02 Disember 2011

itu bukan doa aku


tidak. itu punya mereka

i adapt my self.

selama ni aku blogging seratus peratus menggunakan letop 15.6 inci aku. kalau tidak pun guna desktop pc kat rumah. aku bukan tidak pernah mncuba. tapi aku sering gagal untuk adapt diri aku menaip di selain keyboard-keyboard itu. tapi aku gagahkan hari ini, kerana aku bukan salah satu manusia keyboard warrior. cuba untuk lari dari kebiasaan itu.

kerana manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu bukan aku

aku pernah cuba untuk berblogging guna handphone aku. gagal pada hari tu. dan hari ni aku cuba blogging guna tablet aku pula. aku berdoa agar aku berjaya.

kerana manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu bukan aku.           

doa.
aku berdoa. aku hebat berdoa. aku berdoa itu dan ini. aku mahu itu dan ini. aku nak begitu dan tidak mahu begini. kalau bab doa ni aku memang hebat. walaupun tidak istiqomah tapi ya,tetap juga masih hebat.


tapi bila masuk bab amalan lain. bab solat bab puasa bab zakat bab haji. itu bukan hebat ku.

bukan hebat ku.

ada orang itu selalu saja beribadat. bangun pagi tiap sepertiga malam masa ramadhan dulu. solat diusahakan agar diawal waktu. jemaah itu pasti. puasa isnin khamis. tapi bila keluar result dia masih begitu. kalau dapat B cukup syukur, sedang orang mempertikai A-

aku nasihat kat dia, banyakkan berdoa dan study. aku rasa hebat.

ada orang itu selalu saja belajar. bangun pagi buat nescafe demi menelaah buku sejarah. bila petang cuba buat mathematics pula. dan bila malam buat study group dengan mereka yang lain untuk subjek biology. belajar cukup hebat. tapi pabila keluar result dia lah orang yang pertama jumpa cikgu, pertikai kenapa salah itu kenapa salah ini. rasa tidak puas hati hanya dapat B.

aku nasihat kat dia, banyakkan berdoa dan beribadat. aku rasa hebat lagi.

kerana aku belajar kurang dari mereka. aku beribadat kurang dari mereka. tapi bila keluar result aku masih boleh bangga dengan pencapaian aku. walau bukan terbaik. tapi aku rasa hebat. aku bangga dengan makbulnya doa aku. aku khabarkan mereka agar doa kena power. doa kena itu ini. doa mesti begitu 

*********
hari itu hari-hari terakhir aku kat sekolah. masa untuk bergembira buat kali terakhirnya sebagai seorang pelajar, pelajar yang memakai baju uniform putih.

di surau, aku bersendirian. ditemani buku yang bersepah. aku capai satu buku, buku yang aku biasa lihat. itu buku nota BADAR, percuma untuk kesemua ahlinya. jadi aku pun ada buku nota seperti itu juga, semua ahli ada buku seperti itu.

belek cari nama pemilik.

buku si Nasir

aku buka buku itu secara rambang.

Muttaqin*muttaqin tu nama tak official bagi kami 

senarai nama ahli -bla bla bla bla bla bla LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A bla bla blabla bla bla

tulisan tu kami buat masa awal tahun. untuk bentuk jawatankuasa.

aku capai lagi buku lain.

kali ini buku arif.

tak payah selak-selak lagi jawatankuasa kumpulan dah muka surat pertama. haih pemalas punya budak tak buat nota lain.

Muttaqin  
senarai nama ahli -bla bla bla bla bla bla LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A bla bla blabla bla bla 
senarai sama. buat pada hari yang sama.

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

aku fikir lagi.

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

eh kejap. tapi.. kejap..

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

ahli kumpulan kami dalam belas-belas orang. dan setiap dari kami menulis perkara yang sama.

LUKMANULHAKIM BIN AWALUDDIN 11A

aku selalu doa untuk dapat yang terbaik bagi diri aku. tapi aku tak sedar bukan aku seorang yang berdoa. kawan aku pun berdoa untuk diri aku.
tulis di buku mereka. mendoakan aku.

masa tu aku sedar. aku berjaya bukan kerana doa aku. tapi doa mereka. doa mereka yang ditipkan dalam buku mahupun di sujud mereka. doa mereka yang aku jarang-jarang doakan. doa mereka yang aku perlehkan. itu berkat doa mereka, bukan kerana aku.

aku berjaya bukan kerana doa aku.

aku perlekehkan mereka yang beribadat tapi tidak setaraf aku, sedang dia mendoakan aku walau aku tidak.

aku perlekehkan mereka yang belajar tapi tidak setaraf aku, sedang dia mendoakan aku walau aku tidak

aku berhutang kepada mereka. aku berhutang kepada ibu bapa aku, aku berhutang kepada keluarga aku. aku berhutang kepada anda.

tapi tidak mungkin aku dapat membalasnya.

semoga doa anda dimakbulkan. seperti mana anda berdoa agar doaku dimakbulkan.

dan aku pinta doamu agar tidak putus lagi. sungguh aku masih butuhkan doamu yang ikhlas.

dan pabila aku mati nanti. aku mengharap mati ku itu bukan pemutus doamu semua.

Ya Allah kau berikan lah yang terbaik buat mereka sahabat ku. sama ada mereka yang ku kenal di alam dunia ataupun mereka pembaca blog aku yang hanya ku kenal di alam wayar ini.

kerana manusia sekarang ini banyak yang hanya keyboard warrior. aku berdoa agar itu bukan aku aku pinta doa kalian agar itu bukan aku.                     

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...