02 Disember 2011

sarka-sarka jumaat



pesanan khidmat masyarakat dibawakan kepada anda oleh ultralukman


Hari ni Hari Jumaat. Semua kaum lelaki diwajibkan ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Tapi, mesti ada muka-muka yang kerap ponteng solat jumaat kan. mereka ini ditakuti mempunya sifat fettish dan boleh di tuduh sedang mengeluarkan darah 'datang bulan' - dari mulut mereka. 


Kepada kaum perempuan, ini ada tips yang anda boleh guna untuk tegur lelaki di sekeliling anda yang tak pergi sembahyang. Heheh..

1) Cakap dengan agak kuat,(tanpa menggedikkan suara) “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.

2) Buka surat khabar, (digalakkan harian metro)berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.

3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.

4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, "Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.

5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la".

6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.

7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.

8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.



9) jika lelaki itu suami anda, failkan saja permohonan fasakh ke mahkamah.


+diambil dan diedit mengikut rentak dan irama blog ini daripada fesbuk (Qatrunnada Nasir)
+mana-mana yang ingin menuntuk hak cipta sila pm saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...