21 Disember 2011


Latihan bermain dengan jarak aku
Objektif malam ni sumpah senang. Tapi aku sengaja susahkan. Aku nak tangkap gambar botol ni dengan menggelapkan background. So aku start dengan gambar biasa.


f/3.5 | 1/60 sec | iso 1600
aku terpaksa angakat iso tinggi2 pasal keadaan bilik aku sumpah gelap. Dan ni tak guna flash lagi.

F3.5 | 0.77 sec | iso 100
Lepas tu aku tambahkan speed-lite. Aku takde lagi speedlite trigger so tepaksa pegang camera dan speedlite guna dua2 tangan aku. Agak seksa
Shutter speed aku lamakan sikit supaya sempat nak tekan flash. Macam aku cakap tadi. Flash dan kamera aku langsung tak connect. So lepas tekan shutter camera aku tekan speedlite punya ‘test’ pulak.
Iso pulak rendahkan habis supaya background jadi gelap



F3.5 | 0.77 sec | iso 100
Masih guna setting sama tapi aku dekatkan sikit. Dan hasilnya aku dapat lagi gelap backroundnya.
 Ohya kalau nak buat shooting dalam codition begini bagus manualkan saja focus. Pasal kalu nak tunggu camera cari focus memang azab ya.



F5.6 | 1/50 sec. | iso 100
Aku cuba maksimakan pulak focal length nak tengok hasil. Dan aku rasa dah comel.
Shutter speed pulak dah kurangkan setengah pasal aku dah biasa dah tekan dua-dua button dalam satu masa.
Oh ya ini pulak aku amik guna reflection punya flash. Subjek makin cantik dan sekata tapi background akan terang jugak.


F5.6 | 1/50 sec. | iso 100
Kali ni aku buat direct flash pulak. Overexposed sangat Nampak. Sepatutnya boleh kawal guna shutter speed bagi laju. Tapi pasal aku pegang manually aku naikkan apertures ja lah.


f/16 | 1/3 sec. | iso 100
ni hasil terakhir. Bagi aku cukuplah pasal aku nak belasah quiz lab pulak lepas ni ya. Hehehe
pasal aku tak dapat kawal shutter speed aku besarkan f.

kondisi aku buat ni adalah kondisi terburuk. Sepatutnya taklah susah mana. Antara kekurangan aku.

1. Tempat. Kecil sangat, jadi cahaya senang sangat tersebar. Jarak antara subjek dan background aku tak sampai 1.5 meter. Boleh rujuk the inverse square law

2.  Flash aku tak connect dengan camera – takda sync cabel atau remote trigger – jadi shutter speed aku terpaksa lamakan

3.  Flash aku takde diffuser. Contoh payung. Tapi kalau pakai diffuser pun nanti cahaya akan terangkan background aku sekali. Kalau nak pakai reflection lagi terang bilik aku

4.   Malas nak pakai tripod. Hasilnya banyak yang kabur.


Aku rasa tu je kot selingan sementara aku tunggu kertas lab report dari kawan aku ni. Ok daa~~

Sampai jumpa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...