15 November 2011

DOA: baru aku tahu

sebenarnya disiplin menulis aku bukan untuk menulis sesuatu yang sangat peribadi. entry pertama aku up tentang story hidup aku adalah yang 111111 tu dan aku tak rasa aku dapat up entry begitu lagi.yucks geli tahu? bukan kerana apa tapi aku masih tak fikir blog ni untuk ceritakan diari aku.mungkin sedikit perasaan macam arwah syed meninggal dulu.seriusly aku meluah masa tu.

dalam kesempatan ni.meh bacakan al-Fatihah untuk arwah.

mungkin aku suka baca kisah hidup seharian orang lain kat blog dorang.kadang-kadang aku akan gelak sorang2 kat bilik ni walaupun roomate aku syak aku ni gila.aku ketawa baca kisah sabun anak buah aku dan kisah kawan kepada kawan aku (yang dia tak penah nampak muka aku) tangkap basah mandi hujan dan baaaanyak lagi lah.tapi tu lah aku tak dapat nak jadikan blog ni diary harian.aku lebih kepada fikrah.mungkin.

cemana intro aku?serius je kan ayat bhahahaha.

dulu kawan aku penah mesej kat aku. mesej dia takde la bunyik sebijik ni tapi nak kata dekat-dekat tu boleh lah.masa tu kitorang amik PMR,2008

kenapa kita hanya doakan untuk kejayaan kita sedangkan kita tak tahu pun kejayaan kita tu adalah terbaik untuk kita.ana cabar kita doa "Ya Allah,jika kejayaan dalam PMR ni yang terbaik untuk diriku, maka berilah aku kejayaan itu. tapi jika kegagalan itu yang terbaik maka GAGALkan daku"
-HAM,2008-

aku cuba amalkan doa tu, tapi aku tak yakin.PMR 5A baru tahu. aku memalukan sejarah keluarga aku.nasib baik aku tak kena halau keluarga. tapi aku langsung tak rasa menyesal. pasal aku tiba2 yakin itu yang terbaik untuk diri aku. lepastu masa form 4 aku masih tanak belajar serius. tapi aku cuba tanak meniru langsung. kelas aku tak penah eskep tapi keluar sekolah bagai aur dengan tebing bagi hidup aku.(betul ke penggunaan bahasa aku?hehehe).nak kata tak selalu tak lah sangat pasal aku siap penah kedapatan eskep lalu diikat di tiang bola jaring. macam syaitan kena ikat masa ramadhan kut perasaan aku masa tu.

seriusly aku jajal gila masa form4(for dummy,jajal bermaksud liar,kut). bawak henfon kena rampas, bawak lagi yang lain. bawak mp3 dengar shuffle pun kena rampas. eskep jangan cuba nak kira. 

tapi tu kira disiplin dengan diri sendiri je lah.pasal kalau hubungan aku dengan cikgu2 sekalian aku cuba jaga.pasal ayah selalu cakap tentang harga ilmu dan pengalaman.nak aku bagi quote ayah aku? takyah la nanti blog ni panjang macam kereta api mumbai.

pasal tu lah bila aku nak hafal Quran sampai sekarang tak melekat lagi. hafal muka surat 2 lupa muka surat satu. nak hafal sejarah lagi lah. aku hafal bahagian perang-perang je pasal best. yang pasal perlembagaan tu habis dipersetankan. nak faham chemistry senang tapi nak hafal color2 tu memang syaitan.

tapi aku masih juga mendoakan kejayaan aku jika itu yang terbaik buatku.dan gagal jika itu yang terbaik. dengan kawan2 aku geng surau a.k.a geng muttaqin (stylo tak kitorang ada nama?muttaqin lah sangat) yang bagi dorongan tuk solat dhuha,qiamullail apa segala. (pesal tiba2 macam ucapan pulak ni?) 

alhamdulillah aku dah nampak kenapa aku dapat result yang boleh letak aku kat UIA ni.pasal kalau aku study kat luar mesti kekafiran aku terserlah kan?

mungkin cerita aku tak dramatik sangat.try to walk a mile with this kind of shoe pulak

cemana kalau kau dah doa habis-habis. sembahyang hajat,dhuha,qiamullail habis kau kerjakan.puasa isnin khamis tak masuk ganti sebab nifas walaupun kau lelaki.nak cakap kau dah berharap dan bergantung dengan tuhan berabis lah.tapi tak jugak berjaya.SPM kau tetap jugak 5A.pointer tak lah naik sangat.

kawan kau yang meniru tu yang hebat. yang be-dating tiap hari dan malam tu lagi hebat. yang sembahyang bila warden round asrama pulak yang gempak. nak kata dorang belajar lebih tak juga. masa kau belajar dia boleh pulak layan game. assigment asyik nak meniru tapi result bapak hebat.

kids,that what they call istidraj.

memanglah dorang tak bergantung dengan tuhan tapi dorang kena bagi result hebat. pasal itu istidraj. cuba cek sejarah berapa banyak orang hebat kerana istidraj. Firaun memerintah seluruh mesir. Qarun gila kaya raya.Mustafa kamal attaturk pengasas republik turki.they stand on the earth because of istidraj.and look how they end their life.

so kita kena againts tuhan lah kalau nak berjaya.

old fags, dont think by ur knees.nor by what between them. nikmat istidraj ni adalah untuk bagi orang tu bertambah sesat. supaya jadi bahan berfikir for thoose who want to.

mesej khidmat masyarakat aku kat sini. just keep berdoa dengan Allah untuk apa yang terbaik untuk kita.pasal kita tak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. kau dan aku bukan tukang tilik itu kau perlu tahu.aku dapat 5A pmr supaya aku teruskan kat study SMAKK.

tapi bila aku buat entry ni tiba-tiba aku terfikir.patutlah science subjek rilek je aku score masa SPM.tapi
Syariah Islamiah, Pendidikan Quran Sunnah, dan Bahasa Arab aku B.

#hopeless lukman


4 ulasan:

  1. try it, the you know how awesome the sabun....XD

    BalasPadam
  2. haha.lukman.. aku rasa salah tiang ko kena ikat.. tiang bola jaring atau tiang bendera depan tapak perhimpunan? hehe..

    BalasPadam
  3. tiang bola jaring bah.telampo jugak tiang bendera.nampak sangat jajal.

    BalasPadam
  4. ahagaggaaa... mana tahu.. sepa tahu.. :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...