31 Disember 2011

lagi entri berubah

aku faham blog-blog lain tengah up entri new year sana-sini. urban itu begitu.
aku faham ada gadis-gadis di luar sana sedang berdamping dengan jejaka-jejaka mereka. urban itu begitu.

dan aku pulak tanak berkata tentang azam aku. pasal azam aku 5 tahun sudah pun aku tak redeem lagi. aku nak cakap tentang berubah.

berubah itu tak semestinya perlu yang besar-besar.

eh, tapi hencek lukman yang budiman. bukankah perubahan seratus peratus itu lebih baik?

ya, benar saudara (macam dialog zaman 80-an) idealnya perubahan itu yang seratus peratus. tapi kalau rasa diri tak mampu untuk berubah tiga ratus enam puluh darjah. takan nak tunggu sampai seru baru nak berubah?

kalau dulu muka sembahyang di hujung. tahun ni cuba sembahyang di tengah waktu pulak.
kalau dulu tak bertudung. tahun ni kita pakai tudung hana tajima pulak. tak pun shawl.
kalau dulu suka baca belog lagho ultralukman.blogspot.com tiap hari.tahun ni buat tiap minggu
kalau dulu kaki  masuk lorong tak bagi signal binatang punya perangai. tahun ni cuba masuk lorong guna wiper pulak.

yang penting adalah konsisten. istiqomah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...