangkan kalau aku up status,

bahasa jew-jew keyahudian

dan kalau korang perasan semenjak korang start baca ni sampai sekarang korang mungkin ambil masa 5 minit (for noobs) 16 saat (pro reader/penipu besar).

dan 5 minit korang dah habiskan.

5 minit telah bertambah di usia kau

5 minit telah berkurang dari lifespan kau.

5 minit menghampiri mati.

aku buat entry ni untuk ingatkan diri aku sendiri. untuk siapkan diri untuk masuk ke kubur thru kereta mayat (harap-harap ayah aku bagi mewah sikit, toyota estima boleh, ayah?)

siapkan dari semua aspek. amalan aku, 'tugu peringatan' aku, keluarga aku, menghalalkan bini aku berkahwin lain (jika berkaitan), dan wasiat aku. uhuk uhuk.

sekian berita.assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...