25 Disember 2011

dia bakal buat keluarga

dia bakal ibu,

beridola dengan yang baik-baik sahaja. berfikir kritis dengan satu akal. berperang dengan sembilan nafsu. tata tertib dijaga sebaik sesopan bidadari. dapur dan rumah itu gelanggang persilatan. silatnya bermain dengan masakan dan hayunan sapu. dipesan ramai, pemalas di dapur, tidak berlaki lah nanti. dididik untuk mencapai segala kemenangan. dididik untuk menang di kelas, menang di dunia. kalau dapat menandingi upaya lelaki, itu lebih bagus.

dia bakal ibu,

bila belajar dia serius sekali. dikutuk skema dipersetankan sahaja. kerana dia nampak masa depan yang cerah. masa depan untuk mereka yang bijak pandai. bila bersosial segala ikhtilat dijaga, supaya fitnah tidak berputik, apabila berkawan, dia memilih. apabila berbual, dijaga pertuturan. ketawanya tidak lebih harkat ditetapkan. tidak lebih desibel pendengaran bukan mahram. tidak lebih frekuensi untuk mencairkan lelaki.


dia bakal bapa,

beridola dengan yang baik-baik sahaja. berfikir kritis dan matang dengan sembilan akal. menewaskan nafsu yang satu. pelajaran dan kerjaya itu gelanggang persilatan. silatnya bermain dengan pensel dan kalkulator. dipesan ramai, gagal di pelajaran, tidak berbini lah nanti. dididik untuk mencapai segala kemenangan. dididik untuk menjadi lebih matang dalam menyelesaikan masalah, kalau boleh biar sampai mengagumkan gadis.

dia bakal bapa,

dia cuba mematangkan diri sebaik mungkin. dikutuk skema dipersetankan sahaja. kerana dia nampak masa depan yang cerah. masa depan untuk mereka yang lebih matang, berjaya dan romantis. bila bersosial segala ikhtilat dijaga, supaya dia bukan jadi bahan fitnah. apabila berkawan, dia memilih. apabila berbual dengan mahram, pandangan matanya dijaga sebaik mungkin. cukup untuk berkomunikasi tidak lebih untuk berzina mata.


tetapi.,

dia bakal ibu dan bapa, rata-ratanya tidak nampak masa depannya sebagai ibu dan bapa. hidup berpeleseran berbahagia, tidak dipedulikan kata-fitnah masyarakat seluruhnya. nasihat ibu bapa dinafikan kesemua. dirasakan nasihat itu ketinggalan zaman dan tidak mengikut norma masyarakat. maruah diri tidak dipedulikan, berpegangan tangan bagai memegang pensel. tidak dirasakan apa-apa. apabila diri dijaja, mulalah melenting penuh celaka. perkataan kesat dijadi zikir mengutuk perbuatan penuh rahmat.

dia bakal ibu dan bapa, pelajaran masih juga tidak diketepikan. A-satu, A-tambah dan empat perpuluhan kosong harus diskor supaya pekerjaan dapat menjamin masa depan yang cerah. namun., diri tetap alpa dan lupa., ikatan sosial dirapat sebolehnya. mana nak cari pengalaman untuk kegunaan masa hadapan., ye dak.? pengalaman berpasangan dicari sehinggakan tidak kisah labia majora vagina diterokai. pengalaman berpasangan dicari sehinggakan tidak kisah bebulu scrotum diterokai.

dia bakal ibu dan bapa, pemikirannya masih juga biasa-biasa. hiburan menghiburkan diri tidak pernah memuaskan hati. hiburan menghiburkan dir., dicari sehingga terlupa yang akal harus ditajami. golongan membaca di kalangan bakal ibu dan bapa sudah susah dicari. bila berfikir, hanya menggunakan akal bersudut 30º. bila mahu berfikir menggunakan akal bersudut 360º.? oh, tidak perlu lagi, kerana jiwa masih muda.

dia bakal ibu, pemilik ketiak yang busuk jika tidak dikenakan pewangi. dia bakal bapa, pemilik mulut busuk jika tidak menggosok gigi. susah sudah hendak dicari mereka yang mempunyai matlamat hidup yang tetap. kalau bukan hidup hendak menjatuhkan orang ramai, dia hidup menjatuhkan diri sendiri, tanpa disedari memakan jantung diri.

d3100 + kitlens I f/14 I 5sec. I iso100


diGrill oleh M. Faiz Syahmi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...