06 Disember 2011

monolog dalaman satu.


hari ni aku macam nak buat poem. tapi aku takut bila korang nampak stanza-stanza korang takan baca. pasal aku selalu begitu.

hari ni aku sensorang di bilik. semua rumet aku pergi kelas. jadi boleh lah aku jiwang sikit buat poem kan. sambil tidur dan kentut gaya bebas (baca: kentut free style.)




selalu saja ada yang terfikir dan bertanya; kenapa aku terlalu serius di dunia maya; bahkan aku sendiri kadang terfikir begitu; mempersoalkan persoalanku sendiri.

kenapa aku terlalu serius di dunia maya?

di dunia wayar dan tanpa-wayar ini. di dunia di mana aku boleh jadi sesiapa. di dunia di mana aku boleh berlakon sewarak ulama ataupun se-syaitan dajjal. tapi aku memilih untuk mengekalkan cara hidup aku; mungkin bukan semua, tapi hampir keseluruhannya.

kerana aku di luar pun sama serius. tak, bukan bermaksud aku jarang ketawa dan menangis. cuma aku tergolong dalam golongan nerds. aku tidak sebaik mereka-mereka-dan-mereka. bahkan mungkin aku sama jahatnya seperti mereka-mereka-dan-mereka yang lainnya.

kenapa aku terlalu serius di dunia maya?

mungkin kerana khilafku. personaliti aku di dunia sebenar terlalu banyak ruang hitamnya. terlalu banyak titik-titik hitam yang bertambah, bertambah dan bertambah menjadi segumpal kotoran yang menjijikan. dan aku tidak terdaya melakukan apa-apa dengan daya kudratku sendirian. aku perlukan sesuatu. sesuatu yang cukup kuat untuk memberikan kekuatan kepada ku.

kerana itu lah aku memilih untuk serius di dunia maya ini. mungkin

kerana aku perlukan pemangkin. pemangkin untuk diriku sendiri. kerana aku terlalu lemah untuk berubah seratus lapan puluh darjah. aku perluakan sesuatu untuk di permulaan. dan aku pilih alam maya untuk aku bersedia akan wajibnya datang kematianku. atau setidaknya untuk memberikan peringatan pada diriku sendiri. yang mudah sahaja lupa. mudah sangat alpa dan dihanyutkan dosa.

kenapa aku terlalu serius di dunia maya?

kerana itu lah aku memilih untuk serius di dunia maya ini.

doakan perubahan aku. semoga buatmu doa yang makbul



sampai jumpa. tidak kira di dunia realiti ataupun dunia maya ini.
kerana kesemuanya juga milik Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...