08 Disember 2011

wawancara ohsem


aku nak jadi jurutera yang beriman dan beramal dan pendai berniaga dan mahir bidang fotografi dan tahu tentang teknologi dan hapdet dengan gajet dan ada keluarga dan ada isteri soleha dan anak-anak yang soleh dan dapat menunaikan semua rukun islam dan yakin gila-gila dengan rukun iman. paling penting sekali aku nak jadi oh-sem. apa tu oh-sem? awesome lah. sungguh tak urban jika tak faham. [senyum sambil tunjuk lambang adil]

yang penting aku nak jadi ohsem. di depan 'bahan cipta' mahupun 'pencipta'. tak dapat depan 'bahan cipta' tak apa yang penting depan  'pencipta'

dan tadi petang aku besembang dengan henchik x. dialog hampir cenggini lah. tapi ni versi aku yang aku dah tokok tambah gila-gila punya.

x : man, ko memang tak ok dengan perempuan eh?

aku : memang silap besar lah. aku ni jenis kapel kot. ko nak aku cerita kisah suka-suki aku dengan perempuan? nak muntah darah tiga belas kali?

x : tak. bukan tu maksud aku, gila. kat uia ni lah.

aku : asal? aku ok je kut. lagi pun mana ada perempuan aku nak tunjukkan kat kau aku punya kebolehan.

x : ye ke? aku tengok kau ni macam benci semacam je ngan perempuan.

aku : benci? (sila masukkan adegan terkejut sinetron disini, alah yang zoom in lama-lama tu lah)

x : aah

aku : apa maksud ko ni weh? ko nak cakap aku ni benci perempuan? then aku suka lelaki? then then aku ni gay? then then then aku ni umat nabi lut. then kau takut uia ni akan diterbalikkan 180 darjah ke bumi?

x : [pukul aku di kepala laju-laju sambil tangan menikam perut aku, menggunakan buku fizik 2 kilo] (ok ini aku tipu)

aku : [sedar dari lamunan]

x : tak, tapi kau macam benci doh dengan perempuan. tapi jiwang, jiwang jugak. gila betul.

aku : silibus mana kau tahu aku benci perempuan eh? aku ni penyayang kut. [pipi merah]

x : kau jangan nak merapu boleh tak? perapu.

aku : tapi aah kan, aku dah lebih sebulan masuk sem 2 ni baru tadi aku tahu nama kelasmet perempuan aku. itu pun tak tahu semua (padahal tiga ja pun). aku kenal zulaikha(bukan nama sebenar) pasal melekat kat kelas sama dari sem 1, syamimi(pun bukan nama sebenar) dan 'bukan syamimi'. tima kasih la dengan madam pasal bagi dorang duduk belakang. so bila kena panggil amik kertas jawapan kenalah bangun. sempat gak aku pastikan mana satu 'syamimi' pasal aku just tahu nama tataw mana satu orangnya. nama kelasmet aku ketiga aku masih tataw so aku just namakan dia sebagai  'bukan syamimi'. comel begitu.

dan sekarang aku berfikir. betul ka ini aku?
sambil dengar instrument 'syurga cinta'

4 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...